Review: Happy Feet Two

8:20 am


siapa kenal penguin muka gedik comel ni? Happy Feet kembali! yeah, Happy Feet Two mengisahkan Mumble yang dulu tak pandai menari tu dah jadi bapak kepada Erik yang juga tak pandai menari. Menurun genetik bapak dia sikit ni. Disebabkan kekurangan diri tak boleh menari dengan baik dalam Emperor Land ni, Erik rasa terasing. tergedik-gedik bontot gebu Erik ni bila berjalan, merajuk bawak diri jauh-jauh. Erik siap lari dari rumah (er....tanah) ke tempat penguin spesis lain mengikuti Ramon yang gatal miang semacam sangap nak bercinta. heh?


Sampai sahaja di kampung sebelah berjumpa penguin spesis lain, Erik terjumpa Sven, kononnya seekor penguin yang boleh terbang. Erik yang kagum dan masih terpinga-pinga cari kelebihan diri sendiri ni teringin lah nak terbang macam Sven. masa Mumble datang pujuk Erik balik, berlaku satu perubahan bongkah-bongkah ais kat sana. pergerakan bongkah ais itu semua telah mengubah kedudukan asal tempat tinggal Erik. mereka terperangkap di dalam lembah maut! bagaimana Erik dan Mumble berusaha membantu family diorang yang ramai ni?


overall, cerita ni sangat best! sumpah saya tak tipu. kalau korang tengok 3D, lagi layan.... warna warni dalam filem ni sangat menarik. karakter setiap watak pun berbeza-beza. mesti geram tengok penguin kecik comel gebu , Erik ni. ada jugak babak-babak menyayat hati terasa macam nak mengalir air mata. lagi-lagi part Erik ni menyanyi tetibe lagu sedih. dah macam baca sajak pun ada masa tu. watak Ramon yang gatal tu pun menarik. dasar foreveralone lagi loser. tapi akhirnya dapat pikat penguin idaman ramai. watal Bill dan Will , si udang pun comel je. penuh liku-liku kehidupan bersahabat. watak Sven, Mumble, Gloria semua ada karakter masing-masing. Happy Feet Two adalah filem wajib tonton! 4 bintang saya bagi untuk filem ni. :)

You Might Also Like

3 comments

  1. [url=http://www.24obmen.com]обменный пункт webmoney в[/url] - обменный пункт webmoney в

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S