Generasi kedua teknologi Cryo-Lipolysis dari Zimmer Aesthetic
3:20 am
Teknik menguruskan badan dan mendapatkan bentuk tubuh badan impian semua orang secara semulajadi melalui prosedur Cryo-Lipolysis kini dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Zimmer Aesthetic! Tapi sebelum Majlis Perasmian ni sebenarnya saya dah sempat try teknik membeku lemak yang selamat dan effisien ni menggunakan kombinasi Zimmer Z Lipo & Z WavePro di The Life Clinic, Damansara Height. Try kat bahagian perut dengan harapan perut kempis sedikit dan berjaya! Tapi hasil sepenuhnya boleh lihat dalam 8 minggu lagi macam tu.
Teknologi dari German ini, Cryo-Lipolisis generasi kedua yang menggabungkan Z Lipo (Cryo-Lipolysis) dan Z WavePro (US-FDA approved shockwave) ini menjanjikan tempoh rawatan yang pendek, tapi hasil yang paling cepat boleh lihat perubahannya. Untuk yang nak cepat kurus tapi rasa takut untuk buat pembedahan, atau cucuk sana sini, atau makan pil kurus ke, boleh try Cryo-Lipolysis by Zimmer ni sebab rawatan ni akan membantu korang dapat badan idaman tu secara semulajadi.
Masa di Majlis Perasmian Zimmer baru-baru ni di TalentLounge, Damansara Perdana, Dr. Pablo Naranjo, Medical Director of Elite Laser Clinic di Madrid, Spain bagi penerangan tentang bagaimana teknologi baru ni berfungsi untuk membantu semua orang mendapatkan bentuk tubuh badan idaman. Cryo-Lipolysis ni dapat European Union CE Mark approval sejak tahun 2009 untuk non-invasive fat reduction procedure. Dan sejak mula diperkenalkan dan diiktiraf, teknologi ni semakin popular di seluruh dunia. Salah satu sebab popular tu mestilah sebab permintaan tinggi untuk orang yang nak kurus, tapi taknak buat pembedahan liposuction tu. Alternatif lain lah ni untuk cara lebih selamat dan semulajadi.
Cryo-Lipolysis ni sejenis prosedur menyejukkan lemak, yang sangat efektif untuk mengurangkan lemak di tubuh badan tapi takde kesan yang ketara dan tiada side effect. Dan bila digabungkan pulak dengan treatment lain yang sesuai, semakin puas hati semua pelanggan. Sebab tu lah Zimmer Aesthetic keluarkan rawatan gabungan Z Lipo dan Z WavePro ni. Untuk hasil yang lebih berkesan dan efektif!
Berdasarkan kajian klinikal oleh Dr Michael Ingargiola, seorang pakar pembedahan plastik dengan lebih 20 kajian telah dilakukan, rawatan Cryo-Lipolysis ni berjaya mengurangkan kira-kira 20% lapisan tisu lemak selepas beberapa bulan, dan triglycerides (asid lemak dan glycerol) pulak akan dinyahkan serta merta melalui lymphatic system dan diproses oleh liver korang. Lemak-lemak yang terkumpul di bahagian lengan, punggung, peha dan lain-lain sebenarnya boleh dibuang. Mesti korang rasa memang banyak lemak terkumpul kat situ kan? Dan dengan rawatan Cryo-Lipolysis ni memang efektif dan selamat dengan menggunakan suhu yang tidak membahayakan untuk menyejukkan sel lemak, dan juga tidak membahayakan tisu-tisu di sekelilingnya. Sebab sebenarnya ada certain area kat badan kita ni lemak memang degil dan susah nak buang walaupun dah bersenam selalu. Sebab tu lah terhasilnya Z Lipo dan Z WavePro ni untuk membantu korang buang semua selulit!
Z Lipo didatangi dengan 3 jenis applicator iaitu kecil, sederhana dan besar yang boleh fit untuk pelbagai jenis tubuh badan dan saiz badan. Applicator ni akan target kat bahagian mana lemak terkumpul tu, dan menyejukkan lemak tu dalam proses tertentu untuk jangka masa yang tak panjang sangat la, seterusnya mengapuskan sel-sel lemak. Sel lemak mati akan dikeluarkan secara semulajadi melalui lymphatic system yang akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 minggu.
Rawatan yang tidak membahayakan ini cuma ambil masa selama 60 minit untuk satu sesi, dan selamat serta sesuai digunakan dimana-mana bahagian yang kita nak kuruskan. Masa treatment tu memang applicator tu akan sedut-sedut bahagian tu untuk menambahkan efek positif lymphatic drainage dan metabolism, dan kekuatan dia sedut tu dari level 1 hingga 10 dan boleh diubah-ubah ketika treatment. Jangan risau, kulit takkan tercedera ke melecet ke apa sebab ada special gel pad akan diletakkan ata skulit kita sebelum diletakkan applicator tu.
Dari sudut kesihatan, selulit bukanlah masalah yang serius tapi selulit ni memang boleh jelas kelihatan, dan kebanyakkan perempuan khususnya malu kalau ada selulit banyak ni. Hah mula lah nampak kat peha la, betis la, lengan lah kan? Dan dengan menggunakan Z WavePro Shockwave yang diiktiraf oleh US FDA pulak, tisu-tisu yang berhubung akan diperketatkan lagi seterusnya kulit akan lebih firm, dan tegang, collagen pulak akan regenerated di abdomen dan bahagian lengan, peha dan punggung. Z WavePro ni ada dua bahagian - positive pressure pulse dan juga bahagian mesin kecil-kecil gitu. Shockwave akan squeeze sekeliling tisu-tisu, dan memecahkan molekul dan struktur lemak akan mula tidak stabil. Radial shockwave dari Z WavePro ni akan transmit directly, dengan precision tinggi kat tisu tu, Macam mesin urut pun je Z WavePro ni tau.Kajian tahun 2013 mendapati, shockwave treatment mengunakan teknologi Zimmer ni akan menjadi double hasilnya kalau menggabungkan kedua-dua Z Lipo dan Z WavePro!
Cuma ada beberapa klinik di Malaysia ni yang ada menyediakan teknik membuang lemak dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro ni iaitu:
TDOX Clinic,
Petaling Jaya
Esadsa House,
The Boulevard MidValley
Ageless Medispa & Clinic
Jalan Maarof, Bangsar
RE Plastic Surgery Clinic
Solaris Dutamas
The Life Clinic
Jalan Batai, Damansara Heights
Saya dah cuba Zimmer Z Lipo dan Z Wavepro ni.
Zimmer to a slimmer you!
Korang bila pulak?
Jom kurus!
0 comments
drop your comment here!