Sentuhan dari Paris, Kafe Richard kini di Sky Avenue Genting Highlands
6:53 amCafe's Richard, Sky Avenue Genting Highlands |
Kafe kopi panggang No 1 di
Perancis, Kafe Richard kini dibuka di Sky Avenue, shopping mall terbaru di
Genting Highlands! Sebenarnya dah dua kali saya datang lepak minum kopi kat
sini sebab kopi yang disediakan memang unik dan lain. Lagi-lagi naik Genting
Highlands sejuk beku pulak malam-malam. Dah hampir beku mulut siap keluar asap tu
pergi la Kafe Richard untuk minum secawan dua kopi panas ye dak?
Bila dapat hirup kopi panas yang
beraroma sedap ni di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, terus kita
melayang-layang dibawa ke bangunan Saint-German-des-Pres, dan terus ke kawasan
berbukit Montmatre sampai lah ke tempat bersejarah Grands Boulevards. Fuh,
sampai ke Perancis lah ceritanya.
Ehiopian Moka Yrghacheffe dengan kaedah penyediaan Chemex |
Pembukaan cawangan Kafe Richard
di Resorts World Genting ni sebagai langkah pertama ke dalam dunia runcit kafe
dengan menghidangkan suasana gaya seperti di Paris. Tak perlu lah kita terbang
jauh ke Paris lagi untuk menikmati kopi asli Perancis kalau semuanya dah ada di
Resorts World Genting kan?
Saya sempat menikmati Ehiopian
Moka Yrghacheffe iaitu sejenis slow coffee dan saya pilih untuk kopi saya
diproses menggunakan kaedah Chemex. Ehiopian Moka Yrghacheffe ni datangnay dari Ethiopia, yang lebih
dikenali sebagai tempat kelahiran kopi. Ya, kat sini ada pelbagai variasi kopi
untuk diminum, dan menariknya korang boleh pilih nak proses kopi tu guna kaedah
French press ke, chemex ke, syphon ke, atau cold drip. Tapi kalau nak cold drip
kopi menangis lah koramng tunggu sebab kopi jenis tu 6 jam baru siap proses.
Hahahaha! Dulu pernah jugak lah rasa kopi guna kaedah tradisional macam ni,
tapi betul-betul rasa kelainan tu dengan tempat sejuk macam ni, dan suasana
kedai betul-betul macam di Perancis! Dengan jubin mozek lantai hitam putih,
bumbung kain, kerusi rotan raffia, sampailah kepada susun atur tempat duduk
Kafe Richard yang diilhamkan daripada salah satu Kafe Richard di Perancis sana.
Apa yang membezakan kopi di Kafe
Richard ni dengan kopi yang lain ialah Kafe Richard sentiasa berhati-hati dalam
memilih biji-biji kopi dari seluruh dunia untuk memberikan pelanggan rasa kopi
yang unik. Paling top kat sini, mestilah Perle Noir atau mutiara hitam, kopi
Arabika 100% eksklusif di Kafe Richard yang dibancuh dengan gaya kopi espresso
Perancis, Massaya pula biji kopi yang ditanam secara organik dan turut
dihidangkan sebagai kopi espresso yang dibawa terus dari Mexico. Selain tu, ada
jugak kopi Costa Rica Tarrazu yang ditanam di dataran tinggi gunung berapi ataupun
kopi Sumatera “Orang Utan” yang diberi nama sempena kempen melindungi spesis Orang
Utan di Indonesia, atau kopi yang paling premium dan jarang untuk kita temui,
Jamaica Blue Mountain.
Sempat lah jugak rasa kopi yang
kawan-kawan order. Kopi Sumatera Orang Utan yang diproses menggunakan kaedah
penyediaan Sifon memang sedap! Tapi tak pahit sangat lah macam Ehiopian Moka
Yrghacheffe haha. Tapi kalau korang biar je kopi tu sejuk, hah makin sejuk
makin pahit. Baik minum time tengah panas gituh. Lagi sedap! Selain kopi, di
Kafe Richard ni ada jugak pelbagai jenis teh tak kira lah teh hitam ke teh putih
ke, teh hijau, teh roiboos dan teh herba dari India, China, Sri Lanka, Afrika
Selatan sampailah banjaran Alps! Maka, selain Ehiopian Moka Yrghacheffe saya
sempat juga try Spicey Monkey, sejenis minuman unik iaitu kopi dan teh di
campur sekali. Infused together katanya buat pertama kali untuk dijadikan
minuman koktel tidak beralkohol dengan campuran kopi Sumatera Oran Utan yang
sejuk, spiced roiboos, dan sirap cili manis. Hah kat bibir gelas tu pulak
ditaburkan cinnamon sugar. Aduh, rasa nya memang unik, ada rasa pedas, sejuk,
manis semuanya dalam satu minuman!
Suasana dalam Kafe Richard |
Barista terlatih dalam penyediaan kopi untuk pelanggan Kafe Richard |
Minum petang bersama kawan-kawan |
Pelbagai jenis pencuci mulut dihidangkan untuk pelanggan |
Selain kopi, teh dan koktel, kat
Kafe Richard ni ada jugak sediakan hidangan ringan macam penkek dengan salmon
salai ke, itik salai dengan kepingan daging atas roti Perancis, pastry dan
lain-lain lagi. Lagi-lagi kalau ada éclair mini, cheesecake, cream puff, atau crème
brulee memang lengkap terus minum petang dengan the atau kopi di Kafe Richard.
Tapi bukan setakat hidangan ringan la, ada jugak hidangan utama macam menu
berasaskan ikan, pasta, itik panggang Perancis, ayam panggang, atau steak
daging. Lengkap semuanya! Nak sarapan pagi kat sini pun ada pelbagao set
sarapan pagi. Macam-macam ada!
Hah dah meleleh air liur tak?
Jangan lupa singgah Kafe Richard di Aras 1, Sky Avenue Genting Highlands okayh!
Dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari. Jom lepak minum kopi atau
mengeteh kat Kafe Richard!
0 comments
drop your comment here!