Majlis Pelancaran Servis Feri Berjaya Tioman Resort
8:03 pm
Berjaya Ferry Services beroperasi setiap hari, dan bertolak dari Berjaya Jetty
Tanjung Gemuk, Pahang untuk ke Berjaya Tioman Resort, dan pulang semula ke Jeti BerjayaTanjung Gemuk. Servis ini diperkenalkan oleh Berjaya dengan tujuan menawarkan pengalaman melancong yang lebih selesa, menyeronokkan dan mudah untuk semua pengunjung sekaligus meningkatkan lagi prestasi dan reputasi servis yang ditawarkan oleh Berjaya Tioman Resort, satu-satunya resort premier di Pulau Tioman.
Servis feri ini dijadualkan bertolak dari Jeti Berjaya Tanjung Gemuk pada jam 12 tengah hari dan pulang semula ke jeti dari Berjaya Tioman Resort pada jam 3 petang. Dengan kapasiti seramai 60 orang penumpang, feri ini dipandu oleh kapten yang berlesen dan 3 orang kru kapal yang telah diiktiraf dan lulus, juga feri ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan segala keperluan untuk berlayar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 100 hingga 120 minit sehala, bergantung kepada keadaan laut dan cuaca. Ye la kita tak boleh predict cuaca berubah-ubah sekarang ni. Kang tetibe laut bergelora sikit kan tapi takpe, biar lambat asal selamat maka korang pun tak mabuk laut haha! Oh ya, tiket feri berharga RM75 pergi balik untuk dewasa, dan RM65 pergi balik untuk kanak-kanak. Kalau nak beli sehala je, RM40 dewasa, RM35 kanak-kanak. Baik beli tiket return terus ye dak? Takkan lah nak duduk pulau terus haha! Yang nak bertolak dari Jeti Mersing pun boleh tapi akan dikendalikan oleh public ferry operator la.
Yang lebih menariknya tentang servis feri oleh Berjaya ni, Berjaya Tioman Resort juga memperkenalkan team Ask-Me-Ambassadors yang akan bertindak sebagai one-stop-centre untuk para tetamu Berjaya Tioman Resort. Ask-Me-Ambassadors atau AMA ditubuhkan untuk membantu para tetamu dari saat tiba di Jeti Berjaya Tanjung Gemuk. AMA ni semua akan guide, beri panduan untuk pengunjung semua hinggalah ke Berjaya Tioman Resort. AMA boleh dikenal pasti dengan mudahnya sebab diorang akan pakai t-shirt berwarna terang dan colourful yang tertera perkataan "Ask Me - Berjaya Tioman Resort".
Ask-Me-Ambassadors ni semua pekerja di Berjaya Tioman Resort jugak, dan berada di Jeti Berjaya Tanjung Gemuk dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari untuk menyambut para pengunjung Berjaya Tioman Resort. Berbaju kuning terang, merah, biru atau hijau, mereka boleh bantu korang dalam segala hal termasuklah untuk validate boarding pass korang, bantu angkat luggage masuk feri dan termasuklah bagi recommendation dan suggestion kedai yang berhampiran untuk korang makan ke apa. Team AMA ni kebanyakkan nya memang berasal dan dibesarkan dari Pulau Tioman jugak maka diorang memang sangat familiar dengan kawasan sekitar situ dan mampu lah untuk bantu korang. Kalau Tanya mana kedai mamak terbaik sekitar jeti pun diorang boleh jawab!
Memang best sejak ada Servis Feri Berjaya ni mudah hidup nak atur perjalanan ke Pulau Tioman. Last weekend pergi bercuti ke Pulau Tioman, kakak saya hampir tak sempat booking feri untuk pulang ke Jeti Tanjung Gemuk, tapi staff Berjaya Tioman Resort sangat efficient dan pantas dapatkan tempat untuk kakak dan abang pulang dengan selamatnya. Anak-anak dia pun katanya tak merengek sepanjang perjalanan sebab feri dah lengkap dengan kerusi yang selesa, dan berhawa dingin pulak feri tu. Baby pun tak merengek panas ke, mabuk laut ke hahaha!
Boleh hubungi Berjaya Tioman Resort untuk maklumat lanjut tentang servis feri ni ya!
Berjaya Tioman Resort - Malaysia
P.O. Box 4, 86807 Mersing,
Johor, Malaysia
Tel : + 60 (9) 419 1000
Fax : + 60 (9) 419 1718
Email : [email protected]
Website: www.berjayahotel.com/tioman
Selamat bercuti!
2 comments
tak penah sampai sini lagi.
ReplyDeleteAkak belum pernah sampai di sini.
ReplyDeletedrop your comment here!