Ramadhan Buffet "Tantalizing Tastes of Thailand" di Chakri Palace
4:50 am
Imperial Chakri Palace Royal Thai Cuisine KLCC
Sebut je nama Chakri, mesti papppp! Terus terfikir pasal masakan Thailand yang lazat enak dan macam macam lagi. Chakri Palace memang terkenal dengan masakan Thailand yang sangat sedap! Dan bulan Ramadhan akan datang kali ini, Chakri Palace berbesar hati untuk menawarkan lagi sekali bufet masakan Thai dan masakan tempatan terutamanya promosi bufet "Tantalizing Tastes of Thailand" di Imperial Chakri Palace KLCC
dan juga Chakri Palace Pavilion KL bermula pada 30 May 2017.
Mieng Kam
Glass Noodle Seafood Thai Salad
Chicken Salad with Fried Morning Glory
Pulut Mangga Thai
Lebih daripada 50 jenis masakan moden dan unik dari Thai serta masakan tempatan akan dihidangkan. Dari ulam-ulam dan kerabu seperti Pulut Mangga, Kerabu Mangga Thai, Kerabu Betik Thai, Mieng Kam yang femes dengan 7 bahan-bahannya, Samosa, Popiah Thai, Mee Krob dan lain-lain lagi. Dan tentunya Pulut Mangga Thai tu paling jadi rebutan. Tak henti-henti semua orang kerumun Pulut Mangga Thai tu. Nasib baik saya tak makan nasi, so takde lah berebut nak merasa Pulut Mangga. Sejenis suka makan sayur, saya lebih suka ratah fried morning glory yang rangup bersama salad ayam. Fuh marvellous! Rangup, tak berminyak, makan panas-panas memang sedap gila.
Lamb Green Curry
Sauteed Beef Cashew Nut
Steamed Kalian With Garlic & Oyster Sauce
Fried Beancurd With Minced Prawn
Thai Tomyam
Special Beef Satay
Bufet Ramadhan "Tantalizing Tastes of Thailand" akan bermula pada 30 Mei 2017, setiap hari. Bufet akan rotate 3 menu yang berlainan untuk bulan Ramadhan ni dan akan dibuka bermula jam 7 malam ke atas.
Dewasa:
RM 95.90 ++ (KLCC) & RM 85.90++ (Pavilion KL)
Kanak-kanak (6-10 tahun) / Warga Emas (60 tahun keatas):
RM 49.90++ (KLCC) & RM 42.90 (Pavilion KL)
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah makan PERCUMA.
Dan hey mesti lah ada early bird offer yang lagi menjimatkan dan menguntungkan! Early bird offer cuma sah dari 10 April 2017 – 30 Mei 2017 sahaja. Dengan minimum order untuk 4 orang:
Pembelian sebelum 30 Mei 2017: RM 75.90++ dewasa (KLCC)
Pembelian sebelum 30 Mei 2017: RM 65.90++ dewasa (Pavilion)
Group Bookings? BELI 5 PERCUMA 1 weyh! Hah apa lagi cepat cepat booking Ramadhan Buffet di Chakri Palace! Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 03 23827788 (KLCC) atau 03 21431141 (Pavilion KL)
atau 016 2277182 atau email [email protected]
atau lawati laman web mereka di: www.berbuka.chakri.com.my.
0 comments
drop your comment here!