HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

9:52 pm




HIDUP BERANI UNTUK GAGAL


entri khas yang akan aku coretkan disini adalah sempena contest oleh denaihati. dan tajuk contest ini adalah seperti yang tertera di atas. saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ini dari Zul's Blog.

skop kegagalan itu terlalu besar untuk dispesifikasikan sebenarnya. setiap makhluk tuhan di dunia ini akan melaluinya sebelum menemui kejayaan. siapakah orang yang gagal dalam kehidupan mereka? Orang yang gagal ialah orang yang mudah berputus asa hanya dengan satu masalah kecil sahaja. Sebelum melakukan tindakan dia sudah memberi alasan dengan kata 'tak boleh' sudah pasti kegagalan adalah miliknya. tetapi, kita harus menerapkan sesuatu dalam diri kita iaitu, keberanian meneruskan hidup untuk gagal. tanpa menemui kegagalan terlebih dahulu, kita tidak akan dapat merasai kejayaan hidup ini. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya secara berterusan sahaja. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya.

Perasaan takut untuk gagal wujud dalam diri anda? Hakikatnya, perasaan takut untuk gagal itu sentiasa wujud untuk semua insan. dan itu adalah perasaan yang sangat normal! jika anda berasa takut, anda harus yakinkan diri anda dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala pancaroba yang akan dilalui dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita terus untuk menafikan keupayaan kita untuk mencuba sesuatu yang lain, maka anda sebenarnya menafikan hak kejayaan yang sepatutnya anda dikecapi dalam hidup ini. ingat lah bahawa; "every sucessful person has a painful story. every painful story has a succesful ending. accept the pain and get ready for success."

Terdapat beberapa jenis atau faktor seseorang itu menemui kegagalan dalam hidup. Seseorang itu boleh gagal dalam apa-apa sahaja yang dilakukannya sama ada gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam perkahwinan, dan sebagainya. Salah satu faktor utama yang dapat dilihat adalah pemikiran kita yang telah dibentuk dengan keadaan persekitaran yang mendorong kegagalan. tetapi bagi pendapat saya, kita menemui kegagalan untuk diberi peluan kedua! dan setiap kali kta gagal, kita akan mendapat semangat dan tenaga yang berkali ganda untuk berjaya! tiada sebarang inovasi akan terjadi jika anda berasa takut untuk gagal. maka, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL! setiap kali kita gagal, kita akan belajar dari kesilapan dan sekaligus memberi motivasi yang tinggi dalam diri kita.

Sebagai contoh, satu soalan kepada Bill Gates pernah ditanya; "What type of people you would like to employ?". dan Bill Gates menjawab "I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!" dan tahukah anda? Bill Gates juga pernah gagal dalam hidup beliau sebelum beliau mendaki ke tangga kejayaan.

saya juga pernah beberapa kali menemui kegagalan dalam hidup ini. sepanjang 21 tahun saya hidup di dunia ini, sudah banyak cabaran dan dugaan yang saya tempuhi. Baik dari segi pelajaran, percintaan mahupun perniagaan yang saya lakukan, namun saya sentiasa berani untuk ke hadapan dan berdepan dengan sebarang kegagalan. setiap kegagalan yang saya hadapi lebih mendorong saya untuk mencari kajayaan dalam hidup saya ini.

Ironinya, setiap individu sering memilih untuk gagal dan memilih untuk tidak berjaya.Anda memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana anda menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Dan anda sering berfikir bahawa sudah tidak ada peluang untuk anda mengubahnya. tetapi tahukan anda? anda suatu petikan menyebut; "Someone who choose to focus on today and on the future, he walks a step on stairway to heaven" yang bermaksud, kebahagiaan akan muncul bila anda memilih untuk berusaha menjadi orang berjaya.

"La takhaf wa la tahzan.. innallaha ma'ana" Usah berasa takut, gusar dan bimbang kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Perkataan ini pernah diucapkan oleh Nabi ketika di dalam perjuangannya. Apa yang pasti, kita perlu berani mencuba sesuatu daripada duduk tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan sesaat berlalu begitu sahaja. Bermulanya dari kita, insyaAllah orang lain juga akan mendapat manfaat yang sama. Gagal adalah salah satu proses menuju kejayaan. Oleh itu, kita tidak ada sebab nak berhenti untuk terus memburu kejayaan. Kuatkan hati, teguhkan pendirian, teruskan perjuangan, dan BERANI HIDUP UNTUK GAGAL!


______________________________________________


Hidup Berani Untuk Gagal Contest

Entri ni sebenarnya merupakan penyertaan bagi contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh Denaihati [Yang Terbuku Di Hati]. Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni merupakan contest terakhir untuk penutup tahun 2009 dan untuk menyertainya adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu menulis satu entri bebas di blog/weblog masing-masing.

Sedikit info tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL:

* Contest Hidup Berani Untuk Gagal mudah sahaja iaitu pada penghujung contest, blog yang tersenarai di laman carian http://www.google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1-5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

* Hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

* Kepada yang rajin mempromosikan contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih banyaklah hadiahnya.

* Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

* Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog sama ada berbahasa Melayu atau English.

* Buat satu entri (bebas) di blog ANDA dan wajib ada perkataan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

* Nyatakan dari mana anda ketahui tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini. Contoh:


"Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog neyra shazeyra".


* Dalam entri anda wajib ada nama-nama sponsor.

* Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

*Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Denaihati – Yang Terbuku Di Hati.

*Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkannya.

*Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri blog beliau.

*Follow Facebook Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

*Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

*Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira. Seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

*Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

______________________________________________

Layari blog Denaihati untuk info. Selamat berjaya! Join sekarang, dan jadikan saya sebagai refferal anda!

You Might Also Like

17 comments

  1. sumber inspirasi utk tidak gagal lagi...
    edisi utk cinta jiwang karat akan tiba???

    ReplyDelete
  2. hahaha akan ada kalau u buat contest :P

    ReplyDelete
  3. good luck.. thanks for making me your referral :)

    Huhu.. memang entri baik punya ni... :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih join contest. blog ni tersenarai peserta ke 21.

    ReplyDelete
  5. wow!neyra..u pandai la berkata2..

    goodluck..

    menang belanja i :)

    ReplyDelete
  6. zul; baik? hahahahhaha! i mmg suka menaip panjang2 ayat skema mcm uh :P

    denaihati; ur welkam :P

    eny; hahahha i mmg suka la bab2 menulis menaip benda mcm ni :) sbb tuh dulu 2x masuk pertandingan menulis esei sejarah malaysia kebangsaan. hahahaha.

    ReplyDelete
  7. pheewiitt~ semoga berjaya..

    ReplyDelete
  8. Hi.... Selamat berkenalan.

    Dari Contest ini AJ dapat mai blog awk. :-)

    AJ pun baru aja join. Ari ini dapat approved.

    Selamat menyertai contest ini ya & keep work :-)

    ReplyDelete
  9. salam..en3 yg panjang..tulisan kecik berpinau mata nak baca..papapon nice en3..good luck sis..

    ReplyDelete
  10. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.

    ReplyDelete
  11. good entri and good luck for the contest

    ReplyDelete
  12. tahniah, entri ni masuk pilihan entri terbaik. Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  13. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook