Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan

2:39 am

Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan






KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.

Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.

Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.

Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.

Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.

Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.

Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

credit: kosmo online!

*************************************

setiap kali aku nak pergi Times Square,

pasti aku menaiki LRT sampai hang tuah je.

al-maklum lah zaman student, perlu jimat.

lepas tuh meredah hujan atau panas berjalan kaki ke Times Square.

pasti aku melalui mural di dinding buruk itu.

ya, buruk. tapi...

nilai sentimental yang tinggi.

kenangan juga banyak terpahat disitu.

di permukaan tembok itu juga aku melihat rakan-rakan menghasilkan karya graffiti mereka.

oh, jangan tiru vandalisme itu!

depan tembok ini juga si paeh pernah semput.

sampaikan aku sendiri nak semput sama.

di tepi tembok itu juga, aku pernah putus cinta.

opps! jangan dikenang kisah lama.

tapi tembok Penjara Pudu itu menjadi saksinya.

kini? semuanya sudah tiada.

runtuh sudah Tembok Penjara Pudu dan sejarah silamnya.

semuanya menjadi debu tanpa sisa.

yang akan kita ingat sampai bila-bila.

1895 - 2010


*************************************





You Might Also Like

9 comments

  1. sedih kan.. ngra luar akan retain bgunan2 historical.. kta plak nak buat bgunan2 bru.. kat asal tmpt kte pun dulu msa kcik2 ada bgunan historical,tp kne roboh sbb buat shopping complex.. menyedihkan..

    ReplyDelete
  2. pernah semput depan niii. heeee. gamaknya ada hantu kacau kot.... =p

    ReplyDelete
  3. hahaha..paeh pnh sempot dpn ni ye.sian paeh.hi3..pasni spe yg dok kondominium kt ats tanah pnjara pudu tu abehla..berhantu!

    ReplyDelete
  4. alaaa...cam sedih lak baca bila kena runtuh..

    ReplyDelete
  5. oh ko ni syahirah sabri yg jellizo ckp tu...ngantkan yg maner td!

    ReplyDelete
  6. rupanya awak ada lagi byk kenangan dari penghuni kat situ..hehe

    ReplyDelete
  7. saya penah pujuk si dia kat depan penjara pudu..pastu bila dah pujuk patah balik la pegi times square :P

    ReplyDelete
  8. suka graffiti yg org tidur bawah pokok kelapa tu :)

    ReplyDelete
  9. wah lepas ni dorunk nk bwat pa plak kat tmpat 2 eh ^.^"?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S