KL yang jahanam. KLCC yang indah.

4:13 am

eny; i ta sabar tunggu update u.

eyra; sabar sygg. i pengsan semalam.



oke dialog tuh direka sebenarnya *pengakuan ikhlas*. sumpah diri ni memamg rasa nak update dari semalam lagi. teruja tahap nak mati nak pinjam lappy adek, pegi bilik nad, and online. sebab bilik nad je ada line berukband celcom. tapi.... sampai je apartment adek, saya terus pengsan. *tipu!* semalam syok sangat tengok aksi gewdik liyana jasmay kat astro ria, terus hilang semangat mahu update. oke oke. mari kita riang ria membaca entry kali ini yang bertitle: KL yang jahanam, KLCC yang indah. =)

Photobucket

kita bermula dengan 31 july. bukan kah saya sudah beritahu kepada pembaca di entry sebelum ini, encik steroidsmasao membuat kejutan memberi snickers? ye, mula-mula saya dan segala senior saya yang merenk itu melepak di kedai mek long, sambil minum air milo tabur sedappp kemudian saya diculik pula oleh beliau juga membawa saya ke McD. thanks darl! celebrate birthday awal ke ni? HAHAHA. double cheese burger itu sangat sedapp oke? and snickers tuh saya rasa macam sayang nak makan jek. HAHAHA. boleh tak nak frame kan pembalut snickers tuh?


1 ogos, rasa semangat gila vavi bangun awal pagi sebelum ayam berkokok mahu ke KLCC. tapi masih sempat ber-online menghadap twitter + facebook = tweetbook. hari ini plan mahu jumpa neyza dan eny; my blog buddy. but, hati merudum jatuh bila dapat sms dari neyza, ta jadi jumpa. takpe la babe, next time kita hang out berdua oke? dah la abgku, syed salleh melarikan diri ke JB awal sangat. cakap je na kuar, tapi dea blah dulu! ceth..poodahh!! maka, dengan semangat mahu keluar dari rumah pada pukul 10 pagi, malangnya hari hujan lebat. oke, ini dugaan pertama untuk hari ini. so, sempat lagi melayan twitter, dan one of my twitter buddy; @mohdisa juga mahu jumpa hari ini. baiklah, pukul 11 pagi baru saya keluar rumah, dengan sedikit kebasahan akibat hujan renyai-renyai. fuhhhh...demi KLCC, akan ku gagahi juga untuk ke sana.



then, naik bas roadliner kuning itu, aduh! dugaan kedua; driver kalut yang katik. aishh suka hati je saya mengutuk pakcik drebar itu. tapi, sumpah! macam takut lihat dia drive bas. terhuyung hayang kaki tangan tiada sampai pada brake segala bagai. aishhh...dugaannnn. then, dugaan ketiga bila rasa mahu mengamuk dengala sumpah seranah. RapidKL yang lembab! berduyun-duyun semua mahu naik bas, nasib saya dapat juga duduk dengan selesa nya. tapi....tahu je la. siapa yang duduk KL, pasti tahu suasana KL pada 1 ogos. fuhhh! jem tahap cipan doe! gilaa sesak tahap ta engat dah. saya plan nak stop at maluri je then naek LRT hingga masjid jamek lepas itu tukar LRT untuk ke KLCC. but, adek saya dan encik miqdad tidak stop SMS beritahu perkembangan semasa di masjid jamek. damn! stesen LRT di masjid jamek tutup! maka saya pun menaiki LRT dari pasar seni hingga KLCC. grrrr....siapa lah pandai sangai buat perhimpunan haram jadah ni? menyusahkan orang betul lah!! tahu tak penat sangat pergi KL makan masa 4 jam padahal biasanya saya ke KL hanya 2 jam?

tiba di KLCC pukul 3.00 pm, meet adek kat depan roti boy, tukar kasut crocs kejap sebab katanya kaki dah penat. padahal memang saje gewdik mahu pakai kasut baru yang saya bawa. then, terus ke Burger King jumpa twitter buddy saya, @mohdisa. sorry la babe! janji pukul 1, pukul 3 baru tiba. HAHAHA. makan-makan dengan rakus nya sebab semua sedang kelaparan. makan punya lah kusyuk sampai lupa nak snap pic. oops! laen kali je lah u fame kat blog i ni oke? sebab mamat tuh punya ah nak cepat balik sebab nak training bola.

Photobucket
Photobucket

after that, saya dan adek berusaha mencari jalan ke tempat hannie menunggu. memberi beliau tudung-tudung yang diorder,. tengok? pegi jalan di hujung minggu juga tetap ber-business. HAHAHA. then, saya dan adek berjalan-jalan di dalam KLCC mencari eny yang hilang. ishhh! kami ke taman KLCC, dan meet eny there. depan kolam sebelah english couple yang sedang sembur spray halau nyamuk! eh kat KLCC ade nyamuk kah? abaikan. eny sangat cumel oke? tapi lagi cumel kasut high heels beliau. joke! jangan marah sygg. sangat happy jumpa u, but i ta larat nak letak gambar banyak-banyak kat sini. nanti u fame lebeyh pulak. oke semua boleh pegi ke facebook saya, lihat gambar kami di sana. yunk, i tengok, mata kita dah nak sama color je, tapi i color ori la. u pakai contact lense kan? HAHAHA. saja sakat u kt sini. thanks beli plain shawl dari i sampai 3 helai. nanti beli banyak lagi taw! HAHA. love youu babe! ^_^

Photobucket
Photobucket


lepas tuh, bercerai sudah sama dengan eny, lepas posing-posing amek gambar guna handset sony kami dan terus menuju ke PC Fair. eny ta ikot sebab high heels dia buat kaki dia sakit. lain kalai u pakai selipar jepun je tau pegi PC Fair! HAHAHA. whooops! saya lupa pakai mask zorro saya. arghhhh lantak! tapi, PC Fair kali ni sangat tak best. mengapakah? entah la. keinginan untuk membeli macam-macam benda mengarut untuk lappy saya tapi masih boleh bertahan. hanya membeli cable baru untuk external hard disk saya dan juga hard cover case juga untuk external hard disk saya. oke, i admit. cable itu keperluan, case itu keinginan dan kemahuan yang tidak penting. HAHAHA. naseb saya tak rembat sama portable lappy table, lappy fan boleh lipat-lipat kecik, sensonic earphone, dan stickers for lappy keyboard. kalau tak, konpem bankrup terus! merangkak balik rumah sebab harga taxi dah naik! dushhh~

Photobucket

then, sebelum keluar dari KLCC, masih sempat singgah di butik Mark & Spencer. tapi adek saya tak juga beli seluar yang beliau kata mahu beli. sebab kat KLCC ta best katanya, takpe lah nanty pegi OU kita shop sakan! padahal, tangan ni gatal-gatal juga mahu pegi beli baju dan wedges. sabar eyra, duet takde walaupun semua tengah sales. tiba di LRT pasar seni, kami terkedu sebentar menonton rakan-rakan sedang menconteng graffiti di sg.kelang. aishhhh....then naik bas U40 untuk ke Maluri. sebelum balik ke rumah, kami sempat singgah di JJ Maluri. warghhhh...memang tak dapat tahan! berjaya membazir juga beli Cardigan Scarlet yang baru. color purple oke? cantik dan murah! itu yang penting.

Photobucket

balik terus pengsan tahap ta engat tapi esoknya, 2 ogos... bangun awal pagi terus siap-siap pergi ke Masjid India. yeah! shop sakan. berjaya membeli belah persiapan raya. lihat gambar di atas. sebenarnya ada 5 jenis. tetapi 1 kain tak sempat di ambil bawa pulang, adek telah letak dalam beg dia.

no.1;
itu baju raya pertama saya. tema kami tahun ni orange color. saya hanya beli kain chiffon untuk dibuat baju. untuk kainnya, masih tidak dicari lagi.


no.2;
untuk baju raya kedua saya. cisss berangan. entah-entah raya kedua duduk rumah berbaju t-shirt berkain batik saja. warna merah pink itu. nampak saja macam merah putih. cantik x?


no3;
ini kain baju raya adek. mula-mula saya hampir beli pattern ini tetapi berwarna merah hati. namun apa kan daya, penjual telah mempengaruhi saya membeli kain no. 2 di atas.


no.4;
ini bukan untuk saya atau adek saya. tapi, untuk mak nuek. aik? mengapakah? shhhh...diam. jangan buat sebarang spekulasi. saja ikhlas mahu memberi tidak salah bukan?


lepas habis shopping saya terus pulang ke beranang yang tercinta. esok pagi, sudah mahu ke KL semula. balik kuantan! oh yeah~~ tapi terpaksa tunggu sehingga petang juga. menunggu nuek tiba dari perak, then balik sama-sama. aduhai.... dah bosan duduk beranang! nak pegi buat sales kat kuantan pulak ni. eh eh tak habis-habis bisnes. HAHA. byeee! see ya in next entry, guys!

p/s: happy birthday to my aunt, acik asmah! 1 ogos. and happy anniversary mum and dad... 2 ogos!

You Might Also Like

12 comments

  1. cantiknya gadis sebelah u tu;)

    nk kenal leyh???

    haha..

    *amboi..baju utk mak nuek ada..utk i xda?;)

    ReplyDelete
  2. Akhirnya ada jga org mnggunakan perkataan tweetbook.. pasni tweetholic or twitterholic plak...

    ReplyDelete
  3. eny; jangan nak gatal. hahahaha. psssstttt...diam2. hahaha.... baju utk mak dea msti la ade..

    een; yeahhhh inspired from u lah tuh

    ReplyDelete
  4. kain yg utk mak nuek 2 cantik..lembut je warna dia..sesuai utk urg yg berusia

    ReplyDelete
  5. ein; a'ah. kaler ijau lumut. mmg lembut dan seswai. dats y la beli kain tuh. simple n tak banyak corak2. kang beli striking2 mcm kain2 lain tuh terkejut lak makcik tuh nak pakai. ahhaha

    ReplyDelete
  6. hahaha..blh je nak bli yg striking tp kena pndai pilih..thn ni xtau lg kain mana yg my mum nak jht..coz every year bli kain baru tp x berjahit2..mean, thn ni punya bj adlh dr kain thn2 lepas punya..hahaha

    ReplyDelete
  7. ein; ahahhaa i dah berpuluh2 baju kurung. bawak pegi kelas je. pagi2 pening nak pakai yg mana

    ReplyDelete
  8. kem salam kt org dlm gmbr tu yek..
    hehe..

    ReplyDelete
  9. anniversary mum ngan dad 2ogos, Ko nyer bday 3ogos...agak2nye ko bley dikire hadiah anniversary x?haha...

    ReplyDelete
  10. haahha lain tahun ngok. jgn pk bkn2. hahaha. maybe lah boleh dianggap begitu

    ReplyDelete
  11. haahha lain tahun ngok. jgn pk bkn2. hahaha. maybe lah boleh dianggap begitu

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook