hanya untuk dia

8:12 am

Photobucket

mode: entry luahan hati dan rasa
emosi: sedih . kecewa . terkilan .

ku tak tahu mana nak start. tapi peringatan, kalau sesapa rasa meluat ke apa tak payah baca. ini adalah luahan hati dan rasa ku pada seseorang. dan ini adalah blog ku maka lantak lah ku nak taip apa. ingat, entry ini bukan untuk meraih simpati cuma ku mahu luahkan apa yg ku pendam. hmmm... luahan kecewa sebenarnya. ku tahu dia takkan baca kot blog ku. al-maklum lah dia pun dah takde buat sementara waktu.

buat WMT, ku cuma mahu mu tahu ku sayang mu sangat-sangat. ku tak tahu la kenapa kita semakin jauh dan memang dah jauh sesangat lah skrg ni kan. tapi sejak mu kenal dia, mu berubah. atau mungkin lepas mu jumpa ku mu berubah? entah. tapi dalam hati ku, ku selalu ingat pesan mu.. yang mu selalu ada dekat dengan ku walau mu jauh. tapi ku rasa lain! kenapa?

dan bila mu rapat dengan dia. ku tahu waktu tu mu dah semakin jauh. ku sabar. ku tahu mu bukan milikku pun. ku tahu ku takde hak utk kongkong mu sekalipun. ku melihat dengan mata. ku belum buta. tapi ku selalu ingat kan diri ku. mu mmg mcm tu, mu rapat dengan sesiapa. hmm ku sabar. ku hanya mampu sabar.

cuma, ku tak tahu la mu tahu atau mu mmg tak tahu. tapi ku rasa mu tahu sebab ku lihat mu hanya dengar cerita dia. kenapa mu tak dengar cerita dua belah pihak? kenapa? semua kawan dia juga memaki mencaci ku. ku hanya sabar. mata ku belum buta untuk membaca. cuma hati mereka yang buta. dan sampai sekarang mereka masih belum berhenti. dan ku tahu, mu pasti lebih percayakan mereka.

kadang-kadang, ku selalu rasa. ku mahu saja publish semua kata-kata nista mereka pada ku. tapi, ku masih punya akal untuk berfikir kesannya. kenapa hanya sebab mu, ku hilang mereka sebagai kawan? ku tak salah kan mu. ku tak salahkan mereka juga. cuma ku masih tak paham. kenapa hanya sebab mahukan mu dia sanggup buat ku macam ni? kenapa? dan kenapa buat ku jadi mangsa keadaan?

mu tahu..ku setiap malam menangis. ku pendam. bila mu tanya, kenapa? apa masalah ku? ku tak mampu untuk berkata-kata. ku hanya mampu menangis. tapi ku mahu mu tahu, apabila mu hanya mendengar cerita dia dan tidak dari ku dan mu mula melemparkan kata nista buat ku, saat itu ku rasa ku tiada apa-apa lagi. ku rasa hanya buang masa untuk ku tunggu mu lagi. ya, mu selalu beri ku harapan yang tidak pasti dan ku sudah letih. cukup lah semua ni. cukup lah kata-kata caci sampah dari mulut dia. ku tak sanggup.

bila ku sakit, mu tak peduli lagi. tapi bila dia, semua mu agungkan. ya, ku belum buta untuk lihat drama yang dipentaskan oleh mu dan dia. ku hanya mampu melihat kerna ku belum buta! saat mu sms ku bagai tiada apa yang berlaku, ku hanya mampu menangis. kenapa mu seksa jiwa ku? kenapa mu buat ku macam patung yang cuma rela diperlakukan begitu? kenapa?

berapa kali ku pesan, jangan permainkan hati dan perasaan ku. jangan tabur janji dan sumpah pada ku bila mu tak mampu tunaikan. ku hanya tunggu, tunggu dan ini yang ku dapat? ku sabar mu. ku sabar bila semua terus mencaci ku. tolong lah mu. hentikan semua ni.

cuma satu yang ku tahu. ku tak pernah menyesal kenal mu. ku tahu mu dah banyak beri sinar kebahagiaan utk ku walau pun seketika cuma. ku tahu semuanya sudah tiada apa. dan ku hanya mampu bersyukur ku kenal mu. dari perkenalan ini, ku tahu erti sahabat yang mengkhianati, hati yang mudah dipermainkan dan hidup yang tiada ertinya lagi.

ku cuma mendoakan mu sentiasa dapat apa yang mu inginkan. ku mintak maaf ku tak balas sms mu lagi. ku mintak maaf kalau ku tak amek tahu pasal mu lagi walaupun dalam hati ku tetap ada mu. ku tahu ku takkan dapat baca "selamat pagi syg" "gudnite uu hug uu" atau apa lagi. ku tahu semua tu takde lagi. ku tahu semua tu utk dia saja. ku tahu ku tak layak utk semua tuh. tp, ku cuma nak mu tahu, ku bahagia kalau mu bahagia.

buat WMT, jaga diri baik-baik. ku doakan hidupmu sentiasa diberkati oleh-Nya. moga mu dapat apa yang mu inginkan. moga mu berjaya dalam apa saja yang mu lakukan. ingat, ku sayang mu. cuma ku bukan macam dulu lagi.

ikhlas dari hati ku untuk mu.
01052010

You Might Also Like

3 comments

  1. ku juga mendoakan kepadamu agar mu dpt apa sj yg mu inginkan..ku juga mau mintak maaf darimu..uhukz..uhukz..asl ku tibe2 sedih?? T___T

    ReplyDelete
  2. u sabar saja lah. itu yang termampu. doakan yang terbiak untuk the both of u. i akan selalu ada dengan u.

    ReplyDelete
  3. ku dah ckp kt muu , jgn sesekali jatuh cinta mu taknak dgr bhak bhak bhak

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook