WOW! Shopping di CJ WOW Shop, Menang Proton Ertiga

5:46 pm




Setiap malam tengah buat thesis, CJ WOW Shop sering setia menemani di kaca TV. Kadang-ladang terhasut jugak lah nak beli mop la, kuali la, tudung, pinggan mangkuk semua. Tu belum Ibu call mintak order kan apa yang dia berkenan di hati dari CJ WOW SHOP. Aduh, masa tu terus bukak www.cjwowshop.com.my , klik je order. Terus sampai depan muka pintu rumah.


Sempena bulan Ramadhan dan dah dekat nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ni mestilah banyak produk-produk baru di CJ WOW SHOP. Dengan kempen "Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW" lagi terasa kemeriahan suasana Aidilfitri yang da dekat ni. Eh puasa dah ganti belum?

x




Sempena kempen Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW, CJ WOW SHOP dah menambah lebih 30 barangan baaru bagi meluaskan lagi rangkaian produk sekaligus menjadi pusat yang memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan sempena musim perayaan ini. Koleksi unik ini menawarkan pelbagai produk Islamik yang bermutu tinggi, produk fesyen, peralatan rumah dan kediaman, perkakas dapur dan barangan kecantikan.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini juga, pelanggan juga boleh membeli pelbagai produk di CJ WOW SHOP bagi memenuhi keperluan ibadah mereka sepanjang bulan Ramadhan. Koleksi bulan Ramadhan ni termasuklah set Al-Quran digital, barangan ibadah seperti telekung keluaran Ariani, Jannena dan Habibi Noura, serta sejadah Jakel.


 

  

 

 

 


Bagi menambahkan wow pada Hari Raya anda, CJ WOW SHOP juga telah menyediakan rangkaian produk menarik dari 13 Jun hingga 16 Julai 2017. Produk untuk musim perayaan ini dipilih khas untuk membolehkan para pembeli tampil bergaya sepanjang Hari Raya serta melengkapkan persiapan kediaman untuk menyambut tetamu sepanjang Aidilfitri. Selain daripada fesyen Muslimah yang cukup bergaya daripada Ariani, Habibi Noura dan De Salma, tawaran produk Raya turut merangkumi set kosmetik daripada jenama Ronasutra, Chriszen, SEP, dan V’Asia. CJ WOW SHOP juga menawarkan rangkaian aksesori premium keluaran RCB Polo Club, ICE-Watch dan Condotti pada harga yang berpatutan. Cantik berseri la semua orang di pagi raya.

 


Menyedari persediaan makanan dan juadah sempena Ramadan dan Raya juga merupakan keutamaan pada musim perayaan ini, CJ WOW SHOP telah menambah rangkaian perkakas dapur bagi memudahkan lagi tugasan di rumah. Para pembeli boleh memilih pelbagai peralatan memasak serta perkakas membuat kek dan biskut daripada jenama yang terkenal seperti ELBA, ZUCCA, Cornell, Pensonic, Milux dan Little Homes. Wah boleh la para ibu memasak juadah berbuka puasa atau hari raya nanti dengan perkakas memasak baru kan?




Menariknya, CJ WOW SHOP turut menambah pelbagai tawaran istimewa dan hadiah percuma dengan pembelian daripada rakan penjual tertentu sepanjang musim perayaan. Yang paling best mestilah peluang memenangi Proton Ertiga! CJ WOW SHOP dengan kerjasama jenama automotif terbesar di Malaysia, Proton, menawarkan empat buah ‘Kereta Raya WOW’. Menerusi peraduan ini, para pembeli berpeluang membawa pulang Proton Ertiga yang merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas dan selesa. Selain itu, sepuluh pelanggan bertuah lain akan menerima baucar membeli-belah CJ WOW SHOP bernilai RM500 setiap satu.  


Untuk menyertai peraduan ini, para pelanggan perlu membuat dua pembelian atau lebih dengan jumlah pembelian sebanyak RM200 ke atas sepanjang tempoh promosi Ramadan yang bermula dari 15 Mei hingga 11 Jun 2017 manakala promosi Hari Raya pula bermula dari 13 Jun hingga 16 Julai 2017. Untuk setiap penyertaan bagi promosi Ramadan ini, korang cuma perlu memuat naik gambar produk yang dibeli dengan caption menarik di laman sosial Facebook atau Instragram korang dan pastikan hashtag #SerikanRamadanBersamaWow dan #KeretaRayaWow tu ada okayh? Pemenang akan dipilih menerusi jumlah like tertinggi dan caption paling kreatif. 

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk baharu sempena bulan Ramadan dan Hari Raya, pelanggan boleh mengikuti siaran demonstrasi CJ WOW SHOP menerusi saluran TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton. Produk-produk ini boleh dibeli menerusi pelbagai platform termasuk:

·         Talian bebas tol 1-800-18-0808
·         Laman e-perniagaan www.cjwowshop.com.my
·         Aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun menerusi Google Play (Android) atau App Store (iOS)

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S