Al-Fatihah buat blogger Bro Hisyam

10:00 pm

malam semalam dapat berita Blogger Bro Hisyam kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. hmmm.. artikel di bawah dipetik dari Harian Metro.




credit pic: http://kakinakl.com

Baru nikah mati berdarah

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
[email protected]
2010/05/05

BUKIT BERUNTUNG: “Saya sedih kerana hajat membawa anak, Boestanual Hisham Sheikh Othman, 35, menunaikan umrah sempena musim cuti sekolah 23 Mei ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan,” kata ibu mangsa, Wan Hasmah Wan Awang, 67.
Mangsa mati di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, selepas kereta dipandunya bertembung sebuah Proton Waja, kira-kira jam 2.45 petang semalam.


Katanya, ketika kejadian, anaknya yang baru genap sebulan mendirikan rumah tangga dengan seorang kerani restoran di Kelab Golf Bukit Beruntung, Nor Hasima Ismail, 22, dalam perjalanan pulang selepas mengambil kad pengenalan barunya di Pejabat Pendaftaran Negara di Rawang.


“Ketika itu hujan lebat, arwah gagal mengawal kenderaannya di selekoh tajam sebelum melanggar kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.


“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu. Ketika itu saya berada di rumah anak di Ampang. Anak saya meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Wan Hasmah berkata, anaknya yang juga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, di sini, sempat menghubunginya untuk bertanya khabar sehari sebelum kejadian.


Katanya, arwah seorang anak yang baik dan cukup menghormati keluarga.


“Saya terkilan namun pasrah kepada Tuhan atas ujian yang cukup menyayat hati ini. Tidak sangka harapan anak mengambil kad pengenalan sebelum memohon pasport antarabangsa untuk menunaikan umrah, tidak kesampaian.


“Ketika kejadian menantu saya berada di tempat kerjanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.


Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.


“Beberapa mangsa daripada sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum dapat dikenal pasti kerana dibawa orang awam ke klinik berdekatan untuk rawatan. Dilaporkan semua mereka hanya cedera ringan.


“Polis masih menyiasat kejadian ini. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Surau Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, kira-kira jam 8.30 malam tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, sejam kemudian.


Blog arwah Bro Hisyam: http://unrestmind57.blogspot.com/








Photobucket

Hidup Untuk Memberi Align Center

You Might Also Like

5 comments

  1. ada jugak dengar pasal berita nih semalam..tak berapa mengenali arwah.cuma bukit beruntung tuh dekat rawang selangor ek?tempat sedara aku tuh..

    Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat arwah Bro Hisham. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah. Belum sempat pun nak mengenali arwah. rasanya pernah jugak masuk blog arwah sebelum ni....

    ReplyDelete
  4. al-fatihah. smoga dia ditempatkan dikalangan orang2 beriman. amin.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook