Sembang Kencang 2 dah terbit!

8:57 am


hari ni izinkan saya tulis entry dengan membahasakan diri sebagai "gua" dan "lu". gua taip entri ni lepas baru bangun tidur pada jam 12:32 tengah malam. biasalah, pulang dari pejabat pukul 7:30 malam tadi, gua terus tertidur dengan baju kurung yang gua pakai pergi pejabat. lu ingat tak penat ke? gua hari-hari melalui perjalan hidup yang sangat tabah dekat KLCC twin towers tu. ok, hentikan emo. nanti boss gua terjumpa blog ni tengok gua merungut, naya gua. berbalik kepada cerita tadi, gua bangun tidur dan terus bukak Gtaik gua. eh itu Gtalk. gua bukak Gmail gua tengok ada email balasan dari bos besar sembang kencang.

gua  ada email sebelum tu;

"bila nak bawak SK2 dtg KLCC ni?"

dan balasan beliau;

"Next week gua bawak.. tolong kasi promo pada budak budak pejabat lu. fesbuk juga, blog juga..kahkahkah!"


maka, lu orang semua dah paham kenapa entry ni terhasil? takpe, gua ikhlas. ni gua nak promote sikit pasal Sembang Kencang 2 (SK2) . sebut pasal SK2, sebenarnya gua mati-mati ingat dia ni dah tukar profesion kepada pakar kosmetik SKII. apa jadah lah beliau jual SKII pulak kan. rupanya Sembang Kencang. maap ler gua slowpoke. tahun lepas gua ada beli Sembang Kencang 1 (SK1). siap buat review dah dalam blog ni. punya terbaik buku tu sampai lunyai kawan-kawan pinjam kat hostel. tu belum cerita part adik gua tumpahkan makanan lagi, ayah gua pinjam buat bahan bacaan dalam jamban lagi. perghhh memang terbukti best lah SK1. korang memang koman kalau tak beli buku ni! best gila gua cakap lu! so, mesti SK2 best kan? kan? acane nak beli?

untuk tempahan online, sila email ke:

[email protected]

Tajuk email : Nak Buku Plss!

Detail : Nama penuh, alamat rumah dan bukti pembayaran.

Harga : RM22 (pos biasa)
RM25 (pos ekspres)

Akaun Maybank : 158088171683

gua tak dapat lagi buku ni. sedang tunggu penghantaran dari tangan ke tangan oleh penulis buku ni. almaklumlah, kerja satu bangunan je pun. takkan gua nak beli by pos jugak kan? gua support SK1 dulu pun sebab mengenangkan beliau ni super senior gua kat UTP tu. ni siap buat promosi bagai dah ni takde diskaun ke encik penulis? gua nak sekali pakej tangkap gambar bersama lu berlatarbelakang kan KLCC aci tak? kahkahkah!

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S