468x60

.

Fakta FINAL EXAM.

Friday, November 26, 2010





#1 - Ini adalah pertama kali aku melalui final exam. diploma dulu takde final exam.

#2 - sepanjang final exam ni, aku takde study beriye pun. tak caya?

#3 - hanya sekali aku pergi IRC iaitu sebelum paper terakhir aku.

#4 - untuk paper corporate ethic pagi isnin tu, aku tak tidur lebih 24jam.

#5 - sepanjang final exam ni jugak aku kena insomnia tetibe.

#6 - semakin bergiat aktif blogging sepanjang final exam week tapi update sikit je.

#7 - perut kempis sedikit gara-gara PTPTN tidak masuk lagi. ini fakta merepek.

#8 - aku banyak tidak print lecture note. esok exam, malam tu aku baru download.


okayh, dah tak tahu apa lagi fakta yang ada. kalau time berak nanti aku teringat, aku tambah. sekarang mari hiburkan hati dengan cuti yang panjang. terhibur ke? tak! sebab tetibe rasa takde makna holiday. but, aku akan melepak di KL for few days. 

chow cin cau, soya cin cau!




Elyana propose Khairul

Wednesday, November 24, 2010





dah lama nak letak video ni kat sini.
tapi kesibukkan melanda.
video perkenalan antara Elyana dan Khairul.
Elyana yang propose Khairul ok!
how sweet they are.
ehem ehem.
CST Production,
wedding saya 8 tahun lg tolong buat mcm ni ok?
okthxbai!



hati Yuna buat Qi

Tuesday, November 23, 2010



TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan.

Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.

Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu.

“Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.

“Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal,” ucap Yuna penuh jujur.

berita selanjutnya: Kosmo Online



Contest Mudah dari SyahrilHafiz.Com






Dia...
nama kami hampir sama.
lokasi kami juga sama.
minat kami juga sama.
apa yang beda?


Dia...
ini kisah kami, blogger sejati.
sejiwa sehati sebati di keluarga blogger ini.
jiwa remaja kami memberontak untuk menulis tanpa limitasi.
ada yang mahu kami berhenti?


Dia...
jejaka terkachak yang pernah aku kenali di dunia virtualku.
jejaka tercomel yang aku tak sangka lebih muda dariku.
jejaka terhebat yang sering buat aku tersenyum di dunia mayaku.


di ruangan entri ke enam ratus ini,
izinkan aku memohon ke hadrat Illahi.
semoga kamu sering dirahmati dan diberkati.
sembilan belas tahun kelahiran kamu di duniawi ini.







monolog merapu ini tercipta tika hujan membasahi bumi untuk contest mudah dari Syahril Hafiz. bergelapan hati dan hampir kecewa separuh post ini hampir hilang gara-gara blackout di bumi Tronoh ini. takpe, aku tabah mengharungi liku-liku hidup di perantauan. untuk Syahril Hafiz, ini saja yang mampu aku lakukan. monolog dalaman, gambar dan akhir sekali, video sempena hari kelahiran kamu di bawah ni. maaf, terlewat masuk contest kamu gara-gara aku masih sibuk dengan perjuangan final exam aku. doa untuk kamu, moga panjang umur dan sentiasa dilimpahi rezeki. nanti kita bercanda di bumi Kuantan. :)










sekali lagi, ini bukan entry jiwang merapu aku ok? budak lagi si Syahril Hafiz ni. jangan ingat aku tengah buat nota cinta di belog ku pulak. siapa mahu join contest mudah Syahril Hafiz, boleh terus menekan link di bawah banner ini:



CONTEST MUDAH SYAHRILHAFIZ.COM


alamak! kena tag rakan. siapa mahu kena tag? 
jeng jeng jeng...secara rawaknya, aku memilih:

Lassie gewdik sayangku
Ayeem ayam kesedapanku





Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu 25 (2010)

Monday, November 22, 2010

Hafiz : Noktah Cinta

Hujan : Mencari Konklusi

Shahir : Kebahagiaan Dalam Perpisahan

A.P.I : Pelita

Yuna : Cinta Sempurna

Faizal Tahir : Hanyut

Stacy : Jahat

Meet Uncle Hussain & Black : Drama King

Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku

Black : Sofea Jane

Adira : Ku Ada Kamu

Tomok : Berlari

Faizal Tahir : Selamat Malam

Bunkface : Ekstravaganza



p/s: Selamat Malam semua...zzzzz
ni info dari blog zami.



Mitos Hantu UTP? ewwww~

Sunday, November 21, 2010





Sumpah aku memang la suka dengar cerita hantu.
tengok cerita hantu pun masyuk.
tapi, bila banyak sangat cerita.
perghhhhh seram sejuk nak stay up study ni.
kebanyakkan cerita ni dah pernah dengar dari senior.
percaya atau tidak, wallahualam.
tapi, tak salah kan berkongsi?

eh mana cerita hantu?


p/s: esok aku exam Corporate Ethic kat Undercroft.
 siang hari harap tak seram sejuk
. hanya sejuk gara-gara aircond je la esok kan? heee~



Shout Award 2010

Saturday, November 20, 2010




Congrats to all winner!
penat aku update setiap satu kat Twitter tadi.
Live Tweet tengah tgk 8TV sorang-sorang memang masyuk!
Cerekarama Karma Salina tadi pun cambest walaupun aku tengok 15min je.

okayh, ni senarai pemenang Shout Award 2010!

Best Rockstar Award : Bunkface
Favourite TV Personality Award : Zizan Raja Lawak
Breakthrough Local Feature Award : Lagenda Budak Setan
Best Popstar Award : Yuna
Power Vocal Award : Faizal Tahir
Fresh TV Series Award : Nur Kasih
Favourite TV Program Award : Showdown 2010
Music Video Award : Bunkface
Flava Award : Mizz Nina
Hot Guy Award : Henry
Hot Chick Award : Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award : Phat Fabes
Favourite Radio Show Award : HotFM AM Crew
Best On-Screen Chemistry Award : Afdlin Shauki and Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artiste of The Year Award : 6ixth Sense
Break Out Award : Yuna
Ultimate ShoutAward : Yuna




Kahwin Dan Cerai

Friday, November 19, 2010




Erneelya Elyana Emrizal, 23 selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin, 35 malam tadi di Ampang.  Tahniah Elyana gebu gebash. ngee~




Avril Lavigne dan suaminya, Deryck Whibley dikatakan sudah menyelesaikan penceraian, termasuk pembahagian gitar-gitar mereka. hoh? sayangnya...tapi pedulik apa aku. haha~





p/s: saya semakin malas update blog sebab dalam mode exam. doakan saya ye! 



Salam Aidiladha

Monday, November 15, 2010





saya rock kan?
saya nak ucap Salam Aidiladha buat semua.
jangan sembelih saya tau!
penat pegi saloon buat rambut Justin Bibir.
ok, saya penat.
nanti kita raya sama-sama ok?
selamat beraya sakan!



nota: pengorbanan telah banyak ku lakukan. tapi pengorbanan yang satu itu cukup menyakitkan.
=__="



budak kecik cium mulut kat Pavillion





ini pengaruh Nabil cium mulut Qasha ke?
malas komen banyak tapi kan,
setakat muka BF dia macam Ariel Peterporn tu,
aku rela pilih KLCC.
hensem lagi KLCC kan? kachak boleh shopping!
nak sambung study!
ok bye!



FINAL EXAM BEGIN.

Sunday, November 14, 2010



FINAL EXAM BEGIN NOW!



hilang kempunan baca newspaper





betapa susahnya nak baca newspaper dalam hutan ni.
pukul 4.00 pm baru dapat senaskah.
naseb ada GF yang baik hati pergi belikan jauh-jauh.
kalau tak kempunan tak sudah dari semalam tak dapat baca newspaper.
eh siapa bising-bising sibuk semua tanya mana full article aritu?
hah kan dah keluar dalam newspaper today?
sama kan Nabil cium mulut Qasha?
pergi beli dan baca okayh?
peace no war!



Trio Blogger Kachak.

Saturday, November 13, 2010




Tiga jejaka online - Menambah kehangatan dunia blog, sisipan XY - Ikon Lelaki minggu ini berkongsi kisah tiga jejaka blogger - Mohd Hisham, Muhammad Ridzuan dan Mohamad Shafiq Ezhan. Mengendalikan kolum gosip, paparan gaya hidup hinggalah informasi gajet elektronik terkini, ikuti nuansa dunia blog dari kaca mata jejaka ini...

TARIKAN dunia maya yang dimiliki trio blogger ini membolehkan mereka mengecapi kemasyhuran tersendiri. Jangan tidak tahu, ada antara jejaka ini mampu meraih pendapatan mencecah empat angka sebulan.

Bukan omong kosong kerana dengan ribuan pelayar blog saban hari, bukan mustahil penaja dan pengiklan mahu mengambil kesempatan daripada ribuan hit yang menjengah laman blog trio ini.

berita selanjutnya: Berita Harian



*************************************

dah lah! aku tacing ni kat sini tak banyak paper BH. semua habis. dalam UTP mmg takde la kan. banyak Utusan and Kosmo. seharian aku cari tau tak. Richie, aku mintak maaf tak dapat frame kan gambar kachak comel chubby kau dan tepek di dinding UTP. btw, nice gila pose manja kau di perut Sham Hardy itu. ahaks!




Gosip lagi? skandal bersegi.

Friday, November 12, 2010



“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!

“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan.

“Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!”

credit: MyGosip and Media Malaya




************************************


gosip lama tapi aku tetap nak post. ahaks! aku tak suka si Fiza ni sejak aku sekolah lagi sebab pernah terjumpa dia kat mall, dia sombong! Fiza sudah diceraikan dan penceraian dilakukan di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 4 November yang lalu. eh eh gosip artis lagi? dah dah, lepas ni kita cakap pasal benda lain la pulak ye? =)



Nabil cium mulut Qasha?












malas nak citer banyak. macam blog gosip artis pulak kang blog aku ni.

korang rasa tu Nabil Raja Lawak and kekasih barunya, Qasha ke?

atau, telinga capang itu milik insan lain?

adik si Qasha ni, Nelly dulu pun pernah ada kes comolot gak kan?

renung-renung kan lah sambil beramal.

wallahualam.

p/s: agak censored entry aku kali ini. teheee~
INGAT. ada tanda soal di atas. maka, belum tentu itu Nabil.
nak tahu cerita, korang tunggu AHAD ni!!!


update: kan aku dah cakap..hari AHAD keluar. baca puas-puas ok?
info:  Berita Harian



48,327 calon UPSR peroleh semua A

Thursday, November 11, 2010




Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.


Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.


"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di Putrajaya hari ini. Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.


Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini. Abdul Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar dan bandar turut meningkat, dan ini telah merapatkan jurang pencapaian calon cemerlang sebanyak 0.04 peratus. "Peningkatan calon dapat dilihat secara keseluruhan melalui nilai GPN yang mengecil iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.05 bagi luar bandar," katanya.


Abdul Ghafar berkata bilangan calon istimewa yang menduduki peperiksaan itu tahun ini bertambah 184 orang dan terdapat peningkatan 1.97 peratus bagi calon yang mendapat pencapaian baik. Daripada segi prestasi mata pelajaran, bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), peratusan calon yang mendapat gred A bagi mata pelajaran matematik meningkat 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala mata pelajaran Sains yang meningkat 1.7 peratus berbanding 2009.


Abdul Ghafar berkata terdapat peningkatan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di SK yang memperoleh Gred A iaitu sebanyak 4.5 peratus manakala prestasi Bahasa Melayu Penulisan menurun 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Beliau berkata analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat berasingan kerana waktu pembelajarannya dan cakupan kandungannya adalah berbeza. Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK dan SJK pula menunjukkan peningkatan pada Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu masing-masing sebanyak 2.74 peratus pada tahun ini (2.79 tahun lalu) dan 2.69 peratus (2.80).


GPMP adalah indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik. Abdul Ghafar berkata bahawa tahun ini merupakan tahun kedua Ujian Aptitud atau potensi diri membabitkan pelajar Tahun 6 dilaksanakan yang keputusannya turut diambil kira sebagai satu daripada syarat pemilihan ke sekolah berasrama penuh, selain keputusan UPSR dan maklumat latar belakang calon.


Ujian itu berdasarkan dua kemahiran iaitu berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Abdul Ghafar berkata keputusan ujian itu pada tahun ini menunjukkan peningkatan mendadak kecenderungan pelajar terhadap bidang sosial dan budaya serta sukan berbanding bidang teknik dan vokasional, dan akademik pada tahun lalu.


Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bukan satu ukuran pencapaian kerana kecenderungan itu mungkin boleh berubah mengikut masa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.


"Ia hanya sebagai satu petunjuk, ia tidak mutlak. Kita akan lihat apa sebabnya dan kenapa berlaku kurangnya kecenderungan pelajar terhadap bidang akademik serta teknik dan vokasional," katanya. Abdul Ghafar berkata ujian itu telah berjaya mengumpul maklumat tentang minat, potensi dan kecenderungan pelajar pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah di peringkat nasional yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam membentuk modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.


- Bernama







CONGRATULATIONS to my debab Nor Azri Syazana Binti Mohd Sabri sebab dapat 5A dalam UPSR macam kakak-kakaknya. teheee~ debab, makan banyak-banyak lagi. nanti PMR boleh dapat straight A lagi kan? dia ni belajar punya lah malas. duk main game online, main internet (budak-budak zaman sekarang amatlah otak IT), malas pergi tusyen tapi tetap 5A. tips nya? makan lah sampai debab. eh eh terkutuk adik sendiri. ngeee~ pesanan khidmat masyarakat, jangan lah minta hadiah sebab kakakmu masih belum dapat duit PTPTN yang buat janji melayu itu kata nak bagi duet minggu ni tapi sampai sekarang account bank ku masih RM14. aigooo~ =)




p/s: Al-Fatihah buat jurumekap artis, Arman, penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin dan bapa kepada Tam Spider. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin...



It's me again at 8TV!

Wednesday, November 10, 2010




ini bukan cerita pasal AC Mizal menipu jual gelang ke, atau Dr. Fazley Yaakob punya hal.



ceritanya begini... few days ago, aku menerima email ini :


Hi Syahirah Sabri,

Congratulations! You are this week’s Socialista Princess.

As a Socialista finalist you’ll be no stranger to the lime light and, as such, Nokia invites you to show off your star credentials by attending a short interview with 8TV Quickie on Thursday, 11 November 2010. This is a great opportunity to promote your new status as Socialista Prince or Princess, talk about all things social networking and further boost your chances of being crowned Socialista King or Queen and getting your hands on the prized loot. To take part, you’ll be required to be at the 8TV studio in KL from around 11pm on the evening of your interview. Once we receive your contact details a representative from Nokia’s PR agency will be in touch to tell you more about what is expected, but please do keep this evening free in the meantime.




 Dang! terus jatuh katil aku baca email. menang dah first round. nanti ada voting session. korang jangan lupa vote tau!! by the way, aku tak pergi pun 8TV Quickie tu sebab nak final exam kan? so kena la study dating dengan buku. takpe, muka aku tetap terpampang di 8TV Quickie malam 11 November tu. pukul berapa aku tak sure. but maybe around 11 - 12 malam tu ada lah kot? kalau tak sempat tengok kat TV maybe nanti ada kat http://www.tonton.com.my/. atau kalau takde TV korang still boleh tengok kat http://www.8tv.com.my/.

oh ye, aku Princess, si LimauAis tu pulak prince nya. doakan kami menang next round okayh!!

selamat menonton! =) 






Cinta Lewat Usia

Tuesday, November 09, 2010




Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.






Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.






Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

  • Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
  • Atau adakah semua wanita materialistik?
  • Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
  • Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.


kredit: Kosmo! Online



BOTA - IPOH - LUMUT





sekadar gambar hiasan. hahahahaha. untuk mukadimah, aku nak bagitau aku tengah malas gila nak update belog. mungkin sebab aku busy dan sekarang study week. final exam aku start 15 November ni maka teramat busy la nak study kononnya. so, malas cakap banyak. aku nak story hari kegilaan aku, Syaza, Nadh dan Wawa hari tu. layan je la gambar!


UTP - BOTA - SERI ISKANDAR - UTP

hilang akal kebosanan petang itu, kami ke rumah anak-anak yatim di Bota. apa nama pun aku lupa dah. hehehehe. saja melawat. buat amal jariah sebelum nak exam. cewahh....jum layan gambar!








UTP - IPOH - UTP

hah kami ke Ipoh pulak malam nya. jalan-jalan kat Gerbang Malam sempat terbeli T-shirt sehelai. si Zul dan rakan-rakan kachaknya bawa kami jalan-jalan satu Ipoh. auwww kacak gila kawan dia! then sempat la lepak-lepak di McD Jln Gopeng.




UTP - LUMUT - UTP

lepastu balik pulak UTP, amek Najmi then pegi Lumut pulak kejap. siap tapau McD lg dgn harapan nak makan kat sana. kacang semua complete bawak hahahaha terbaik punya nak piknik!












sesungguhnya kami have fun gila hari tu. cuba kira berapa kali kami keluar masuk UTP? pening pak guard. maaf lah, ini namanya sindrom nak FINAL EXAM!!





Monday Blues

Sunday, November 07, 2010






SELAMAT HARI ISNIN!

untuk yang bekerja, aku tahu semua org benci Isnin sebab terpaksa bubye kat Ahad kan?
untuk UTPianz, study week semua muka stress sebab masih ada kelas dan test kan?

nah! video untuk korang release tension!
layan....



Be Part of ChurpChurp Today!

Saturday, November 06, 2010









tahu tak apa itu ChurpChurp? rasanya seperti sudah pernah berbicara tentang ini bukan? oh ye sila rujuk entry yang lepas : KLIK SINI. ChurpChurp sinonim dengan Twitter dan terbarunya Facebook. maka, jika anda pengguna Twitter dan Facebook, dan ingin menambah duit poket, anda boleh cepat-cepat tanpa segan malu pergi daftar ChurpCHurp sekarang! eh mengapakah ayat dah macam MLM jual gelang AC Mizal? oh bukan! aku cakap betul ni. ChurpChurp ni memang deboom!




apa itu ChurpChurp?

ChurpChurp adalah sebuah media pengiklanan untuk Twitter dan merupakan salah satu anak syarikat Nuffnang. Bagi mereka yang ada blog mesti kenal Nuffnang itu apa kan? ye, macam mana korang dapat duit dari Nuffnang, macam tu juga ChurpChurp boleh bagi korang duit belanja. jangan tipu dan jangan sombong kata taknak duit belanja lebih.

sebelum tu, meh semua baca FAQ ChurpChurp ni:

How does ChurpChurp work?

ChurpChurp is your ultimate integrated social media solution that rewards for influencers’ updates. Churpers will be briefed on the contents of updates and seeds to be propagated based on partners’ request. Basically there are two main types of Churps available which are :

a. Scheduled (User-generated) Churps
You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in any way you want with some required keywords. Your tweets will go out on a schedule and after it does, earnings will be credited into your account.

b. Seeding Churps

You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in the required platforms. The brief will describe the angles you should work on.



Lepas korang register dengan ChurpChurp, korang akan digelar Churper. korang akan diberi tugasan untuk mengarang tweet bagi sesuatu kempen atau iklan menggunakan ayat korang sendiri dan jangan lupa buat ayat berdasarkan keyword yang diberi. tanpa keyword-keywrod penting, tweet korang akan direject! ohtidak.com la jawabnya! setiap tugasan juga mempunyai tarikh-tarikh yang tertentu maka korang kena sentiasa alert. ala, senang je. buat macam aku. setiap kali online, website churpchurp adalah website pertama aku bukak. kan senang? ingat, setiap tweet tugasan yang diberi, akan DIBAYAR! eh percuma je? bagi macam tu je? betul ke? mesti minda masing-masing tertanya-tanya bagai nak rak kan?

tak percaya? aku tahu ramai tak percaya dengan benda-benda macam ni. sebab dah ramai tanya aku betul ke tak. oleh sebab aku pernah cashout duit dari ChurpChurp dan telah berjaya menghabiskannya pun. untuk earning kedua aku, aku tahan dulu. masih mengumpul lagi. meh aku nak tunjuk kat korang bukti sikit:



ini cheque dari ChurpChurp, hasil pendapatan aku kurang dari 6 bulan bernilai RM 107.62. bukan cheque dari Nuffnang untuk blog aku ye sebab blog picisan aku ni belum pernah cashout lagi Nuffnang. untuk current earning aku sekarang adalah RM155.64 cuma belum cashout lagi. insyallah hujung bulan ni. sekarang dah percaya kan? mari register ChurpChurp dan cari duit belanja!

oh ye, ChurpChurp ni banyak jugak organize event yang cambest. tapi aku tak pernah pergi la sebab aku kan duduk jauh di perantauan. tapi aku harap masa cuti semester ni ChurpChurp buat la event best-best dan santai sikit kan? hari tu dah main layang-layang bersama Churper, next time organize la gathering yang siap ada tema best sikit macam costume party ke apa ke. teringin jugak nak pergi gathering macam tu. sure semua Churper boleh meetup and kenal sesama yang lain kan? boleh merapatkan silaturahim. ah gitu! lepastu, kalau nak buat aktiviti riadah macam piknik di pantai Port Dickson ke apa best jugak kan semua Churper? jangan buat event piknik di Pantai Dalam sudah la kan? teheee~ lepas tu buat pot luck, semua Churper piknik, mandi pantai sama-sama, have fun aktiviti pantai buat competition bina istana pasir paling kreatif ke, cari harta karun ke. eh eh terlebih pulak..

so? apa tunggu lagi? jum lah register ChurpChurp! KLIK SINI.






 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates