Suasana Ramadhan Halaman Haji Saad di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

6:07 pm


Tak lengkap rasanya nak menyambut bulan Ramadhan tanpa majlis iftar atau lebih dikenali sebagai majlis berbuka puasa. Tercari-cari di mana lokasi sesuai untuk berbuka puasa dengan variasi juadah tempatan atau antarabangsa? Hah apa kata korang ke Halaman Haji Saad? Alamak! Kat mana tu eh?

 

Halaman Haji Saad di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan Buffet Ramadhan yang terbaik! Kali ni Buffeet Ramadhan mereka di Pacific Ballroom dan Zende Restaurant. Wah sampai dua lokasi gara-gara permintaan tinggi. Ye la berebut syarikat korporat atau keluarga yang datang dengan big group nak berbuka puasa bersama.

Umum mengetahui Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur memang terletak di lokasi strategik dan mempunyai akses mudah ke kenderaan awam yang berdekatan. Hanya berjalan kaki beberapa minit dah sampai je LRT PWTC atau  KTM Putra. Memang mudah nak ke sa
 

Halaman Haji Saad menawarkan variasi makanan tradisional yang lazat, dan pelbagai juadah berlainan setiap hari. Chef Haji Mohd Saad dan team sentiasa memastikan keunikan dan resepi asli dikekalkan untuk setiap juadah yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan ni.

Sempat borak dengan Chef Haji Saad, katanya dia rekomen untuk start berbuka puasa dengan ulam-ulaman cumicah sambal belacan, cencaluk, budu, tempoyak cili, sambal nanas, sambal mangga atau sambal gesek. Ulam-ulaman kampung memang banyak la; kacang botol, pegaga, ulam raja, daun kadok, paku rawan dan macam macam lagi weyh!

 



Untuk hidangan lain pulak ada Kambing Golek yang sentiasa menjadi rebutan ramai, Bubur Lambuk, Serunding Daging atau Ayam, Briyani Gam, Nasi Kandar dan tentunya menu wajib try, Sup Gearbox! Slurrrrrppppp sedut dengan straw barulah nikmat.

 
 


Fokus dengan konsep gerai makan, stall makanan diletakkan di perkarangan Pacific Ballroom yang luas tu. Setiap gerai akan menyediakan menu yang popular dan akan menggembirakan perut korang pastinya. Tu belum pergi booth Kambing Golek atau Ikan & Seafood Bakar. Pergh tengok BBQ Ikan atau Sotong meleleh la airliur korang.

 

Di perkarangan ballroom yang bertukar jadi Halaman Haji Saad tu boleh lah korang try Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Pisang Muda, Ayam Lemak Rebung Santan Nipah Muda, Ikan Siakap Kukus Kuah Taucu, Roti John Special Meleleleh, dan macam-macam lagi.

 

Sebagai pemanis mulut, boleh cuba juadah tradisional resepi turun temurun seperti Bubur Cha Cha,Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau Durian, Pulut Hitam,Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah, Bubur Jagung dan Serawa Durian!! Kuih Muih Tradisional pun banyak. Tu belum tengok timbunan buah-buahan seperti nangka, rambutan, jambu air, langsat, salak, duku dan macam macam lagi. Aduh, apam balik crispy pun ada sedap gila.

 


Pilihan minuman menghilangkan haus sepanjang bulan puasa pun banyak. Deretan minuman seperti Air Soya Bean, Air Kelapa, Lai Chee Kang, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Air Kiwi, Laici dan paling best Air Kurma! Ehhhh ABC pun ada ok. 

Pacific Ballroom
Tarikh: 27 Mei - 22 Jun 2017
Harga: RM98 nett (dewasa) / RM49 nett (kanak kanak)

Zende Restaurant
Tarikh: 29 Mei - 24 Jun 2017
Harga: RM138 nett (dewasa) / RM69 nett (kanak kanak).

 

Hah kalau nak merasai berbuka puasa dengan suasa kampung boleh ke Halaman Haji Saad di Pacific Ballroom. Kalau nak lebih privacy ke Zende Restaurant. Jangan risau, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga menyediakan surau untuk solat Maghrib atau Isyak tanpa meninggalkan hotel. 4 buah bilik di tingkat 6 dijadikan sebagai surau sepanjang bulan Ramadhan. Nak solat Terawih pun boleh di salah satu function room. Fuh, terbaik demi keselesaan pelanggan.

Oh ya untuk private event berbuka puasa macam group besar atau majlis korporat boleh terus booking dengan harga bermula RM95 nett seorang. Untuk servis katering diluar juga disediakan, kalau macam event korang taknak buat kat hotel ke apa. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus hubungi 03 4049 4351 atau terus email kepada [email protected]. Untuk maklumat lanjut boleh ke website mereka: www.seripacifichotel.com 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook