Aqua Run di Sunway Lagoon 23 April ini!

10:18 pm

 

Dah selalu masuk Sunway Lagoon ni asyik main air and enjoy dengan kawan-kawan and family di theme park, apa kata kali ni buat kelainan sikit join 2KM Aqua Run di Sunway Lagoon pada 23 April 2017 (Ahad) jam 7.00pagi! Dah sah sah la fun run ni basah-basah gituh. Suka kan main air? Sempena Songkrun dah dekat, tak dapat ke Thailand, ke Sunway Lagoon pun jadi ler nakk...



 

Aqua Run ialah Fun Run 2KM dalam kawasan Taman Tema Sunway Lagoon dan ada 6 zone menarik yang korang akan tempuhi! 6 zon tu ialah Puddles Mattress, Climb & Slide, Wall Diving, Water Disco Hut, Splash Attack dan Rain Shower. Basah dimana-mana, mesti seronok event ni! Sebagai pelari dan pengumpul medal yang tegar mestilah akan join fun run kali ni! Hah lagi best, Aqua Run ni akan diakhiri dengan Bubble Music Celebration di bahagian Surf Beach sebagai penamat acara larian ni. Wahhhhhhhh party buih lah kita!



 

300 peserta terawal layak mendapat Vuvuzuela Horn dan yang lagi bestnya, selain dapat join Aqua Run ni, semua peserta juga dapat all access untuk kesemua 6 park dalam Taman Tema Sunway Lagoon ni kecual Pay-Per-Ride seperti Bungy Jump, G Force-X dan Go-Kart. Untuk pemegang Passport To The Best Day Ever Sunway Lagoon, kornag layak menerima eksklusif botol air bertukar warna oleh Sunway Lagoon. Semua peserta yang daftar larian ni jugak layak dapat T-shirt, Casing Handphone Kalis Air dan Medal.  Selain tu, dapat jugak voucher voucher lain yang boleh digunakan dalam Sunway Lagoon. 


Hah apa lagi semua runners sekalian! Jom kita beramai-ramai join the fun dan lari bersama di Aqua Run Sunway Lagoon pada 23 April 2017 nanti! Boleh mula beli tiket di https://sunwaylagoon.com/aqua-run-2017/ hanya berharga RM 120 sahaja! Jumpa kat sana!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S