selamat ber-diet dengan puasa.

8:40 pm



salam ramadhan semua. saya sedang berlintas langsung dari kuantan, pahang. selamat tiba pada pukul 11.39 malam semalam selepas bersusah payah bergaduh dengan lelaki durjana mana entah mencari pasal dengan saya menjelang bulan puasa. saya sarankan anda pergi ke masjid dan bertarawih di mana-mana sahaja tanpa mencari gaduh bersama penumpang-penumpang lain. lain kali, jika rasa mahu selesa tahap VIP ketika menaiki bas, saya cadangkan anda bawa katil, tilam, bantal bersama-sama oke? jangan menyusahkan penumpang lain di belakang seat anda! grrr...setiap kali naik bas, macam-macam ragam orang saya jumpa. lepas ini, naik flight je habis cerita. tidak pun, naik sahaja kereta api untuk pulang ke kampung. itu pun jika landasan kereta api itu wujud di kampung saya.



eh mengapakah saya berada di kuantan yang tercinta ini? saya pulang untuk cuti pertengahan semester. what the fish? cuti lagi? ye, jika anda rasa seperti mahu menikmati cuti yang tiada penghabisan, anda boleh mengisi borang pendaftaran kolej saya untuk sesi january. hahahaha. kolej saya memang gemar bercuti secara riang ria bersama assignment yang sangat susah tahap dewa petala langit kelapan. tidak mengapa, masih boleh bersabar menghadapi final project saya itu. sayang subjek ABIT sangat-sangat. terpaksa menipu di bulan puasa. sebab saya agak tertekan dengan segala assignment yang ada dan nota yang bertimbun seperti gunung kota kinabalu. tidak mengapa, sabar itu separuh dari iman.




lihat gambar itu? jika anda terjumpa t-shirt seperti itu di mana-ana kedai berdekatan, sila hubungi saya secepat mungkin kerana saya rasa mahu membelinya dan memakai setiap hari. baru sahaja bergaduh bertengkar bersama seorang makhluk di hari pertama puasa. dugaan betul. amaran kepada makhluk tersebut, jika anda rasa anda menghadapi masalah bersama girlfriend anda yang terbaru, sila jangan membabitkan ex-girlfriend anda di dalam masalah itu. terima kasih.



saya akan pulang ke kampung di kuala rompin untuk berbuka puasa bersama nenda tersayang. maka, tanpa lebih banyak ayat mengarut merapu yang akan dikeluarkan, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan bersama keluarga tersayang dan selamat berpuasa. kepada golongan yang tidak berpuasa, buat-buat lah macam puasa bersama-sama. okayh?
+_____+


You Might Also Like

10 comments

  1. selamat berpose...huhu...best arr dier leh cuti sem..nk sgtcuti.NAK BALIK..

    ReplyDelete
  2. hahahah. kan hari tuh kamu dah cuti h1n1? hahaha. eyra dapat cuti puasa plak ni kolej bg.

    ReplyDelete
  3. sila la berbuat ala2 puasa wpun tidak berpuasa ye..hahaa

    ReplyDelete
  4. hahahha...diam2 sudah..rahsia kt ber2 je tu..lalalala

    ReplyDelete
  5. hahahahha i puasa! takde rahsia2

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook