Festival Berak.

6:03 am


Oleh NEYRA SHAZEYRA


Malaysia, 11 Jun - satu fenomena terhebat telah berlaku di kalangan muda mudi di negara ini. Festival yang dinamakan sebagai Berak telah diadakan di tandas berdekatan di seluruh Malaysia hari ini bermula pada pukul 4.00 petang hingga 11.30 malam. Festival ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai.

Acara dimulakan dengan perasmian oleh dR. Rozmey beralam dari Herba for Life dengan memotong riben tepat pada pukul 4.00 ptang atas ketidaksabaran orang ramai untuk berak secara berjemaah. Beliau juga sempat mencuba produk terbaru "Maria Ogawa" dan mempromosi secara hebat di sana. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan pembukaan oleh Haziq AF dengan penuh semangat menunjukkan sokongan padu terhadap festival berak ini.

Kesemua 82 peserta yang bertandang telah menunjukkan komitmen yang bagus dan hanya separuh dari mereka mengeluarkan najis yang sihat. Untuk mereka yang telah mengeluarkan najis yang tidak sihat telah diinasihatkan untuk bertemu dengan pakar yang bertauliah. Festival ini telah mendapat sambutan yang hebat kerana aktiviti hiburan yang berterusan sehingga waktu malam. "Walaupun event ini nampak mengarut, aku dah jana duit banyak-banyak kalah login FB dapat RM100. terima kasih penganjur event!" kata peniaga pisang awak, Faiz Edzahar. Faiz telah berjaya menjual bekalan pisang awak yang dibawanya sehingga habis dan memperolehi hasil jualan sebanyak RM2,000.00 hanya dalam masa sehari. Jualan pisang telah meningkat kerana peserta yang mengalami sembelit amat memerlukan pisang untuk melancarkan proses perkumuhan mereka.

Penganjur festival berak Shafirul Azmie As-Siggy berkata, "Event seperti ini sebenarnya telah dirancang untuk acara tahunan tetapi atas sebab sambutan yang memberangsangkan, mungkin kami akan meneruskan usaha murni ini sebagai acara bulanan". Shafirul juga menambah, festival seumpama ini akan terus berlangsung sekiranya mendapat lebih banyak sokongan penaja-penaja yang lebih besar di Malaysia dan sekiranya bersedia untuk menjadi penaja, Shafirul boleh dihubungi di Persatuan Berak Se-Malaysia di talian 015-2229999.

You Might Also Like

9 comments

  1. mai dah...
    hahak.
    lau nak wat secara harian pn xpe.
    memandangkan org berak harihari.
    d:

    ReplyDelete
  2. erk
    nak kena percaya ke tidak ni?

    ReplyDelete
  3. sape nya keje da... orang busuk.. eeeee...

    ReplyDelete
  4. ann; kami akan cuba usahakan. harap anda terhibur dengan festival ini semalam.
    HAHAHHAHA

    kie-yu ; sila lah percaya

    syah; tunang hang pon join smlm ahhaha

    ReplyDelete
  5. Ahahahha bongok weh, buat style berita btol lak.

    Mana gambar haziq? Gamba kajian kesihatan najis? Heh

    ReplyDelete
  6. paeh; HAHAHAH

    sigg; aku guna netbook td mcm susah tgk skrin kecik. maka malas nak upload banyak photo HAHA

    ReplyDelete
  7. hahaha..entri terbaik..dh macam laporan surat khabar dh,..pemes2.. sbb aku pon pegi join gak..ahaha

    ReplyDelete
  8. hahahaaha!!~ event yg sgt best. kebetulan aku sedey2 masa tu ter0s jadi happy macam 0rg hilang akal.haha. thanks!! [p/s: hasil kumuhan aku berbentuk taik kambeng tapi tenggelam di dalam air.sihat tak sihat?]

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook