Review: Petaling Street Warriors (Gala Premiere)

8:45 am


Ingat lagi Namewee, pengarah kontroversi bagi Nasi Lemak 2.0? Kali ini Namewee akan muncul lagi sekali di layar perak dalam filem Petaling Street Warriors. Buah tangan pengarah, James Lee ini menggabungkan pelakon terkenal dan bakat-bakat tabir belakang dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong, iaitu Mark Lee, Yeo Yann Yann, Jack Neo, Frederick Lee dan Namewee. Sebagai sebuah filem yang dipersembahkan bersama-sama oleh Juita Viden Media Group dan Golden Screen Cinemas (GSC) dan diterbitkan oleh Juita Entertainment, Petaling Street Warriors merupakan sebuah filem kungfu berunsur komedi dalam sejarah filem Cina Malaysia, dan telah mendapat perhatian ramai sejak bermulanya pembikinan pada bulan April tahun ini.

Filem ini mengisahkan penjual mee hokkien, See Du Yew (Mark Lee) yang tidak pernah mengetahui bahawa dirinya adalah maharaja terakhir bagi dinasti Ming sehinggalah dia berdepan dengan masalah yang membongkar semua kisah silamnya. Waalupun berumur 35 tahun, tetapi tingkah laku See Du Yew seakan-akan budak lelaki berumur 15 tahun. See Du Yew mengahwini Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann) tanpa mengetahui sebenarnya isteri beliau telah ditugaskan untuk menjaga keselamatannya dan pandai berkungfu. Dengan plot cerita yang menarik, Petaling Street Warriors dengan beraninya cuba memberi suatu jawapan untuk suatu misteri sejarah Dinasti Ming pada tujuh ratus tahun dahulu. Apakah kisah sebenar See Du Yew dan apakah yang terjadi kepadanya dalam filem ini?



Berlatar belakangkan suasana Jalan Petaling atau Petaling Street tahun 1908, filem ini menjalani pengambaran di negeri Perak sebenarnya. lokasi pengambaran adalah disekitar Seputih dan Lahar di negeri Perak. gambaran suasana Jalan Petaling 1908, dengan bantuan CGI berjaya menghasilkan suasana yang sebenar pada zaman dulu-dulu. kagum melihat filem Cina tempatan seperti filem-filem kungfu lain dari luar negara. Dengarnya, filem ini adalah ilem Cina Malaysia berbudget paling besar pada tahun ini. sekali tengok, macam bukan berlakon di Malaysia pun ada. aksi kungfu pun banyak yang seronok untuk ditonton. cuma, ada part dialog terlalu banyak agak membosankan. mungkin sebab itulah, peneman menonton wayang saya sorang tu tidur terus tengok cerita ni? ada part komedi, dan boleh lah buat saya ketawa secara spontan (apa punya ayat la ni) yang jadi kekuatan sedikit bagi cerita ni. overall, ok lah untuk menonton secara santai. ada juga dialog-dialog yang berkaitan Namewee. kalau korang alert, mungkin perasan la kot. berapa bintang untuk filem ini? 4/5 bintang.


sebenarnya, saya ke Gala Premiere untuk filem Petaling Street Warriors atas jemputan Broframestone. terima kasih bro sebab bagi peluang ni. macam tahu-tahu je blog ieyra.com ni dah macam jadi blog review filem. dasar pemalas punya tuan blog, nak tulis entry lain takde idea, asyik tengok wayang memanjang dan tulis review. ish ish ish esok-esok ada lah entry pasal Showcase Muzzy Band pula. saya tak dapat softcopy gambar lagi ni ok?


saya ke Pavilion Kuala Lumpur bersama Hanif Ramli, movie partner kali ini. dari Cheras kami menuju ke Pavilion yang penuh liku-liku kehidupan. kalau bawak bekal roti bersama mungkin sedap kita makan roti sapu jem malam tu kan, Hanif? errr.....lepas malam Gala Premiere nia da sedikit kejadian di mana kami tawaf parking Pavilion sebab tak dapat jumpa kereta parking kat mana. hehehe...


masa red carpet tu, haram jadah saya tak tahu siapa pun entah yang lalu. hahaha.. maka, saya ambil sahaja gambar apa yang ada. dah lah masa kat tepi red carpet tu, rasa macam saya, Hanif dan Uzair sahaja berbangsa Melayu. pengacara majlis cakap cina pun kami buat-buat faham. layan je la.


masuk je hall, MASYAALLAH! lokasi tempat duduk 3 baris dari depan skrin. end up, kami semua bersedudukan.....eh silap. duduk menggelongsor ke bawah sikit. memang sakit pinggang. duduk tegak, sakit leher pulak. no wonder semua orang rasa nak tidur tengok filem ni. hahaha~ by the way, nice jugak sebenarnya. tengok lah dulu filem ni yang bakal ditayangkan pada 1 Disember 2011, dan nilai sendiri :)

nota kaki: jangan lupa RETWEET, LIKE, +1 dan COMMENT entry ini



You Might Also Like

4 comments

  1. lepas ni kene blajar cakap cina la..
    baru senang pergi event cina..hehe

    ReplyDelete
  2. tidur siap teperanjat lg hahah..cite kelakar tp bnyk sgt ckp2 tu seksa jgk tu

    ReplyDelete
  3. hee..kitorang tahap beli tiket pastu memang kitorang je Melayu dalam hall tu.... aha, nice juga la cite ni sebab kelakar... tp paling tak best part ada Dr. Sun ke ape tah datang malam2 pastu bagi nasihat yang cam takde kene mengena sangat...haha... anyway, jemput baca review di Kakiwayang.com juga...=)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook