Drama #Soffiya Slot Akasia TV3 (episod akhir)

8:59 pm


Siapa layan drama Soffiya setiap isnin hingga khamis jam 7 malam di TV3? Dari timeline twitter saya, memang kebanyakkannya layan drama Soffiya ni. kadang-kadang lucu melihat tweet masing-masing emosi dengan watak Fiona (termasuk saya yang emosi sama) yang sangat kejam tu. siapa tak geram kan? baik lelaki mahupun perempuan, semua pun seronok layan drama ni. kalau lihat timeline twitter saya, dan Haniff, memang kami dah macam pengulas rasmi drama Soffiya ni di Twitter. kalau takde kami, mula lah semua cari (ok ini hiperbola) dan kadang-kadang siapa yang tak dapat menonton drama Soffiya ni, boleh ikuti je jalan ceritanya dari timeline twitter kami.

Hari ini (8 November 2011), merupakan episod terakhir bagi drama Soffiya di slot akasia TV3. kita flashback episod semalam, Soffiya telah diceraikan oleh suaminya Kamal setelah mengaku perasaan masih sayang pada Ilyas, Fiona pula telah bertaubat dan berniat ingin menyatukan kembali Kamal dan Soffiya tapi malangnya Fiona mati dibunuh oleh Muiz. Saya pasti, ramai gembira Fiona mati akhirnya. Tapi apakah yang akan terjadi di dalam episod akhir drama Soffiya? Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelenggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingan?


Berdasarkan undian yang telah dibuat oleh TV3, undian tertinggi diperoleh (setakat entri ini ditulis) oleh watak Ilyas sebagai penentu kepada kebahagiaan Soffiya di akhir episod drama ini. apa pilihan anda pula?

p/s: kami nak buat #SoffiyaTwtup pada minggu hadapan, mungkin pada 19 atau 20 haribulan November 2011. ada sesiapa berminat untuk join? tweet saya! :)

You Might Also Like

1 comments

  1. salam singgah sini..

    berdebar nak menanti sofiyya akhir jap lagi..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook