Mini Showcase Muzzy 2011

8:50 am


#nowplaying Hingga Akhir Nafasku by Muzzy.

Siapa Muzzy? Muzzy atau nama sebenarnya, Mohd Namazi Salleh. Pendatang baru dalam industri muzik yang bergelar Muzzy ini masih terlalu asing di kalangan penggemar muzik tanah air. Mungkin dari sisi lain, laluan untuknya membina nama tidak sesukar pendatang baru yang lain kerana adik kandungnya iaitu Noh Salleh dari kumpulan Hujan sudah punya aura tersendiri di kalangan peminat. Pengalaman 11 tahun bermain muzik di kelab sedikit-sebanyak membantu Muzzy untuk menguasai pelbagai jenis muzik meskipun pada hakikatnya dia seorang pencinta punk rock.

Sebagai permulaan, Muzzy tampil dengan album berjudul Destinasiku yang menampilkan lagu-lagu antaranya Hingga Akhir Nafasku, Destinasiku dan Ingin Sekali Aku. Muzik yang Muzzy bawa sebenarnya berbeza daripada perjuangan Noh.



24 November 2011 yang lepas, saya dapat jemputan dari Supersyazwan (artis jugak mamat sorang ni) untuk ke Mini Showcase Muzzy 2011. Muzzy ni saya dah kenal sebelum ni masa di Convofair UTP bulan lepas. so, pulang dari kerja haritu, saya dan Hanif Ramli terus ke La Vida Lounge, Holiday Vill Subang untuk showcase tersebut. sempat lah jugak dinner di McDonalds Kelana Jaya sebelum bertolak bersama Broframestone.


masa ni jumpa Huda Luna, dan Ariffin Sepet. pasangan bahagia gittew. memang invite mereka berdua sekali. ouh, kelihatan muka masing-masing selekeh sangat baru pulang dari kerja tapi gigih nak ke showcase Muzzy.


kat entrance club, terus BBM syazwan, dan cari beliau. katanya nak beri tiket. ada lucky draw. ok, seksaited sangat sebab biasanya apa-apa lucky draw memang dapat hadiah. LOL.





malam tu memang layan lah kan showcase Muzzy. si Hanif pulak memang dah syok semacam layan lagu-lagu Muzzy. masa Supersyazwan perform pun best. especially lagu Skandalism dia lah. dari tahun lepas dah selalu dah dengar lagu tu. masa malam showcase tu, lagu paling saya suka dengar dari Muzzy ialah lagu Sedar. entah kenapa suka sangat lagu tu.



masa part lucky draw, berdebar dah menunggu nombor saya disebut. cis, kan dah cakap memang dapat? hehehe....saya dapat album Muzzy, dan poster Muzzy. so bro, boleh tak saya jadi bini no dua ni? Kak Niza izinkan tak? LOL



 sangat enjoy malam tu. best betul. tapi esoknya, terus saya jatuh sakit dan MC tak pergi kerja. hehehehe... apa pun Muzzy punya lagu yang paling saya suka, (balik tu terus play album dia ok!) ialah lagu Hingga Akhir Nafasku, Sedar, Selamanya, dan Ingin Sekali Aku. entah kenapa suka dengar lagu slow dari Muzzy sebab hati tengah berduka lara ni. setiap kali dengar lagu Muzzy je nangis. sobsss....lirik makan dalam. nak dengar lagu Muzzy? tengok lah official video lagu Hingga Akhir Nafasku. peace! :)


nota kaki: jangan lupa RETWEET, LIKE, +1 dan COMMENT entry ini

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S