468x60

.

Teater Dendam Maharani temui penonton 20 & 21 Mei ini!

Friday, May 12, 2017


Tronoh Theatre Shop -- nama cukup popular di kalangan UTPian lagi-lagi kalau korang peminat Teater. Teringat zaman belajar kat UTP dulu, selalu la pergi tengok teater diorang ni. Memang awesome! Teater arahan Dr Shark memang mengancam habis. Lagi-lagi Teater Istidraj Maharaja Beruk, Putera Sangkar Maut dan lain lain.. Hah siapa beruk? 




Baru je habis persembahan teater Istana Keadilan pada November lepas, Tronoh Theatre Shop kini kembali dengan sebuah teater baru berjudul Dendam Maharani. Sebuah skrip baru hasil karya Dr. Shark, teater kali ni merupakan sebuah cerita asal atau prekuel kepada teater Istidraj Maharaja Beruk, di mana asal usul di sebalik kejadian Maharaja Beruk diceritakan dengan lebih mendalam. Inilah masanya untuk korang tahu siapa Maharaja Beruk ni. Yang pernah tonton teater sebelum ni yang ada hubungkait mestilah terasa saspen dan tak sabar nak tengok Dendam Maharani ni kan?

Dendam Maharani, seperti Istidraj Maharaja Beruk dan Putera Sangkar Maut, mempunyai tema ala-ala teater bangsawan dan berlatar belakangkan suasana istana. Teater ini berkisarkan kisah cinta tiga segi berselang seli pulak dengan politik istana serta muslihat si Maharani dalam melunaskan dendamnya. Kenapa agaknya Maharani berdendam kesumat ni?

 

SINOPSIS

Teater arahan Shamsul Rahman, Aizuddin Rosli ini merupakan prequel daripada Teater "Istidraj Maharaja Beruk" yang mencerita tindakan Maharaja yang mengahwini orang kampung iaitu Mawar demi mendapatkan zuriat kerana Maharani yang tidak boleh memberikan zuriat kepadanya. Hal ini telah mencetuskan dendam dalam diri Maharani. Apakah yang terjadi kepada Maharani dan apakah yang akan terjadi kepada Mawar? Mungkinkah kandungan Mawar selamat? Jeles pulak Maharani ni kan? Ishh Ishhh..




BARISAN PELAKON

Jasmin Sun – Maharani
Aizuddin Rosli – Maharaja
Awin Nisa – Mawar
Afiq Ammar – Memanda
Shahairol Fitri – Datuk Bendahara
Hidayah Kamarudin - Inang
Wanab Fairuz, Husna Rosdi, Narissa - Dayang
Nasuha Sofwani – Timah
Faiz Safwan – Omar
Nur Elmi – Mak Kiah
Adam Daniel – Nujum
Affi Syahfizal - Leman


Maka, kaki teater semua jangan lupa untuk saksikan Teater Dendam Maharani beramai-ramai pada 20 dan 21 Mei 2017 bertempat di Kompleks JKKNKL, Jalan Tun HS Lee, WPKL pada Jam 0845 malam.

Harga tiket adalah RM15 ( Dewasa ) dan RM10 ( Pelajar & Kanak2 )

Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh hubungi Aizat Mahpop - 0135854077, Faiz Safwan - 0124621620 atau boleh dapatkan tiket teater korang di pintu masuk Auditorium JKKN, Kuala Lumpur.


Official Instagram:
@ttsutp

Official FB Page:
Official Twitter:




0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates