Kenapa Pasaran Hartanah Pulau Pinang Adalah Pelaburan Yang Baik

5:41 pm


Sejak teman hidup dah berpindah ke Pulau Pinang, sejak awal tahun lagi ushar harga pasaran hartanah di Pulau Pinang. Macam nak beli rumah di Pulau Pinang atas beberapa faktor. Tapi tahu tak kenapa pasaran hartanah Pulau Pinang adalah pelaburan yang baik? Terletak di  pesisiran timur laut Malaysia, Pulau Pinang telah berkembang menjadi jaguh dalam sektor industri dan sektor pelancongan dengan hartanah baru yang tersenarai dalam pasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan saban tahun. Dengan kepesatan dan kemajuan yang sedang berlangsung di bandarnya, para usahawan mendapati, membeli hartanah dijual di Pulau Pinang atau property for sale in Penang adalah salah satu keputusan pelaburan terbijak mereka. Atas nasihat kawan-kawan yang pakar hartanah juga, saya rasakan membeli hartanah di Pulau Pinang adalah satu pelaburan yang baik untuk saya.

Pendapatan Sewa Rumah

Ini sememangnya langkah utama yang diguna pakai oleh pelabur kecil dalam menjana pendapatan melalui hartanah di Pulau Pinang; pendapatan melalui sewa rumah. Dengan kebanjiran pelancong di Pulau Pinang sepanjang tahun, menyewakan rumah untuk jangka masa pendek menjadi pilihan popular di kalangan pemilik rumah di sana. Harga sewa berada dalam lingkungan $35 hingga $50 semalam, bergantung kepada saiz pangsapuri dan kemudahan yang ada. Malah, banyak kawasan pangsapuri di Pulau Pinang yang telah bertukar menjadi hotel dek kerana banyaknya permintaan. Pemilik rumah juga telah mula menambah katil bertingkat dan pembahagi dinding untuk memuatkan seramai orang yang mungkin di dalam rumah mereka. Lambakan pelancong ini memang tidak dinafikan terlalu banyak di Pulau Pinan sekarang.
Dengan kepesatan industri tempatan di Pulau Pinang, ramai pekerja asing pun dah mula memasuki negara ini. Untuk berjimat, ramai pekerja asing tidur di dalam unit yang sama dengan menggunakan katil bertingkat. Pemilik rumah biasanya mengenakan sewa mengikut kepala menjadikan pendapatan sewa bulanan mencecah $800 atau lebih untuk untuk sewa setiap bilik.

Kenaikan Harga Hartanah Setiap Tahun

Diberi jolokkan “Lembah Silikon di Ufuk Timur”, Pulau Pinang semakin menjadi tumpuan pengeluar, dengan syarikat seperti Dell, AMD dan Seagate memiliki beberapa prasarana dan pejabat di sekitarnya. Seperti yang anda dapat bayangkan, ini menjadikan harga hartanah semakin meningkat naik dengan pemaju unit kondominium dan pejabat berlumba-lumba untuk memajukan dan menyediakan ruang yang cukup untuk pekerja-pekerja yang menyertai lambakan syarikat di Pulau Pinang saban tahun.

Apakah maknanya untuk pelabur hartanah kecil-kecilan? Ia bermakna, melabur dengan membeli unit pangsapuri sekarang dan menjualnya di kemudian hari mampu membeli pulangan yang lebih lumayan. Malah, jika anda membeli satu unit pangsapuri yang masih dalam pembinaan , anda boleh menikmati potongan pra-jualan sehingga 50 peratus. Baru-baru ni saya dan teman berkenan untuk booking salahs atu unit studio kondominium yang masih dalam pembinaan, di sekitar kawasan Utropolis yang katanya bakal terbina universiti swasta dan juga IKEA bila dah siap nanti. Wah, pasti harganya akan naik nanti.
Kos Sara Hidup Yang Rendah.
Walaupun Pulau Pinang adalah kawasan industri dan pelancongan, kos sara hidup di kawasan bandar adalah 55.78 peratus lebih rendah daripada bandaraya lain. Tambahan pula, jika perlu dibandingkan dengan bandaraya lain seperti Manila di Filipina sekalipun,  kos sara hidup di Pulau Pinang adalah 6 peratus lebih tinggi walaupun dengan purata pendapatan adalah 20 peratus daripada Manila. Ini menunjukkan yang rakyat Pulau Pinang menikmati pendapatan yang lebih berbanding penduduk bandaraya lain di Asia, ini memudahkan mereka untuk melabur dengan membeli pangsapuri di bandar daripada memandu jarak yang jauh dari kawasan luar bandar.

Dengan membeli pangsapuri studio di pusat bandar, korang mensasarkan penyewa yang bukan sahaja mampu membayar sewa pangsapuri, malah mereka juga ada wang yang cukup untuk berjalan-jalan di sekitar bandar. Ciri-ciri inilah yang menjadikan Pulau Pinang sebagai pelaburan hartanah yang “selamat” dan menawarkan punca pendapatan yang mencukupi untuk persaraan.




Apakah Pelaburan Hartanah Yang Biasa di Pulau Pinang?

a.) Unit Kondominium

Dengan kepesatan projek yang ada di bandar itu, unit kondominium menjadi pilihan mereka yang ingin melabur dalam hartanah. Seperti yang dibincangkan di atas, permintaan adalah sangat tinggi dan dengan kadar pinjaman terbuka dan fleksibel yang ditawarkan oleh bank, ramai orang memilih unit kondominium sebagai pelaburan utama.

B.) Lot Kosong

Korang mungkin rasa yang lot kosong adalah pelaburan yang kurang baik; bagaimanapun banyak pengusaha di Malaysia yang menukar lot kosong menjadi kawasan letak kereta. Dengan kepesatan pembangunan di Pulau Pinang, bandar ini menghadapi masalah kesesakan kenderaan yang membanjiri jalan rayanya. Bagaimanapun, ruang letak kenderaan tidak dapat menampung permintaan. Penyelesaiannya adalah dengan memajukan lot kosong ini dan menjadikannya tempat letak kenderaan berbayar yang berdekatan dengan kawasan perniagaan. Korang boleh dapat pulangan lumayan setiap hari dengan kos minimum yang selalu dikaitkan dengan pelaburan seperti ini.

C.) Rumah Berdekatan Pantai.

Sebagai bandar pesisiran, Pulau Pinang menarik banyak pelancong disebabkan pantai dan resort pelancongan. Disebabkan itulah ramai pelabur membeli rumah berdekatan pantai supaya mereka boleh menukarnya menjadi hartanah sewa. Melalui laman seperti Airbnb dan Tripadvisor, rumah pantai ini  telah menukar ekonomi setempat dan menjadikan pelabur mula memberi perhatian kepada permintaan di kawasan itu dan mula memajukan kawasan itu.
Kesimpulannya, Pulau Pinang adalah tempat yang hebat untuk pelaburan hartanah. Untuk membuat keputusan pelaburan yang tepat, lihat apa yang dilakukan orang lain dan pilih jalan pelaburan yang sesuai. Jom beli rumah di Pulau Pinang!




You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook