Nasi Dulang Melur & Thyme untuk berbuka puasa

8:03 am


Selalu bila makan dalam dulang, teringat keunikkan tradisi Jawa makan nasi Ambeng kan? Dari kecil saya dibesarkan dengan tradisi begitu lebih-lebih lagi setiap kali datangnya bulan Ramadhan dan Syawal. Satu dulang atau talam diletakkan nasi di tengah-tengah dan dikelilingi pelbagai jenis lauk untuk dimakan bersama-sama. 

Begitulah juga dengan promosi Ramadhan Special di Restoran Melur & Thyme, menawarkan set menu Nasi Dulang sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ni. Wah, terubatlah rindu semua nak makan nasi dalam dulang kan? Tapi ni bukan Nasi Ambeng versi jowo tu lah. Ni versi Melur & Thyme!
 
credit gambar: www.wanderingbalt.com

Cawangan pertama Melur & Thyme dibuka di Suria KLCC sejak tahun 2013 dan kini telah mempunyai 4 cawangan kesemuanya termasuklah di NU Sentral, Pavilion Elite dan Gleneagles Kuala Lumpur. Sempena kita bakal menyambut bulan Ramadan, Melur & Thyme telah menggabungkan menu berbuka puasa dari Timur dan Barat di dalam suasana cukup moden dan santai di restoran mereka. Dengan dekorasi restoran yang tenang dan santai, pasti tercipta memori baru berbuka puasa bersama keluarga dan rakan rakan dengan Set Menu Nasi Dulang di Melur & Thyme ni kan?

Nasi Dulang yang disediakan memang cukup menarik. Berkesempatan untuk ke Melur & Thyme baru-baru ini, saya sempat rasa sendiri set menu yang disediakan. Terdapat dua jenis set iaitu Nasi Dulang Set A dan Nasi Dulang Set B.

credit gambar: www.wanderingbalt.com

DULANG SET A
Ketam Masak Lemak Cili Padi
Terung Masak Sambal
Ayam Goreng Berempah
Telur Masin
Pajeri Nenas
Daging Bakar dengan Air Asam
Daun Selom, Timun, Kacang Panjang dengan Sambal Belacan
Nasi Putih

credit gambar: www.wanderingbalt.com

DULANG SET B
Sambal Udang Masak Petai
Terung Goreng Berlada
Ayam Masak Cili Hijau
Telur Masin
Pucuk Paku dengan Ubi Keledek
Daging Dendeng
Daun Selom, Timun, Kacang Panjang dengan Sambal Belacan
Nasi Putih

Kedua-dua set dulang yang disediakan mempunyai rasa yang berbeza. Tapi bagi saya, saya prefer untuk memilih Dulang Set A sebab Ketam Masak Lemak Cili Padi nya sangat sedap! Kuahnya perghhh mantap! Siap daging bakar tu sepatutnya cicah air asam, saya cicah pulak dengan kuah masak lemak cili padi. Ayam goreng berempahnya pulak memang cukup rasa rempah hingga ke dalam isi ayam. Untuk Dulang Set B, saya suka dengan rasa Ayam Masak Cili Hijaunya dan semestinya Daging Dendeng yang tak mengecewakan anak tekakku.



Selain menu utama di dalam dulang, Melur & Thyme juga menyediakan starter dan dessert iaitu kurma, pelbagai jenis kuih muih melayu dan dessert of the day yang akan rotate setiap hari sama ada Bread Butter Pudding, atau Creme Caramel atau Mocha Creme Caramel. Air juga akan disediakan sekaligus masuk pakej Ramadhan Special ni. 

Harga Nasi Dulang Set Menu ialah RM70++ untuj 2 orang dan RM130 untuk 4 orang. Not bad kan? Sharing belanja untuk berbuka puasa dengan pelbagai jenis lauk sedap macam ni. Promosi bermula pada 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dan available di semua cawangan Melur & Thyme.

Melur & Thyme Suria KLCC
Lot G03H-I, Ground Floor Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur.
03-21818001

Melur & Thyme NU Sentral
L5.06 & 06 (A), Level 5,
NU Sentral, Jalan Tun Sambathan,
50470 Kuala Lumpur
03-22763855

Melur & Thyme Pavilion KL
Lot 7.102, Level 8,
Pavilion Elite, Jalan Bukit Bintang,
53300 Kuala Lumpur
03-21103777

Melur & Thyme Gleneagles Kuala Lumpur
Lot 2 & 2A, Ground Floor, 
Block B Gleneagles Kuala Lumpur,
286 & 288 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
03-42653322

Facebook: Melur & Thyme
Instagram: @melurandthyme


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S