saya mental semacam.

11:20 am

Wassup! *ishhh mana sifat sopan santun lepas hari nifsu syaaban ni? hahaha* salam semua. Hari ini hari yang sangat memenatkan buat saya aku! *oke, kali ni pakai kata ganti nama diri “aku” ye. mood ganas sikit* hari ini memang sangat penat plus aku langsung takde mood! Semalam selsema doe! Asyik bersin aje. Pagi-pagi tadi pulak sebok badan ni panas macam nak demam. Dah la kurang perhatian kasih sayang dari encik miqdad semalam. Siap kena marah lagi tuh sebab sms kacau dia buat kerja. Baru nak mengadu aku sakit. *mampos aku sebab dia memang konpem baca blog ni. maaf deary. buat luahan hati perasaan kejap* hari ini, buat protes takde mood, plus mogok kat Bandar kuantan. Tapi takde lah aku pergi buat perhimpunan haram sorang-sorang pulakkan. Ada banyak hal nak keluar Bandar tadi.


Pagi-pagi dah bangun *tipu! Bangun pukul 10.00 pagi kot* kelam kabut baca sms sampai 10 message! encik nuek sms, customer-customer tudung semua. Oke oke, tolong jangan merungut. Nanti rezeki lari pulak. Hahaha. Cepat-cepat telefon ayah; “ayah, nak amek kul bapew nih? Nak keluar gi beli tiket hari ni ngan nuek”. Then, cepat-cepat mandi kerbau ala-ala versi wangi. Siap-siap dalam keadaan mamai lagi sebenarnya. Apehal entah mengantuk semacam padahal dah tidur awal gila. Cepat-cepat gosok baju seluar tudung segala bagai, then siapp! Gila simple keluar Bandar hari ini. rasa selekeh pon ada kot sebab serba tak kena je cara pakai tudung ini. destinasi pertama, terus ke terminal makmur yang tak berapa aman makmur sangat itu. Nuek dah lama tunggu sebab konon-konon hari ni dia keluar awal lah tu! Pergi kaunter plusliner, damn! Takde orang kat kaunter. Terus pergi kaunter mara liner, beli tiket balik KL ahad ni, pukul 11 pagi. Then heret nuek terus pergi tempat ayah menunggu dalam kereta. Lepas tu, ayah hantar pulak ke megamall, lepas tuh, nuek saket perot pergi tandas jap…. Dussssshhh! Part tuh pon aku perlu cerita ke? Oke oke, sila strike sekarang ayat itu. Hahahhaha.


Aku pergi beli tiket wayang sat masa dia pergi bertapa sambil melabur saham berjuta-juta dalam tandas. Sekali lagi, sila strike. Semakin tidak senonoh ayat dalam blog ni! hahaha. Movie ape pulak? G.I JOE!! Naseb aku bawak student ID. Fuhhh murah! Sayang GCS lebih ah! Then tidak tahu kemana arah tujuan dengan dua-dua macam nak buat mogok takde mood seharian, dengan jerebu teruk kat kuantan tu. Yeah, haze everywhere! Damn! Batok-batok aku keluar Bandar. Kalau kabus sejuk-sejuk macam kat genting highland ke hape tak pe jugak kan? Then, nuek ajak pegi CC depan megamall. Aku follow je ler kan tapi sebab dea kusyuk sangat duk mengadap PC, aku yang terkontang-kanting keseorangan pergi lah kedai sebelah. Cari makanan sebab kelaparan yang amat! Coffee street ape kebenda entah nama kedai tuh.minum the o’ ais rm2.20 dalam bekas kecik nak mampos dengan chicken sandwich masin rm4.20. siap ade service charge segala bagai. *Weyh tokey kedai, aku taknak datang dah kedai kao ni! hahaha.* Pukul 1.10 pm kami dah ada kat megamall semula and pergi tengok wayang. Oke oke, aku malas ah nak review panjang berjela macam abg kacak selalu buat tuh kan tapi, G.I JOE memang superbbb habis! Boleh pulak kitorang terserempak dengan tatty and ali masa nak keluar dari panggung. Tengok wayang sama-sama rupanya kita. *Ali, kao dah gemok! Jangan cakap kao tu tough konon-kononnya! Hahaha.*


Then, kami pergi makan aiskrim mekdi sambil tunggu ibu aku amek kat depan megamall. Thanks nuek sebab belanja aiskrim ape ke nama entah itu. Sungguh aku tak hafal nama-nama aiskrim mekdi. Ibu amek kitorang and adek ada sekali, terus ke jabatan pendaftaran Negara. Aku pergi amek IC aku yang dah siap tuh dan paling benci tengok gambar IC tuh. Hahaha. lepas tuh, nuek “ter”buat IC baru jugak sekaligus sebab ibu suruh buat. Berjaya hasut dia. Hahaha. then dah setel segala bagai, kami ke kamdar pulak sampai nuek dah kepenatan dan kebosanan tengok kami pilih kain untuk baju raya. Sorry! Hahaha. then ibu bawak kami ke taman gelora, cari makanan. Selalu rasa sedapp jek, tapi hari ini rasa macam ta boley blah nak telan semua. Aku kan takde mood sebab encik miqdad, nuek lak takde mood sebab gadoh ngan awek dia kot? Dalam kereta, aku baru perasan, eh mana cincin aku? Huwaaaaa…!! Menjerit-jerit aku baru sedar tak pakai cincin. Ni semua kes mamai plus kelam kabut pagi tadi!!! Cincin hilang dah. Ade sesiapa nak bagi aku cincin baru?


Then, dah setel makan, kami menuju ke rumah nuek, and sempat singgah kejap tengok adek dia baru keluar dari wad. Siannnn Sheila sayang kuh. Get well soon, sayang. Tapi macam biasa, aku takde mood sangat. Kurang bercakap dengan mak nuek today. Pandang nuek pon cakap guna bahasa mata je. Tak boleyh blah! Hahaha. sebelum balik, bagi mak nuek hadiah sikit. Kain nak buat baju raya. Terkedu tergamam terkejut dan segala ter lagi lah bila mak dia dapat kain tuh tadi. *Takpe makcik, nanti raya saya datang, makcik bagi duet raya sambil pakai baju raya saya bagi tuh tau!* balik tu, aku dah penat pengsan segala bagai lagi. Sempat tidur kejap malam, pukul 10 baru sebok nak online. Hahaha. now twitter lak buat jal. Semua buat aku takde mood! Dah dah. Nak stop blogging. Hahahaha. pegi tengok gambar-gambar kat bawah ni hah!


Photobucket

caption: kami dalam kereta ibu, bosan sambil amek gambar dalam keadaan mental semacam dua-dua sebab selendang aku pakai tak betul sampai bulat muka aku dan nuek pulak buat muka mr.bean dia. comelnya dia pakai tee yang saya pilihkan.

Photobucket

caption: ada orang cakap muka kami kadang-kadang nampak seiras. ye ke? semua lah pulak nak jadi kembar aku sekarang. tapi kami memang dah macam adik beradik lain mak bapak. bestfren kan. bukan boyfriend oke? harap maklum. hahaha. masa ni, dalam kerete ibu on the way nak balik rumah nuek dan kami sedang menahan kepanasan cahay matahari yang menikam jiwa. eh bukan! menusuk kalbu. eh bukan lagi!


*tiba-tiba je nak stop. ape kejadahnya mental dia ni? dah lah tulis panjang berjela-jela, gambar tak banyak. Bosan! hahaha*

p/s:
7th,August 2009 - Friday at 12:34:56,
Our time will be12:34:56 07/08/09.

123456789 - once in your life


You Might Also Like

18 comments

  1. alaa ciannye dia...1 ari serba x kena ye..xpe2..twitter dh ok ni..mari kt bermanja2..lalala..cincin 2 dh jumpa lom??

    ReplyDelete
  2. ein; huwarghhhh xjmpa lg....mne nth ltk.... nk nanges. bnyk knangn cincin tuh. ade org bg

    ReplyDelete
  3. anarm; sape yg tahu cte jek yg phm situasi i. kn ein kan? hihihii

    ReplyDelete
  4. yg bwh skali 2..
    xpaham dowh....
    123456789??????


    nnt aku bg ko cincin yg der candy 2 ek??

    ReplyDelete
  5. hihihihi~~ hanc kat sini sat~~ slamat pg siS~~ twit twit~~

    ReplyDelete
  6. about da date!!!
    i suka!!!
    i pon ada entry paal da date..;)

    once in a lyftym..

    such a great date!!!

    *asyik pakai baju ney ja..

    esh3;)

    ReplyDelete
  7. dah nmpk dh bju kotak2..
    merah lg tuhh..
    hihihi
    ;))

    ReplyDelete
  8. hannie;
    ape yg ko ta paham nye?

    takmao! nk cincin yg hilang tu. huwaaa..

    ReplyDelete
  9. ateen;

    a'ah
    dlm gambar nampak mcm terang semacam. kat luar, nampak cam pudar lak

    ReplyDelete
  10. eny;

    hahahahha! nak wat cmne. i bwk baju ni ngan tee je 2 helai.
    tee tuh da pki masa isnin balik kuantan ngan dea.
    takkan i keluar hangout smlm nak pki tee tuh jugak? hahahaa!

    ReplyDelete
  11. dear, anarm 2 dengki sebenar nye..lalala..u abaikan je la pr kuning 2..nnt u fire dia k..wahahaha..

    ReplyDelete
  12. alaaa dear...jgn la smpai hangus..cian la kat i ni..wahaha...u fire manja2 je dh la pr kuning 2

    ReplyDelete
  13. hahah sygg PR kuning ek? ish ape ni 1 team pon ade skandal2?

    ReplyDelete
  14. mana ade skandal..kan dah 1 team..backup2 manja gitu..uweekkk..dush..kan dh kena..hahaha

    ReplyDelete
  15. tolong sediakan baldi boleh? pinjam baldi jiran sekali. i nak muntah pink ni

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook