dua ribu sepuluh dalam hati.

10:59 am





dua ribu sepuluh dalam hati. ya, dalam hati yang penuh bermacam rasa. terima kasih tuhan kerana bagi aku kegembiraan dan kesedihan di dalam hati sepanjang dua ribu sepuluh. menutup tirai dua ribu sepuluh, hadir pula lambangan bayu yang baru. selamat datang, dua ribu sebelas. permulaan tahun baru, harap sentiasa memberi bahagia kepada kalian semua.

apa yang hadir dalam hidup aku sepanjang dua ribu sepuluh? dua ribu sepuluh mengajar aku erti sabar dan tabah dengan dugaan yang entah macam hapa entah. aku kenal erti menjadi blogger yang pernah dibenci oleh ramai pihak. haters? dimana-mana sahaja ada. walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa motif dia benci aku. kekekeke. macam mana tu? terima kasih la entri benci kalian semua. semua aku baca, setiap komen juga aku tilik satu persatu. sabar saja sebab sekali orang baling taik, kita jangan balas dengan taik. kita balas dengan bunga.

dua ribu sepuluh juga mengajar aku erti hipokrasi. siapa yang terlibat itu aku tidak mahu namakan disini. cuma, bagi aku hidup dua ribu sepuluh ni penuh dengan manusia bermuka-muka. ada yang unfollow dan block aku, mencaci memaki kemudian selepas enam bulan, follow semula dan buat macam tiada apa yang berlaku. ingat aku boleh lupa? dah siap print screen sebagai rujukan untuk masa hadapan. ada juga rakan yang aku kenal bertahun lamanya, baru tunjuk belang sebenar. nak buat camne? semua orang tends to be perfect. itu tidak boleh dihalang lagi. cuma satu nasihat, sebelum menegur, sila lihat cermin di rumah sendiri terlebih dahulu. dua ribu sepuluh juga aku mengenali erti kawan makan kawan. merasai bagaimana erti kawan yang hadir dan pergi dalam hidup aku. apakah semua tidak boleh dipercayai? terpulang.

dua ribu sepuluh tidak lah seteruk yang disangka. aku mengenali si dia yang aku hanya kenal di laman sosial alam maya. kemajuan teknologi menghubungkan kami. bulan demi bulan berganti, aku syukur aku ada dia. kamu tahu siapa kamu, sayang. minta kamu jaga hati yang dicuri sebaik mungkin. ok, tak perlu panjang sangat bahagian ini.

azam dua ribu sepuluh  tiada, maka dua ribu sebelas juga tiada. jangan ditanya sebab aku tak pernah meletakkan apa-apa azam tahun baru. tak tercapai dek akal kang susah. eh merapu sangat sudah. selamat tahun baru semua! saya tahu entry saya bosan, saya ok.

p/s: Al-Fatihah buat bekas suami Siti Nordiana yang juga seorang pelakon, Faizal Yusup. Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.

You Might Also Like

2 comments

  1. Selamat Tahun baru buat semua..
    semoga tahun lepas di tinggalkan penuh sejarah..
    tahun mendatang dengan penuh harapan..

    ReplyDelete
  2. met tahun baru ieyra ,, makin sukses ya di tahun yang baru ini :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook