5 Kedai Wajib Pergi Di Citta Mall

9:03 am


Di seluruh tempat sekarang ni boleh lihat ramai yang sudah mula sibuk membeli persiapan hari raya. Tapi untuk saya, selalunya saya masih guna pakai je apa yang ada. Banyak baju pun membazir je. Haha kedekut kan? Tapi kalau untuk makan tak pernah kedekut! One of my favourite place to eat tentunya CITTA MALL! Ini memang tempat kegemaran Shafiq dan saya untuk luangkan masa. Parking senang cari sebab besar dan luas, tak serabut terlalu ramai orang dan banyak restoran menarik untuk kami try makan disini. Memang syurga makanan kat Citta Mall ni. Tapi nak shopping raya pun banyak pilihan disini. Saya sharekan dibawah 5 Kedai Wajib Pergi Di Citta Mall!

 
Jom Bali


1. JOM BALI
    G-45, Ground Floor, CITTA Mall

Ini memang Top 1 kegemaran kami kalau ke Citta Mall. Setiap kali nak makan Jom Bali ni sure kami ke Citta Mall. Tak dapat pergi Bali kat Indonesia pun takpe la asalkan ada Jom Bali kat Citta Mall ye dak? Haha! Sempena bulan Ramadan ni banyak menu menarik untuk dicuba.


Menu Puasa Sharing Set

Untuk makan berdua, Jom Bali menyediakan Puasa Sharing Set  berharga RM 45.90. Hanya perlu pilih beberapa menu pilihan yang disediakan. Contohnya:


Nasi Goreng 3 Rasa

STEP 1: Boleh pilih Nasi Goreng Kampung atau Nasi Goreng 3 Rasa atau Nasi Goreng Telur. 


Ayam Masak 3 Rasa

STEP 2: Pilih pula Ayam Milky Sauce, atau Ayam Telur Masin atau Ayam Goreng Berempah atau Ayam Masak 3 Rasa.


Daging Goreng Lada Hitam

STEP 3: Kemudian terus pulak pilih Daging Goreng Halia atau Daging Goreng Lada Hitam atau Ikan Goreng Berempah atau Ikan MAsak 3 Rasa.


Kacang Panjang Goreng Belacan

STEP 4: Pilih Kangkung Goreng Tomyam atau Kangkung Goreng Belacan atau Kacang Panjang Goreng Belacan atau Kacang Panjang Tomyam.


Puasa Sharing Set

Pakej ini termasuka PERCUMA Air Sirap Selasih. Tapi kalau nak tukar air pun boleh Cuma tambah sedikit bayaran la ye? Dan kalau tak nak pilih pakej Puasa Sharing Set, jangan risau masih boleh order ala-carte menu. Bila lagi nak makan makanan tradisi Melayu atau mungkin keenakkan makanan dari Bali kalau tidak disini?


Kedai BLESS

2. KEDAI BLESS
   F-33A, 1st Floor, CITTA MALL

Ini bukan restoran ye. Ini kedai menjual barangan terpakai yang nasih dalam kondisi yang elok lagi. Wahhh kedai bundle dalam mall! Kedai Bless ini adalah salah satu projek oleh SIBKL Community Berhad untuk membantu mereka yang memerlukan.


Baju-baju terpakai di Kedai BLESS


Kasut Terpakai di Kedai BLESS

Melangkah masuk ke kedai ni, dari hujung rambut ke hujung kaki lengkap kelengkapan disini. Nak beli baju? Seluar? Kasut? Aksesori? Eh buku terpakai pun ada tahu! Semuanya ada di Kedai Bless. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan mampu milik. Kalau rasa nak shopping disini sambil bersedekah apa salahnya. Amalan yang baik di bulan Ramadhan yang mulia ini.



Restoran Onde Onde

3. ONDE ONDE
    G-49, Ground Floor, CITTA Mall

Ini juga salah satu tempat faveret kami kalau nak makan. Bukan sebab kuih onde-onde tapi sebab makanan-makanan tradisi dan makanan Malaysia banyak pilihan disini. Yang paling sedap disini tentunya Curry Laksa Seafood. Aduh meleleh airliur waktu puasa ni bila teringat. Antara menu utama yang lain ialah Grilled Chicken Butter Pasta, Signature Asam Laksa, Fried Rice Supreme, dan lain-lain lagi.


Grilled Chicken Butter Pasta, Signature Asam Laksa, Curry Laksa Seafood, Fried Rice Supreme, Golden Banana Fritters with Gula Melaka


ABC Gula Melaka


Pisang Goreng dengan Gula Melaka

Ketika bukan bulan puasa, saya suka minum petang disini. Tapi dah bulan puasa ni, order untuk berbuka la ye. Saya rekomen kepada yang nak datang Onde-Onde, MUST TRY Pisang Goreng dan Gula Melaka atau ABC Gula Melaka disini. Sedap gila weyh! Pisang Goreng rangup berwarna keemasan dimakan pula dengan gula Melaka. Aduh! ABC Gula Melaka pula menghilangkan haus berpuasa seharian. Sedap anak tekak kita tau.


Rainforest Furnishing


4. RAINFOREST FURNISHING
    S-29, 2nd Floor, CITTA MALL

Tak lengkap la hari raya kalau emak korang tak puas memujuk ayah korang untuk beli perabot baru kan? Ya, di CITTA Mall ni bukan setakat beli baju raya atau makan berbuka puasa je, tapi di CITTA Mall ada RainForest untuk beli perabot baru. Uniknya, Rain Forest menjual perabot berkonsep kan kayu je. Klasik bukan?

 

Ciri-ciri klasik dan antik memberi sentuhan kelainan rumah korang. Harga yang ditawarkan juga tidaklah mahal dan masih berpatutan. Apa salahnya kali ini dekorasi raya dirumah bertukar sedikit kan? Cantik okayh konsep kayu macam ni. Bila tetamu datang pasti tertarik tengok perabot kayu yang cantik ni!





Teh Tarik Place
5. THE TARIK PLACE
    G-47, Ground Floor, CITTA Mall

Last but not least, tentunya The Tarik Place untuk pilihan berbuka puasa! Tahun ini The Tarik Place berkonsepkan Golek Bersama Chef Din. Eh nak tergolek ke mana tu? Bukan, Ayam Golek lah! Hanya RM39.90 korang boleh order Chef Din Ayam Golek Set ni di The Tarik Place dan berkongsi kegembiraan berbuka puasa bersama Ayah, Ibu, Opah, Atok, Adik, Kakak, Abang semua.

 

Chef Din's Ayam Golek Set


Nasi Kerabu

Set ini dilengkapi dengan ayam golek separuh tentunya, Murtabak Maggi, Roti John, Bergedil Kentang, Kerabu Mangga, dan Nasi Putih. Set ini available setiap hari dari jam 6 petang. Wah banyaknya makanan satu set! Boleh berkongsi dengan sesiapa pun kan? Ye la larat ke makan ayam saiz separuh seorang diri? Jangan ikut nafsu nanti menyesal di kemudian hari haha! Tapi kalau nak order menu ala-carte pun boleh. Ada Nasi Kerabu, Nasi Goreng Ayam TTP, Nasi Lemak, Nasi Goreng Cina, Bihun Goreng, Murtabak dan macam macam lagi seperti di bawah. Jemput jamu mata.


CITTA Mall
Jalan PJU 1A/46, Pusat Perdagangan Dana 1, 
47301 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook