kenapa saya tidak makan nasi || apakah itu mee calong? (edisi : makanan)
8:28 ammode : happy kerana dua bedebah twitter
dah berambus dari dalam hidup
dah berambus dari dalam hidup
kita mulakan entry ini dengan lafaz bismillahirrahmanirahim agar anda semua tidak rasa menyampah tengok muka budak gemuk di atas yang secara tiba-tiba menyemakkan ruangan entri kali ini.
persoalannya sekarang, (saya dah penat nak menjawab soalan yang sama dari rakan-rakan sebenarnya) semua rakan-rakan sedang buntu kepelikkan keanehan keterkejutan kerana saya tidak pernah makan nasi selama 21 tahun 9 bulan saya hidup hingga sekarang. kenapa? jangan tanya kenapa. saya juga tidak tahu. seingat saya...
...makanan di atas iaitu Heinz Farley's Rusks adalah makanan ruji saya dari kecil hingga sekarang. ya, sila percaya. walaupun sudah berumur 21 tahun 9 bulan, saya masih makan biskut di atas (kadang kala terpaksa curi biskut ini dari anak kecil di bawah jagaan sepupu saya) kerana rasanya sangat sedap. dan makanan ruji saya yang lain adalah mee, spagethi, fettucine, macaroni, roti, biskut, sayur, buah dan sebagainya. sila lah percaya saya sememangnya tidak makan nasi dan saya tidak tahu sebabnya. sila tanya yang pakar. :)
-------------------------------------------------------------
persoalan kedua rakan-rakan; apa itu mee calong? eh bukan kah saya sudah nyatakan di dalam entry INI?
mee calong adalah lebih kurang dengan mee sup. bezanya, tiada ayam atau daging di dalamnya (walaupun dah banyak peniaga yang memvariasikan nya begitu) hanya terdapat bebola ikan buatan sendiri. baca: buatan sendiri! bukan fishball di pasaraya itu. isi ikan (seperti keropok) akan dibentuk menjadi bebola kecil. tauhu pula akan disumbat dengan sedikit isi ikan juga. selain itu, dalam mee calong juga terdapat telur. kemudian mee calong di makan dengan tambahan sedikit sos lada kicap. ya, hanya itu khazanah di dalam mee calong : mee/mihun , telur, tauhu sumbat isi ikan, bebola isi ikan. harga? kira-kira RM 2.50 untuk mee calong biasa (tanpa telur) dan RM 3.00 untuk mee calong special (ada telur).
teringin? mengidam tiba-tiba? datang lah ke beserah, kuantan kerana saya belum pasti mee calong wujud di tempat lain selain di sini. dan gerai yang disyorkan adalah: Kedai Pak Mat Mee Calong. di sekitar pantai beserah juga banyak gerai mee calong. selamat mencuba.
Hidup Untuk Memberi
17 comments
nampak mcm sedap.. sedap x? xprnh jumpe.. huhu~
ReplyDeletelose weight now
ReplyDeleteask me how
hehe
pelik plak tengok mee ni.. suapkan kat mulut joegrimjow pasti nak lagi.. haha! :P
ReplyDeleteoit bro! lama tak nampak!
wah..makan biskut baby tu ek?dasat la..nape tak pernah masuk buletin utama TV3 ek?haha...
ReplyDeletebaru aku apa itu mee calong...kalau aku datang berserah,kuantan aku nak ko yang masak boleh?hihi
cube try mkn nasi sekali..nk tgk..ahahaha
ReplyDeletedasat ah.. Kalau I tak leh hidup tanpa nasik.. konon nak diet tak makn nasik.tp melantak jgk..
ReplyDeleteaku terus percaya bila ko kata xmakan nasi....hahahaha..
ReplyDeletemee calong? mak aku pernah buat dulu2...tapi tak tahu nama apa.
sedapnya... ni mesti tak nak makan nasi dan diet ni hehe
ReplyDeletemmg ta makan. bukan diet ke apa. somethng allergik la.. doc ckp cmtu
ReplyDeleteMmm, nampak sedap, leh try buat sendiri nanti... :D
ReplyDeletelama gile aku x makan mi calong.. rindu plak..
ReplyDeletewow..u r so mat salleh my dear..ahaha..
ReplyDeletebtw, its ok.xmati pon xmkn nasi.
ko biar btol xpernah makan nasi wei!!! ish,susah aku nak caye ni.hahaha. ape kes ek?
ReplyDeletecomel le tu kalo mkn mknan ruji ko tu? x bley bla..
ReplyDeleteeyra,yaty pun suka makan biskut tu,sedapkan...dr kecik mak da bg makn,da besar beli sendiri..hohoho
ReplyDeletehye,xmkn nasi ek...
ReplyDeletesama r kite
n sy xpnah mkn since lahir
now im 27 years old
mknn harian among kfc,mcd n other fast food
org pelik sbb tu mknn ruji kat malaysia ni kan..
sama r
ReplyDeletesy x mkn nasi gak
now dah 27 years old
sy xpnah mkn nasi since lahir
pelik kat sini sbb tu mknn ruji org malaysia
drop your comment here!