Tradisi Masakan Bonda - Bufet Ramadhan di Quality Hotel City Centre KL

3:05 am


Setiap kali bulan Ramadan, pasti teringat je masakan bonda di kampung halaman. Mana nak lengkap rasa hidup tanpa rasa air tangan bonda kan? Lebih-lebih lagi yang jauh duduk di perantauan. Maka, bulan Ramadan kali ini, Quality Hotel City Centre akan menyajikan masakan kampung bertemakan Juadah Berbuka Puasa Tradisi Masakan Bonda. Para tetamu yang datang ke sini untuk berbuka puasa boleh menikmati suasana di dalam 'bazaar' dengan 15 gerai makanan yang menyajikan hidangan bulan Ramadhan kegemaran mereka. Memang takkan sama dengan air tangan bonda kita tapi,pasti mengimbau memori kan?

 





Untuk melepaskan rindu masakan bonda, Chef di Quality Hotel City Centre telah menyediakan pelbagai masakan dan hidangan dengan lebih 100 menu berbuka puasa. Untuk hidangan utama, mereka menyajikan Nasi Briyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nenas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak Keledek dan Kambing Bakar MeleTOP.

 



Selain menu utama, yang pasti akan menjadi kegemaran tempatan seperti ialah menu seperti Laksa Sarawak, Laksa Asam, Pisang Goreng, Keropok Lekor, Sup Gear-Box, Sup Ikan, Roti John, Chicken Murtabak dan Roti Canai. Tidak lupa akan ada pilihan pembuka selera dan salad seperti, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, pecal Kampung, Acar Betik Muda, Pais Udang, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah, Ulam-Ulam Melayu, Telur Asin, Acar Rampai dan Acar Buah. Dah tu ada pulak pelbagai pencuci mulut dan kuih muih tempatan. 

Dan sempena Bufet Ramadan ni, Quality Hotel City Center menawarkan Baucer Early Bird pada harga diskaun sebanyak RM72 bersih. Promosi ini akan berakhir pada 24 Jun 2017. Hah kalau rasa tak tahu nak berbuka puasa kat mana, boleh la try kat sini! Tempahan korporat dan pembelian baucar boleh dibuat menerusi talian 03-2614 8000.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook