Review: Puss in Boots (3D)

7:54 pm

Puss in Boots

Akibat kekalahan dalam contest Nuffnang Premiere Screening Puss in Boots, saya nekad untuk menonton Premiere Screening Puss in Boots di 1Shamelin Mall beberapa hari yang lalu. alang-alang dah ada TGV Cinemas baru bukak depan rumah kan? terus pergi je la. tapi tiket dia...masyaAllah pengsan! RM 20 sekeping ye. 3D pulak. so memang mahal kot?




first decide nak tengok filem Puss in Boots ni, my partner movie kali ni dah mengomel, "cerita kartun? cerita budak-budak ni..". actually, saya pun expect cerita ni macam budak-budak je sebab dalam kepala dah fikir macam cerita Shrek. tapi oleh sebab semua cerita saya dah tengok, dan Puss in Boots je belum tengok, so terus decide tengok ni je. dah lah rasa seksaited je nak tengok 3D, lepas tu awal pulak dapat tengok kan? filem ni akan mula ditayangkan 24 November 2011 di semua pawagam berdekatan.

Filem ni mengisahkan macam mana Puss in Boots dapat nama sebelum dia bertemu dengan Shrek and Donkey. Puss, dan Humpty (siapa tahu cerita Humpty Dumpty masa kanak-kanak dulu, angkat tangan!) ialah rakan baik sejak kecil, masa duduk kat rumah anak-anak yatim. Dari kecil, mereka ada impian untuk mencari kacang ajaib dari lagenda Jack and the Beanstalk. tapi ada satu peristiwa pahit antara Puss dan Humpty, yang mengakibatkan mereka bermusuh. selepas beberapa ketika tersebar kisah Jack and Jill yang mempunyai kacang ajaib yang Puss cari selama ni. masa nak mencuri kacang ajaib, Puss bertemu dengan Kitty yang juga nak mencuri kacang ajaib Jack and Jill.


Rupa-rupanya Kitty ni kerja dengan Humpty. mereka sama-sama nak kacang ajaib tu untuk curi telur angsa emas. maka mereka berpakat lah mencuri kacang ajaib dari Jack and Jill, dan curi angsa emas tanpa Puss tahu muslihat Humpty yang sebenarnya. apakah yang terjadi? korang tengok lah wayang..takkan semua saya nak cerita kan? spoiler betul! hehehe.... apa-apa pun, sangat seronok tengok Puss in Boots in 3D. lagi geram tengok mata comel kucing-kucing dalam cerita ni. masa tengok cerita ni, segala cerita lagenda masa kanak-kanak terbayang di minda. siapa tak ingat cerita kanak-kanak ni semua, dia memang tak melalui zaman paling indah dalam memori kanak-kanak dia. hehehehe.... berapa bintang? 4 bintang!

nota kaki: siapa yang belum Like, Retweet, 1+ dan komen entry ni: Contest Gadget Impian , anda disarankan untuk berbuat demikian. sayang korang ketat-ketat.

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook