Saharul Ridzwan, Duta Hotel ERYA By Suria
11:05 amMajlis Perasmian dan Penjenamaan Semula ERYA by Suria |
Suria Resorts & Hotels di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd dah beroperasi selama 17 tahun, ikon jenama perhotelan bumiputera yang patuh syariah. Dan selama 17 tahun beroperasi di Malaysia dan juga di United Kingdom, Suria Resorts & Hotels dengan dibantu oleh CYDASTUDIO International telah ambil keputusan untuk satu perubahan dan transformasi ke satu aras yang lebih mencabar lagi iaitu penjenamaan semula.
ERYA by Suria adalah nama baru untuk mereka yang menjanjikan hospitaliti perhotelan yang yerbaik dan lebih kompetitif. Perubahaan fasa pertama ERYA by Suria antaranya ialah penjenaman semula, pembaharuan logo korporat, pemasaran, latihan perindustrian melalui Suria Program dan perlantikan duta baru iaitu pelakon yang sedang melonjak baik namanya, Saharul Ridzwan.
Saharul Ridzwan, anak kelahiran Kuantan, Pahang (heyyy orang kampung kite ni!) dan dibesarkan di Kelantan adalah pelakon, pengacara dan model. Selain dah menang beberapa anugerah, Saharul Ridzwan jugak ikon bagi Muslim Volunteer Malaysia tau. Merupakan selebriti yang agak aktif di sosial media juga salah satu strategi pemasaran ERYA by Suria.
Saharul Ridzwan, duta baru ERYA by Suria |
"Saya menerima tawaran tersebut memandangkan ia sebuah syarikat berteraskan bumiputera dan menggunakan pendekatan patuh syariah kepada pelanggan mereka. Tambahan menjadi duta kepada sebuah hotel adalah sesuatu yang menarik dan jarang kita dengar. Ketika ditawarkan pada hujung tahun lalu saya rasakan ia adalah platform terbaik untuk dekat dengan peminat. Sudah pasti tanggungjawab saya menjadi lebih besar apabila hotel itu juga dijenamakan semula pada waktu sama" - Saharul Ridzwan
Ketua Pegawai Operasi ERYA by Suria, Nor Dalina Khalil bersama Saharul Ridzwan |
Sementara itu, kata Ketua Pegawai Operasi Erya by Suria, Nor Dalina Khalil, pemilihan Saharul Ridzwan sebagai duta hotel dirasakan paling sesuai bagi menarik minat golongan berkeluarga berkunjung ke hotel tersebut.
"Saharul merupakan seorang artis yang terkenal dan aktif di media sosial. Malah, kami sememangnya mencari seorang selebriti milenia (berumur 20-an hingga 30-an) selain mempunyai perwatakan dan rupa paras yang menyenangkan. Paling penting, kami mencari selebriti yang sudah berkeluarga untuk memberikan gambaran terbaik tentang konsep hotel kami," katanya.
ERYA by Suria, gabungan ciri-ciri green hotel dan eco-muslim hotel serta eco-sustainable hotel yang akan diterapkan dalam hotel ni. ERYA by Suria kini dah berada di 6 lokasi; Bentong, Janda Baik, Merang, Cherating, Johor Bahru, dan London. Penjenamaan semula ni juga termasuklah hotel mereka terbahagi kepada 6 segmen; ERYA Luxy, ERYA Exec, ERYA Famy, ERYA Envi, ERYA Sylo, dan ERYA Camp. Hah mesti pening kan? Oklah contohnya ERYA by Suria Johor Bahru lokasinya di tengah bandar JB tu, dekat pulak dengan Kota Iskandar dan Singapura yang rata-rata business traveller. Maka ERYA by Suria JB akan fokus kepada servis lengkap untuk eksekutif dan dikenali sebagai ERYA Exec.
Selain tu, ERYA Grad jugak diperkenalkan iaitu satu program aperantis khusus yang lebih menitikberatkan program-program baru dalam masa singkat tapi komprehentif, kursus perhotelan yang lebih terperinci, penambahan biasiswa dan pelapis pengurusan hotel yang profesional.
Bloggers bersama Saharul Ridzwan |
Diharapnya, ERYA by Suria lebih terus maju dan inovatif!
Untuk maklumat lanjut tentang ERYA by Suria:
Website: www.suriaresorts.com
Facebook: www.facebook.com/ERYAbySuria
Instagram: www.instagram.com/ERYAbySuria
1 comments
'ERYA by Suria' sangat positif mengorak langkah bagi menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. Sejajar dengan globalisasi, mereka telah menggabungkan ciri-ciri "Green Hotel".
ReplyDeletedrop your comment here!