BEEF LASAGNA

3:41 am

Photobucket



Bahan-bahan ( 6 orang )


* 300g daging cincang (aku guna brand Ramly jek)

* 1 botol sos spagethi (aku guna kimball. sebab prego....ehem2)

* 2-3 batang celery

* cendawan butang (sukahati korang nk banyak mana)

* 2 biji tomato (potong dadu)

*capsicum (potong dadu)

* 1 biji lobak merah (dihiris halus)

* 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)

* 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)

* 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)

* Sedikit lada sulah

* Garam secukup rasa

* Gula secukup rasa

* Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar, aku suka brand San Remo)

* 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)

* 2 sudu besar mentega

* 4 sudu besar tepung gandum

* 1 peket Mozarella cheese (115g)

* 1-2 cawan susu

* Sedikit garam untuk perasa


Cara-cara

1. Panaskan oven 180 C

2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.

4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.

5. Masukkan sos spagethi, dan sedikit gula jika perlu.

6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

7. Sediakan sauce pan, panaskan.

8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.

9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.

10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.

12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.

13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)

14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)


MAKAN TIME. slurrrrppppp burpppp kenyang!


You Might Also Like

9 comments

  1. waaaaaaaaaaaaah sempat lagi bg resepi ek..huhu mesti sedap ni..tapi camne nk buat kat umh sewa xde oven la..kukus bole x..? hehe

    ReplyDelete
  2. Nmpk sdp.tp xpndai memasak r.huhu.

    ReplyDelete
  3. abg fhami ku syg, mana ade masak lasagna kukus. nak kena bet pp tuh? wat kek leh ah..

    ReplyDelete
  4. apiih; hahahahah nnty i buatkan utk u

    ReplyDelete
  5. wah...sedap seyh...lg sedap kalau org yg bg resipi nih masak...

    ReplyDelete
  6. mmg nmpk sedap lor..nk kena wat ni..da lm teringin nk buat u..
    Apiih nk mkn meh2 i buatkan..hahha

    ReplyDelete
  7. eny, ahahaha saje je.dak2 twitter mntk resipi.


    eyda; tnggu bajet u. haha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook