Akademi Fantasia 8 : siapalah juara? (edisi mengutuk)

2:01 am



akademi fantasia dah masuk ke-lapan? sumpah aku tak tahu sebab rumah aku ada 3 bijik TV pun tak pernah ada astro. ye la, ibu cakap...kang ada astro semua melekat kat TV. tak jalan kerja sekolah masing-masing. tunggu adik bongsu debab tuh membesar dulu. aishhh lagi 5 tahun la jawabnya baru ada astro kat rumah.

okayh, membebel tanpa henti dan tidak berkaitan adalah tidak patut. maka, dengan ini aku masih tidak tahu kenapa aku taip entry ni. sebab akademi fantasia 8 dah final malam ni? mungkin. perlu ke aku ke kedai makan berhampiran semata-mata untuk tengok final malam ni?
"makcik...skyjuice kurang gula gelas besar satu!
saya nak tengok AF8 ni!"

oh situasi seperti itu adalah tidak mungkin terjadi. sebab sumpah aku pun tidak tahu siapa pelajar AF8 ni. adalah satu dua nama aku pernah dengar. farina? syahir? daus? ain? errr siapa lagi ek?



mungkin gambar di atas ini, semua pelajar AF8 baru sahaja melawat perkampungan orang asli yang berdekatan. entah apa apa entah yang warna hijau lilit-lilit semua di anggota badan itu. yang menjadi persoalan sekarang, sedap merdu bak delima ke apa diorang ni menyanyi? siapa bakal juara malam ini?


psstt...baik aku layan mentor je. hahaha.






Photobucket

Hidup Untuk Memberi

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook