Cinta Jarak Jauh.

11:31 pm

Photobucket

Cewahhh... apesal cik eyra letak gambar ini? tertanya-tanya semua. ini la jawapan bagi sesiapa yang tertanya-tanya apakah hadiah untuk cik reza di entry sebelum ini. lalala... oke, straight to the point. kali ini ada sedikit tips utk semua...

Bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh? ada yang boleh survive, ada yang kecundang. menangis, sedih, kecewa, gembira, sayang dan berbagai perasaan lagi yang hadir dalam cinta jarak jauh... cik eyra sertakan disini sedikit tips utk cinta jarak jauh. credit to majalah REMAJA!


Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyanyangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Walaupun si jejaka duduk jauh di utara semenanjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba lah cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, rancanglah untuk berjumpa jika ada sedikit kelapangan. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam, sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia untuk tanyakan khabar. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan menghubungi kamu. Sudah pasti si dia akan berasa sukar untuk menghubungi kamu jikalau dia sahaja yang perlu hubungi kamu. Memang cinta memerlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak sahaja yang akan memberikan komitmen. Jadi, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun bersama-sama. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa sambil menyambut hari-hari istimewa tersebut bersama sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Setia walaupun jauh
Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa ini lah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begiu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang, ada juga yang sampai berpasangan dengan sahabat disebabkan terasa sunyi. Setia lah pada pasangan anda walaupun jauh.

Jarak bukan pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudha pasti kita akan terasa sangat kerinduan iu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta kamu. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kamu lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Jadikan ia sebagai sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.


You Might Also Like

31 comments

  1. ermm setuju sngt2 tu..
    x kenal maka x cinta, x cinta mana nk dtg mesra,x rase mana nk nikmati cinta..kan?
    pelihara cinta biar sampai suci ke dlm hati,bru dtgnye perasaan kasih sayang cenburu dn iri hati...

    ReplyDelete
  2. aku rasa part yg tajuk die tanyalah khabar tu tak berapa sesuai ngan dak2 remaja zaman sekarang lar...
    sebab setahu aku dak2 zaman sekarang ni kalau bercinta, mesti ari2 nak sms kadang2 sampai tidur pun tangan pegang henpon lagi... hahahaha

    rosak...rosak...

    ReplyDelete
  3. hmmm...
    aku setuju sgt ngn statement2 di atas ini...gler r...ms aku kapel jauh dulu...ni r yg aku cber practik kan..hehehe...tp..aku ni cpt cair..hahahahah..

    ReplyDelete
  4. cewahhhh sis lin... kata-kata indah dari hati ya?

    ReplyDelete
  5. winston; hahaha. aku ta ske sms. ske kol. lalala

    ReplyDelete
  6. hani; cair? haha. ye kew? hati mu selembut tisu ya?

    ReplyDelete
  7. sebagai pakar couple2 nih wah!! aku rase cinta jarak jauh tak jd masalah tp couple tu mesti btl2 ade komitmen. kalo setakat couple suke2 jek jgn harap lah patner tu nak setai silap2 da ade pegantinya.. even jarak dekat nye pun leh kene tipu dgn ade nye myspace frienster or whatever sng2 jek kite jd penipu patner kite.. so pndi2 ah lah korang nak survive dlm dunia cinta yg kejam zaman skang nih.. kecewa jgn bunuh diri sudah.. nak tau lagi lanjut pasal cinta yang suci taknak kene tipu korang g book tiket cite syurga cinta yang ade kat cinema skang.. mcm tu br lah patner yg kite cari utk kekal smpi mati.. org kate "till death do us part"

    ReplyDelete
  8. skeletor; abg kacak! u r the best commentor! hahaha. caya lah sama lu. memang LAYAK buat novel ko ni. lalalala

    ReplyDelete
  9. haaa!!ssuai bnar ngan sye nih..cmue 2 de kat sye...mmg ngam sgt2..stia pde yg 1..kan3 cik rara..
    hahaha...poyo jer bli jam sma..len kli bli kat sye 1..tpi brnd TITUS yer..hehehee..cyg rara..hehe...

    ReplyDelete
  10. ainy; takde2. saya beli kan jam pasar malam je. ishh demanding sungguh la adek ipar aku ni

    ReplyDelete
  11. skeletor mmg takde masalah ngan cinte jarak jauh sbb die selalu tido pegang henpon... hahahaha....
    aku sorang je yg kuar rumah yg tak bawak enpon...

    ReplyDelete
  12. skeletor mmg takde masalah ngan cinte jarak jauh sbb die selalu tido pegang henpon... hahahaha....
    aku sorang je yg kuar rumah yg tak bawak enpon...

    ReplyDelete
  13. HAHAHAHHA , wahh , jam ituuuu saya suda lihat , but girl punyaa ahh , boy punyaa tadpat lihat , HAHA , wahh , bagusbagussss :D

    ReplyDelete
  14. pall mall; hahaha. patot lah. rupanya beliau la yg sllau tdo dgn henpon tu ya?

    skeletor: kamu kantoiiiii!!!

    ReplyDelete
  15. syud; hahahaha. diamm sudah.

    ReplyDelete
  16. hahah u know me.. aku mmg pakar cinta jarak jauh tu sbb aku leh comment

    ReplyDelete
  17. hee..
    tips yang mmg bagus
    tak semestinya LDR tak menjadii (;

    wish both of u happy (:

    ReplyDelete
  18. salleh; i know la jam abg tu mahal......!!!

    ReplyDelete
  19. skeleor; macam la awek ko tu jauhhh sgt. padan mke ta de duet. ko ta leh date tiap2 ari. wat aku jeles je

    ReplyDelete
  20. izza; hurm no comment for u.

    ReplyDelete
  21. terbaik ar ko abg kacak..Weeee~~~..thumbs up to you!!!!!syed plak...jam plak nk kecoh..org tgh sembg pasal cinta cintun nie..wakakakaa xp..jgn mara..lalalal

    ReplyDelete
  22. weyh abg kacak memang commentor pling best setakat ni. lalala. syed tu takde perasaan chenta maybe. hahaha

    ReplyDelete
  23. syed yg membosankan..hahahaha xp..mati aku kalo die bace..syed..ak gurau2 jek..lalallaa

    ReplyDelete
  24. Err been there, done that.

    I'm still scared of commitment. Gulp!

    ReplyDelete
  25. sbb kamuu yg soh die bce..hahaha xp.

    ReplyDelete
  26. farrah; hurm, no comment. saya juga pernah kecewa dengan cinta jarak jauh. :)

    ReplyDelete
  27. Anonymous; hahahah. memang la. :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S