Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 2011

9:25 pm


mukadimah sahaja da mencerminkan pelbagai cerita. cewahh....dasar pemalas kepenatan tiada masa untuk update blog. curi-curi masa untuk update blog masa office hour. ni pun konpiden nak update lepas tengok officemate pun update blog. kekeke....so ini macam kesinambungan entry wedding sebelum ni. lepas pulang dari wedding petang tu, saya terus salin baju kurung yang ayu tu ke top kaler kuning. bertukar! jengjengjeng..lepas tu rushing pergi bukit jalil. untuk apa? Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 2011!


sebenarnya ceritanya, pukul 6 pagi tu (ya,saya tak tidur seharian tu terus pergi wedding tengah hari tu) tetibe dapat tweet dari Carlo (nama glamer semata-mata ni) ajak pergi AIM ni. entah apa mimpi pepagi buta ajak pergi AIM. sebab tu bergegas ke sana ke mari tu. sampai Stadium Putra Bukit Jalil, tunggu lah mamat ni datang dengan kawan dia Ajid. masa ni sempat lah berjumpa dengan Adie Rotikaya, dan Amal The Garang.


lepas tu kena pulak tunggu Meet Uncle Hussein ni entah mana-mana sebab tiket pada diorang. sementara menunggu tu, Ajid belanja aiskrim Cornetto, dasar tak sedar diri tengah sakit gigi, habis juga aiskrim tu. lepas tu mula lah kalut pergi cari panadol activfast gara-gara terlupa bawak ubat sendiri. saya memang pesakit yang degil. masa tu menjerit dah bukan sebab sakit gigi, tapi jumpa Afnie! dem ramai gilak jumpa kawan-kawan. Afnie siap bawak satu family tu... sebab banyak sangat tiket dia ni.


then kat sana terjumpa jugak Dila dan Lassie. oh demm, memang lama dah nak jumpa Lassie ni. lepastu baca tweet Shaz pulak, rupanya dia ada situ jugak. yeayy jumpa ramai yang tak pernah jumpa. lastly, jumpa Budiey. fuh humble gila dan baik hati sesangat siap amek gambar saya dan Dila lepas tu dia tweet. fufufufufu...bajet jadi retis kejap. ahaks!



lepas tu macam biasa lah ada blue carpet. tapi sebelum tu dah geram rasa nak belasah Carlo dan Ajid yang meninngalkan saya terkontang-kanting di luar. boleh pulak diorang jumpa band Stubborn, diorang dapat backstage pass siap lalu kat blue carpet? cisdel cekadak cekodok. nasib masa tu ada Amal lagi. so layan lah tengok blue carpet dan kebanyakkan artis saya tak kenal pun tapi MAX 247 paling IMBA! sebab datang pakai full suit kaler putih macam pancaragam budak sekolah tu. kekekeke....Greyson Chance pulak paling terbaik comel! sekali tengok macam Justin Bieber, dua kali tengok macam Harry Potter.

then, lepas menunggu dan menunggu kawan-kawan Amal, akhirnya mereka datang dan kami pass ticket Upper Tier untuk mereka. kami awal-awal dah berjaya mengorat budak perempuan Celcom so dapatlah tukar ticket Lower Tier. sempat jugak masa tu saya selitkan 3 keping ticket dekat public phone berdekatan untuk Taufiq, Annahl dan rakan mereka. last minute offer ticket FREE kat twitter sebab terlalu banyak ticket. dah diorang nak tapi lambat datang, so terpaksa main hide and seek sikit. kekekeke...


sangat malas nak update senarai nama pemenang sebab for sure, ramai dah tolong updatekan? biasalah ni entry basi. saya sangat sibuk dna tiada masa. overall, best lah AIM dari ASK. pengacara malam tu, AC Mizal dan Zizan memang terbaik. rasanya, lawak mereka yang selamba tu je memeriahkan suasana. tapi ada beberapa perkara yang menarik perhatian kami di stadium.



Logo Freemason ditayangkan masa persembahan oleh Azlan & The Typewriter, dan tulisan latar belakang, "Fucking Yeah" masa persembahan Najua. malas nak komen apa-apa tapi ramai kutuk belakang pasal ni. one more, fesyen artis malam tu ada yang macam disaster sangat. Najwa Latiff macam pengawas sekolah, Shila Amzah macam bahu jatuh, punggung lebar disebabkan gown yang dia pakai. siapa pereka fesyen tu?yewww... ok malas nak jadikan blog ni blog melodi pulak. see you, next entry! saya banyak benda nak update, terlalu banyak event akan datang cuma tak tahu ada masa ke tak. heeee...chow! :)

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook