perihal encik W dan hari guru.

11:00 am

Last entry from beranang before semester break yang lama! Yeah~~ holidayyy…!! *poyo je itu semua…1 june nanti juga kena balik sini semula sebab ada re-do session* hari terakhir menghantar assignment. Omaigod! Sebenarnya ada 5 report nak kena submit. But cik eyra cuma sempat buat 2 report sahaja. Lalalala. Maka, dengan selamba-nya sms Encik W; “errr…boleh tak saya hantar repair assignment ni hari isnin jek..??” cis cis. Terpaksa menggedik sebentar sebab tak dapat submit assignment beliau oleh sebab tertidur dengan jaya nya semalam bersama cik sue dan cik fara sehingga pagi atas sebab kepenatan membuat report website management. *alasan jek semata-mata itu semua…siapa suruh buat di saat-saat akhir* malangnya, Encik W tidak membaca sms itu. Maka, dengan itu cik eyra berlari-lari anak ke kolej untuk hantar report web dan qmp yang siap, dan terus menuju ke meja encik W. “err… tak dapat sms ke?” cis cis. rupanya beliau baru sahaja mahu membaca sms saya. Adoyaii. Nasib lah dapat juga hantar hari isnin. Yes yes! Sayang lebeyh la kat encik W. *oopsss…statement panas…* then, time santa claus eyra member hadiah pada semua lecturer yang berkenaan. Bukan mahu bodek cuma seikhlas hati niat mahu memberi. Lalalala. Hadiah untuk apakah? Untuk teacher’s day. Happy teacher’s day to all my lecturers! Sayang kamo semua! Huh? Terkedu dan tidak terkata saat encik W dan encik H terima hadiah yang kecil dan tidak seberapa itu. Cis cis. bangga pula. sampaikan encik W sms-ing with cik eyra pada malam harinya. Ops! Tak boleh cerita. Bahaya. Hahaha.

Petang, selepas tidur dengan jaya-nya, cik sue dan cik farah sms mengajak cik eyra ke tesco semenyih. Mahu mengeluarkan sedikit harta di ATM machine sebenarnya. Hahaha. Sudah lah harta yang ada tidak seberapa, bagaimana mahu pulang ke Kuantan ini? Lalala. Melihat baju kurung hijau di kedai berdekatan ATM itu, hati ini berkata; “bila lah ada duit mahu beli itu baju?” oh, cik sue. Sila belanja saya. *cik sue berkata; wtc..??* then kami berjalan-jalan sambil berpoya-poya melihat suasana yang indah. Eh itu mesin timbang berat! Maka, kami dengan semangat berani nya menimbang berat badan. Apakah? Rahsia. Sangat berat la. Then jalan-jalan sampai penat lagi. Cik eyra beli apakah? Beli penyepit rambut yang baru sampai rasa diri sendiri comel sangat. Lalala…

Pulang ke rumah, mahu blogging tapi internet macam sedikit s**l sebab lembab dan photobucket pula buat lawak antarabangsa mengeluarkan error berbunyi; “You don't have permission to access /albums/bb298/razzsha88/ on this server” wtf? Sign in guna password sendiri juga boleh keluar error seperti itukah? Grrrr… perasaan marah sudah memuncak.

Malam, sesi memasak spagethi. Wah…banyak. Macam nak buat kenduri. Sape paling banyak makan?! Tanya cik sue kerana hanya dia yang tahu jawapannya. Lalalala. Aduh, tiada semangat mahu buat assignment encik W. siapa mahu tolong saya? Lalalala. Malas betul!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook