beruk-band saya tidak sihat. saya rindu kalian.

9:48 pm

Salam untuk semua.

Ampun maaf dipinta macam hari raya tuh sebab saya sangat lah busy dan tiada kesempatan mahu merajinkan diri untuk meng-update belog sendiri. Adoyai sudah berhabuk debu sana sini. Chatbox juga sunyi tanpa balasan dari tuan tanah belog ini.


Apakah busy sangat saya ini? busy hantar barang untuk customer, pergi sana sini mahu pengsan rasanya. Itu belum cerita pasal perang dunia ke-10 dekat pejabat pos lagi. Malas lah mahu cerita tapi nenek sihir di pejabat pos semenyih itu sememangnya akan saya banned sampai bila-bila. Anda tidak layak kerja disitu kalau tahu sumpah seranah semua customer! Tengok lah vujie, I nak pergi ambil parcel dari u punya lah penuh onak duri segala bagai cabaran dugaan. Nasib baik sempat mengorat posmen buat muka seposen depan dia, baru dia tolong saya dapatkan parcel itu. Okayh, sememangnya posmen sudah jemu mengetuk pintu rumah saya sejak dua menjak ini. menghantar pos laju, pos ekspress segala bagai jenis pos yang ada lagi. Terima kasih enchek posmen!

Eh eh? Parcel apakah? Hahaha. Birthday saya sememangnya sudah lama lepas. Tapi segala jenis hadiah baru sahaja dibuka sebentar tadi. Mengapakah? Memang sengaja simpan semua parcel duduk diam-diam hujung penjuru bilik bagai tidak wujud. Akhirnya setelah dipaksa oleh cik ein sayang baru lah saya buka dan buat tayangan terbuka di laman blog.

*psssstttt…ein, lepas i pos ekspress shawl kat u tadi baru i tahu nape ID twitter u, ‘nzms’. nama penuh u rupanya. esok tunggu depan pintu tau! abg posmen hensem hantar shawl yang u beli dari i. hahahaha*


Photobucket


Okayh semua, mari kita buka semua hadiah diatas:



Photobucket

Ini baby baru saya. sekarang boleh abaikan dua baby saya yang lain, ted and beby. Saya sudah ada baby baru yang diberi nama LEO. Hehehe. Kesian pada ted dan beby. Pasti kurang kasih sayang selepas ini untuk mereka selepas leo wujud di dalam bilik ini. teddy bear yang cumel macam saya ini diberi oleh childhood friend saya, Fit. Thanks Fit, tak sangka kamu bagi kita hadiah birthday. Dah lama kita kawan kan? 21 tahun dah kita kawan, sejak kamu dari dalam perut mama, kita dari dalam perut ibu. Kan? Kan? Ingat lagi, zaman kecik-kecik kita main pasir sama-sama, kejar sana-sini kehulur kehilir, mandi sama-sama, dan segala bagai kenangan zaman kanak-kanak. Lepas sekolah dulu, kita selalu lepak rumah kamu, mama layan kita macam kita taknak balik lagi kan? Bila dah besar, kita gelak ketawa sama-sama ingat zaman kanak-kanak kita dulu kala, masa duduk berjiran kat rumah lama tu. Rindunya zaman muda kita tu kan? *fuhhh….penat refresh memory yang semakin tua ini.* kamu tetap kawan kita sampai bila-bila, Fit.


Photobucket

Yang diatas ini, pashmina berwarna hitam. Ini bermaksud saya sudah mempunyai dua helai pasmina setakat ini. sangat lembut dan selesa dipakai waktu sejuk tidur di dalam bas untuk pulang ke kampung. Pashmina hitam ini diberi oleh roommate saya, Fiza. Dibeli di KL, berharga teeeeeettttt… bagaimana pula saya tahu harga pashmina tersebut? Hahaha. Semuanya gara-gara beliau beli pashmina tersebut ketika berjalan-jalan di tengah-tengah KL bersama saya. ishhh, tak saspen langsung lah weyh fiza! Hahaha. Thanks oke?


Photobucket

Hah, apakah itu? 1 set kerongsang tudung dan sapu tangan pink untuk saya. hadiah di atas adalah pemberian classmate saya, abg zul. Terima kasih banyak-banyak. Zul, baju raya aku tahun ni bukan colour purple la, tapi takpe lah kan. Pergi kelas MPW nanti aku pakai oke? Sapu tangan tuh aku tahu kao dapat free je promosi kopi baru kat pasar raya itu kan? Kao memang suka bagi barang free kat aku. Hahaha. Nasib lah sekarang ini musim virus berleluasa di kolej kita, maka saya akan memanfaatkan sebaik yang mungkin sapu tangan itu.


Photobucket

Kita teruskan menonton belog yang bosan ini dengan hadiah daripada cikgu vujie. wahhhh…banyak kan? Thanks darling! Tak sia-sia i ngorat posmen buat cerita sedih nak dapatkan parcel dari sabah ini. saya dapat ice cream paper clip, mickey hair clip, ribbon berloceng yang comel, gelang tangan berloceng, dan pen berkepala doll tanpa kaki tangan. Hahaha. Sila abaikan pink coin purse, keroppi coin purse and handphone cover berbaju itu. 3 item itu dibeli dari shop belog cikgu vujie dan di-pos bersama hadiah-hadiah birthday saya. ice cream paper clip itu sangat comel sampai saya rasa seperti mahu makan terus. Mickey hair clip itu saya akan pakai ketika bertungkus-lumus membuat assignment yang bakal tiba. Ribbon berloceng itu pula sudah digantung di board meja tulis saya. pen berkepala doll tanpa kaki tangan itu pula akan terus menghiasi meje tulis saya yang tidak pernah berusik itu sebab buat kerja semua atas tilam. Gelang tangan cumel itu saya akan pakai setiap hari dan terima kasih banyak-banyak ujie. Terubat hati saya sebab baru sahaja hilang dua cincin kesayangan.

Oke, sudah lah. Saya sudah penat. Gara-gara mahu update laman belog ini, nota MPW saya tinggalkan. Maaf ustazah, akan saya cuba sedaya upaya yang mungkin untuk siapkan nota tersebut tanpa rasa mengantuk.
Saya mahu pulang ke pangkal jalan sebentar. tidak larat mahu tayang semua hadiah yang ada. ini hanya sebahagian. Kalau ada hadiah lagi mahu ditayangkan disini, saya update secepat mungkin berlintas langsung dari kolej saya kerana berukband cilakokom saya tidak sihat.


Lotsa L♥ve,
neyra shazeyra





You Might Also Like

5 comments

  1. ice cream clips tu sgt chomel kan? i pon ada tapi tak nak guna.. sayang sgt. haha..

    ReplyDelete
  2. wahaha..berjaya juga dak kecik ni update blog dia ats godaan ku ini..hehehe...
    syyhhh diam2 tau ape nama penuh i tu..unik sgt nama 2..hehe..
    huh, jelles nye tgk cik leo n gelang dia 2...i pun nak juga..lalalala
    hehehe..dh xtau nak komen ape ni..

    p/s: i x sabar nak tgu n ngorat abg posmen esk..lalala..

    ReplyDelete
  3. wahh..hadiah!!!sory..i x bg u pape..

    tp i syg u;)

    ReplyDelete
  4. OMG.present!i lyke present lah.
    sorry tak bg present ok.

    ReplyDelete
  5. ujie;

    yup. rasa mahu makan sbb cumel sgt. thnks sbb bg hadiah. i pon tak nak guna clip tu. dlm plastik lg. ;)

    ein;

    nama u uh..mengingatkan i pd nama kawan i. nama die nury haqim. mahu berkenalan? hahaha

    eny;

    its ok syg. i syg u juga.

    lisa;

    its ok deary. i miss u

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook