kenangan terakhir suka dan duka di beranang.
8:25 pmkenangan terakhir suka dan duka di beranang
salam semua!
saya sedang bersiaran langsung dari bumi beranang. ehem2 *sambil berdehem berulang kali mintak perhatian semua* saya harap ini kali terakhir saya akan jejak kaki disini. walaupun saya tahu saya akan merindui beranang. 3 tahun 6 bulan duduk sini siapa tak rindu woot! saya pulang ke sini untuk beberapa hari untuk meng-repair assignment ABIT yang tak habis-habis itu. Tak dapat Distinction gak tatau lah saya.
but, before tension dengan assignment, sifat kegilaan kami tiba-tiba datang secara berleluasa. mula-mula planning nak makan mekdi jek kat kajang. sekali entah mcm mana stering kereta myvi lina tuh buat drift masuk jalan pergi JJ Balakong. hahahaha! terus ter-lepak pulak kat sana. mereka teringin nak makan prosperity. saya? tak order pun! makan chicken burger sudeyh. no money lor. lepas tuh, sekali lagi kereta myvi ter-buat-drift masuk jalan ke putrajaya pulak dah! ter-paksa lah melepak kat sana. sudah! sudah! malas nak bebel banyak, korang tengok je lah gambar kami yang dalam sifat kegilaan tahap maksima ni!
cahaya keimanan untuk orang gila memanah terus ke muka cik surya!
dah nama kao pun surya.
konpem2 lah semua cahaya nak tutup muka kao!
hah! hilang dah cahaya keimanan.
guna handphone orang lain :)
kami berlima sebenarnya malam tuh.
tapi, konpem ah ber-empat jek ketika bergambar.
kang takda sapa mahu amek gambar pulak kan?
cik surya memang paling sindrom malam tuh.
celah tiang pun dia nak masuk!
Cik linda dan cik surya.
saya tak tahu lah sketsa apa mahu dia buat kat atas jambatan sri wawasan tuh!
gambar ni yang terakhir sempat amek sebelum kena halau dengan guard kat putrajaya tuh. muka sengal tak bersalah jek semua.
hahahaha!
then, after melepak macam orang gila tak mandi muka sememeh jek semua, budak laki kelas kami text ajak lepak kat mapley area semenyih. vrooom vrooom terus linda buat drift sampai ke kedai makan ibrahim maju tuh! lepak lepak minum air sampai mengantuk. lepas budak laki cerita pasal hantu kpmb, terus kami gerak pulang ke rumah! hahahaha. gambar? gambar hantu tak boleh publish. gambar kami makhluk tuhan yang comel ada kat bawah:
comel kan?
buat muka tak bersalah cakap diri sendiri comel.
then, esok dan esok lagi saya dah tak ingat lah pulak urutan peristiwa yang berlaku tapi kan, ada lah satu malam tuh. kami penghuni rumah J-1-5 yang kini menetap selama beberapa ketika menumpang di J-1-4, bua farewell party. takde lah party beriye sampai ada lelaki separuh bogel ke, lelaki hensem sekali dengan kami semua ke apa. cuma makan-makan di beranang cafe, ditaja sepenuh nya oleh wanita bekerjaya, Norazimah Md. Zuki. hikhikhik. malas nak cakap banyak, korang tengok lah gambar-gambar kami kat bawah:
cik nora dan cik lina sedang kusyuk makan.
fuh, tomyam yang kao makan ni fiza, mmg superb!
saya? mana gambar saya? takde!
cuma ni yang ada.
saya makan mee hailam.
dah tepat hari ketiga saya bermastautin disini, saya berjaya siapkan assignment Abit saya yang sebenarnya kena repair sikit jek! memang tebal nak mampus sampai semua dalam twitter pun komen pasal assignment saya yang tebal semacam. ye rakan-rakan semua, ini lah hasil kerja saya untuk semester terakhir saya di Kolej Profesional Mara Beranang dalam kursus HND in Computing Business Information Technology.
thank god semuanya berakhir.
now hati berdebar-debar tunggu result!
sempena minggu terakhir saya di sini, saya ingin membuat sedikit ucapan dengan seikhlas hati saya. *apasal skema gila ni?* sila sediakan kotak tisu untuk mengesat hidung berhingus anda sebelum saya meneruskan ucapan saya.
"buat rakan-rakan dari dunia FHND hingga kita masuk HND, saya akan tetap ingat anda semua sampai bila-bila. secara jujurnya, walaupun terlalu banyak pertelingkahan, salah faham, pergaduhan antar kita saya akan cuba untuk melupakan semuanya dan memaafkan kalian. sememangnya terlalu banyak sudah saya rasa terkilan dengan sikap semua yang semakin berubah dari hari ke hari yang dilalui, dan saya terpaksa makan hati berulam jantung selama saya mendiamkan diri memendam perasaan saya terhadap kalian semua, tapi saya sudah lama lupakan semua itu. ampun maaaf juga dipinta jika saya ada membuat kesalahan di antara kalian semua. untuk dia, saya sudah anggap anda sebagai kawan terbaik yang pernah saya ada sepanjang kehidupan saya di alam kolej dan saya harap anda boleh terus jadi kawan terbaik saya walaupun ada sedikit ketidaksenangan hati sebelum pulang dari beranang, saya tahu anda faham saya lebih senang untuk memendam perasaan saya ketika ini. untuk dia, dia tahu siapa dia. buat rakan-rakan, saya sayang anda semua sampai bila-bila. Batch HND 2006. my heart is always with all of you ♥"
sekian, terima kasih.
3 comments
salam..
ReplyDeletehepi nyer dpt kuar lepas habis berperang dgn assignment.. hehehehe....
p/s:mee hailam tu yg u mkan tok i skali ek? :p
masalahnya, kami enjoy bfore buat asement la angle. hahaha!
ReplyDeleteye itu lah yg i mkan utk u :P
salam . sy dari ipoh . sy tringin sgt na beli patung elmo yg mcm awk punye . tp smpai skrg ta dpt dpt . boleh ta tlg sy dptkan ? email sy di [email protected] . tq
ReplyDeletedrop your comment here!