Review: Tower Heist

7:20 pm


selamat pagi semua! semangat saya bangun pagi hari untuk siapkan entry. semalam balik dari menonton wayang, terus rasa tak larat dan tertidur. memang lah rutin hari jumaat, lepas habis kerja tengok wayang kat Times Square kan? eh , why Times Square but not KLCC? sorry, I love GSC more than TGV. hehehehe~ so, atas cadangan Cik Senah yang sudah menonton Tower Heist bersama Akim AF tu (amboi kemain kau nenah), saya dan my partner 111111 date saya (kemain nak dating tarikh best) pergi menonton wayang lepas waktu kerja semalam. tension bekerja, so pergi menonton filem komedi. eh, tapi bukan dating dengan boipren tau! tak semestinya dating je dengan boipren. dating dengan kawan-kawan pun seronok kan?


so, Eddie Murphy is back! and of course, Tower Heist is energizing with Eddie Murphy's loudmouth best! ini filem komedi yang mengisahkan Josh Kovacs, seorang building manager di Tower yang merancang untuk buat rompakan penthouse mewah milik Arthur Shaw. Kovacs nak rompak kira-kira 20 Juta Dolar dari Shaw sebab Shaw yang jahat ni dah songlap duit pencen pekerja-pekerja dalam Tower ni tak tinggal satu sen pun. dah songlap duit pekerja bawahan, lepastu buat muka inesen je. Kesian doorman nama Lester tu sampai nak bunuh diri kecewa takde duit dah. untuk tebus semua duit tu la Kavocs dan beberapa rakan yang sangat blur pasal merompak ni, plan untuk rompak duit dalam peti besi Shaw. tapi last-last dah berjaya pecah masuk, tengok peti besi kosong. eh, mana Shaw sorok 20 Juta Dolar tu? itu korang kena lah tengok sendiri filem ni. kekekekeke~ overall, ini filem komedi ringan je. takdelah nak gelak ketawa guling-guling dalam GSC Times Square tu tapi still, lawak bodoh dan mulut lancang Eddie Murphy tu buat filem ni menarik untuk ditonton. saya bagi 3 bintang untuk filem ni.


Thanks untuk yang bagi hadiah ni!
111111

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook