DreamWorld Indoor Playland di The Starling Mall & IOI City Mall

8:36 am



Cuti sekolah nak dekat dah kan? Sekaligus kita menyambut bulan puasa terus. Sebagai seorang guru, mestilah saya tak sabar tunggu cuti sekolah sebab sekolah International bakal cuti panjang hingga September! Summer break katanya. So dah ada plan ke nak bawak anak-anak semua ke mana cuti sekolah ni? Haaaa kalau takde plan lagi atau tak berkesempatan untuk bercuti panjang jauh-jauh, boleh lah bawak ke DreamWorld Indoor Playland di The Starling Mall atau IOI City Mall! Eh apa DreamWorld Indoor Playland ni?


 

DreamWorld Indoor Playland ialah salah satu taman tema indoor bertemakan salji yang terbaru di The Starling Mall dan IOI City Mall. DreamWorld Indoor Playland akan mula dibuka di The Starling Mall, Damansara Uptown pada esok hari, 25 Mei 2017 dan IOI City Mall, Putrajaya pada 27 Mei 2017. Wahhh tak sabarnya nak ke DreamWorld bawak anak-anak. Ehhhhh belum ada anak! Takpela bawak anak buah je la. Baru bukak, mesti ada apa-apa promosi kan?

Sempena perasmian pembukaan DreamWorld Indoor Playland ni, ada 3 hari promosi iaitu setiap pembelian tiket DreamWorld, korang akan dapat satu lagi tiket percuma! Fuhhhh BUY 1 FREE 1!

  
DreamWorld Indoor Playland diharap dapat menjadi pusat kebahagiaan untuk kanak-kanak sehingga berumur 12 tahun, yang menyeronokkan, sihat, dan selamat. Dipantau sentiasa oleh orang dewasa, kanak-kanak di DreamWorld dapat mempelajari sesuatu melalui aktiviti-aktiviti di DreamWorld sambil bermain, eksplorasi, lihat dan berfikir. DreamWorld ialah kombinasi pembelajaran dan hiburan yang menggalakkan tumbesaran minda anak-anak, skil sosial dan interaksi mereka dnegan orang lain.

DreamWorld Indoor Playland bersaiz kira-kira 6,000 kaki persegi dan boleh memuatkan kira-kira 120 kanak-kanak dalam satu masa di dalam playland dan party room mereka. Boleh la semua anak-anak memanjat, merangkak melalui terowong, seronok menuruni gelongsor, panjat tangga dan tali dan segala rintangan yang ada yang agak mencabar tapi menyeronokkan. Dengan tema salji, pasti DreamWorld Indoor Playland ni menjadi tempat impian kanak-kanak untuk datang ke sini.

 


Harga tiket masuk untuk UNLIMITED play di DreamWorld The Starling Mall hanya RM48 (weekdays) dan RM58 (weekend). Untuk di IOI City Mall pula harganya ialah RM45 (weekdays) dan RM55 (weekend). Penjaga dewasa untuk setiap seorang kanak-kanak ialah percuma. Tambahan penjaga dewasa, hanya bayar RM5 sahaja.

Untuk yang berminat nak buat parti hari jadi, di DreamWorld Indoor Playland juga boleh buat birthday party tau? Mesti memori dan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan kalau buat birthday party disini. Dengan aktiviti yang pelbagai, termasuklah Dream Rides khas hanya untuk hari istimewa mereka. Pakej parti yang disediakan ialah Pakej Penguin RM68 (weekdays) atau Pakej Snowman RM78 (weekend) di The Starling Mall manakala Pakej Penguin RM65 (weekdays) atau Pakej Snowman RM75 (weekend) di IOI City Mall . Pakej termasuklah 2 jam di bilik parti, UNLIMITED play untuk kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan, makanan dan minuman, dan juga kad jemputan. Dan tentunya, maskot DreamWorld iaitu Eskimo akan turut serta memeriahkan suasana!

 

DreamWorld Indoor Playland juga ada promosi untuk Pass 6 Bulan DreamWorld iaitu RM288 Birthday Cash Voucher, 20% servis drop & shop, jemputan khas ke majlis-majlis special DreamWorld Indoor Playland, dan PERCUMA DreamWorld Passbook.  Pass DreamWorld  6 bulan ini bernilai RM5,840 tapi harga promosi cuma RM288 sahaja atau boleh juga pilih Pakej Super Saver hanya RM108 untuk 3 kali masuk ke DreamWorld Indoor Playland.

DreamWorld Indoor Playland, The Starling Mall

S-202, The Starling Mall,
No 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya.
Tel: 012-7219509 (Yoong)

DreamWorld Indoor Playland, IOI City Mall

L2-16, Level 2,
IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya.
Tel: 012-7029509 (Hazwan)



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook