Berbuka Puasa di Delicious Café, 1Utama Shopping Centre
4:49 pm
Setiap hari berbuka puasa di
luar, Ya Allah kilo semakin bertambah! Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah
bagi. Baru-baru ni saya berkesempatan untuk ke Delicious Café di 1Utama
Shopping Centre. Memang saya perasan Delicious Café di 1Utama tutup sebelum ni
untuk reservation, dan beberapa cawangan Delicious yang lain tutup. Delicious
ni dah lah salah satu tempat faveret saya untuk makan. Wahhhh kenapa ya?
Rupanya Delicious Café kini di bawah pihak pengurusan yang baru iaitu Envictus
International Holdings Limited dan kini lebih dikenali sebagai The Delicious
Group.
Dekorasi dalaman Delicious kini
berwajah baru dan fresh! Memang totally berubah, dan sewaktu melangkah masuk,
rasa terkejut kejap. Wahhh macam style European campur Moroccan ala-ala lama
gitu. Dengan wallpapernya yang cantik macam corak batik pun ye, lepas tu jubin
lantai yang bercorak unik, da nada beberapa Instagram spot friendly! Hah, ni
memang sesuai lah yang suka posing OOTD ke, acah acah tengah baca buku ke, buat
flatlay gamabar makanan ke. Memang banyak spot menarik. Tapi saya paling
gemarkan sudut mini library dalam restoran ni. Memang cantik! Selak menu pula,
wah seperti baca buku cerita kanak-kanak. Nama menunya memang menarik perhatian
saya.
Berbuka puasa kali ni memang
hentam betul mencuba semua menu-menu baru yang disediakan. Sempena berbuka
puasa di sini, kami dihidangkan dengan kurma dan Movie Date Popcorn (RM 15) dalam
portion kecil untuk memaniskan mulut
dulu waktu berbuka puasa. Movie Date Popcorn ini disalut dengan sos caramel,
dan dipenuhi dengan kacang almond, memang sedap! Masa tu siap niat nak bawak
balik lah popcorn ni. Tengok Running Man sambil meratah popcorn ni memang
sedap. Untuk air pula saya order Monday Blues dan Avocado In A Blender.
Untuk Starter saya mulakan dengan
Salt & Pepper Squid iaitu apa lagi kalau tak bukan Sotong Celup Tepung!
Dengan resepi mudah, chef cakap sebab salt & pepper je, tapi memang sedap
dan rangup. Bila dah sejuk pun masih crispy gituh. Dihidangkan juga dengan
lemon yang perlu diperah atas sotong tu, sos tartar yang cukup pekat, berlemak
dan juga garden greens salad. Hey, baru makan ni semangkuk dah kenyang tau?
Berebut dengan Rafzan Tomomi masa tu. Harga untuk Salt & Pepper Squid ini
ialah RM 29.
Kemudian kami dihidangkan dengan
Muchacho Nacho Platter yang berharga RM30. Hidangan ini memang sangat besar.
Bayangkan kami berkongsi 4 orang semeja, pun tak habis makan? Dihidangkan
bersama beef chili corn carne, yang kami tak habis-habis dip nachos kedalamnya.
Si Momi sampai cedok dengan sudu la jawabnya. Sos lain yang dihidangkan bersama
ialah guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo. Nyummy!
Ini Saved By The Bell-acan yang
mengandungi 4 ketul kepak ayam yang telah dimasak dengan sambal belacan, dan
dihidangkan dengan sos cili Thai. Kata
chef, ini inspirasi resepi kepak ayam dari Pulau Pinang yang menjadi kegemaran
isterinya. Masa makan tu memang terasa belacan nya! Saved By The Bell-acan ini
berharga RM18 sahaja.
Masih dalam Starter Course, kami
dihidangkan dengan Salmon Else. Ala-ala Italian Sashimi yang mengandungi fresh
Atlantic salmon, dicurah virgin lemon olive oil dan lemon curd, horseradish
sauce, Ikura, radish dan juga dill. Sangat fresh dan sedap! Hanya berharga RM22
sahaja untuk hidangan yang memuaskan ini jika korang seorang salmon lover
seperti saya!
Untuk Salad Course pula, saya
cuba Sawa-Duck-Ka Salad (RM 28). Macam Sawadikkaaaappppp kan? Hah berbunyik
Thai gitu mestilah sebab menu ini inspirasi dari bumi Siam. Buah Pomelo yang
dah masih segar dan manis, daging itik yang dicincang, lengkap dihidangkan
bersama timun, tomato julienne, daun mint, Thai basil, basil, bawang, cili
merah yang dipotong halus, dan ditaburkan pula bijan dan makan bersama sos
Thai. Hah cara makannya pula seperti makan Yee Sang. Perlu dicurahkan sosnya
dahulu, lepas tu semua bahan tadi digaul bersama. Barulah terasa pedas, manis,
masam, semua dalam satu sudu!
Kemudian kami rehatkan perut
sebentar dengan One In A Melon Salad (RM 26). Buah tembikai dipotong bentuk
kiub, dimakan bersama lemon dressing, daun rocket, feta cheese, olives, mint,
basil, pine nuts, balsamic pearls, basil oil, dan yoghurt ravioli. Wah tak
sangka sedap rupanya makan tembikai dengan yoghurt. Haha!
Bila perut dah rasa lega dengan
One In A Melon Salad tadi, kami teruskan mencuba pula Country Roast With The
Most (RM 39). Daging ayam yang diperap selama 48 jam dengan pelbagai jenis
herba, dan bakar pula selama kira-kira 30 minit, dihidangkan dengan mashed
potatoes, coleslaw, corn bread dan au jus. Kombinasi yang memang sedap. Dan
corn bread muffin tu Ya Allah punya lah lembut dan terasa jagungnya.
Kemudian kami cuba pula Mad As A
Croque Madame (RM 30). Saya fikir menu ni sesuai untuk makan ketika breakfast.
Tapi sebab menu ini unik, kami perlu cuba! Telur ayam di bakar separuh masak
dengan roti yang dicurah sos keju, dan juga keju cheddar di lapisan dalam nya,
yang diselang seli diapit bersama turkey ham dalam roti tu. Dihidangkan dengan
mayonis, salad, dan sweet potato crosscut fries, memang lengkap! Cara makannya,
kena pevcahkan kuning telur tu dulu lepas tu belah dua roti tu. Fuhhhh meleleh
beb.
Seterusnya kami dihidangkan pula
dengan Go Cheesed Lightning (RM 45). This is the ultimate burger! Melihat
kepada patty burgernya yang tebal dan gebu semacam, saya tahu burger ni memang
sangat special. Patty burgernya diperbuat daripada 100% US Black Angus Beef dan
setiap patty seberat kira-kira 180gm. Apa yang specialnya beef patty ni? Hah
bayangkan 80% adalah daging, dan Cuma 20% lemak? Dagingnya pula dimasak medium
cook, dan memang terasa kelembutan dagingnya bila kita gigit, dihidangkan pula
dengan dua keeping lapisan keju, kepingan bawang, daun lettuce, tomato, dan
pickles. Lagi sedap sebab ada crosscut fries dan onion rings sekali!
Hey, belum habis lagi. Masih ada
ruang di perut. Kami dihidangkan pula dengan Seashells By The Seashore Aglio
Olio (RM 42) dan juga Duck Con-fit For A King (RM 33). Seashells By The
Seashore Aglio Olio dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels,
sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga
hirisan cili padi! Hah mestilah terasa cili padi tu yang unik dalam pasta ini.
Duck Con-Fit For A King pula ialah sejenis pasta yang dimasak olive oil, bawang
putih, bawang, baby spinach, sundried tomato, dan coriander. Dan semestinya ada
daging itik dicincang dan dimasak bersama!
Wow! Hidangan Main Course terakhir kami ialah Dibs On The Beef Ribs (RM 55)! Australian beef ribs dimasak secara slow cook selama 5 jam, dihidangkan bersama sweet potato crosscut fries, coleslaw, cornbread dan onion ring. Dah masak pun 5 jam mestilah beef ribs ini memang lembut dan enak dagingnya.
Kami akhiri sesi berbuka puasa kami dengan hidangan pencuci mulut tentunya. Hi-Tea Seat (RM 75++) ini mengandungi Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, and Tea or Coffee. Choc-A-Block Lava Cake tu kalau makan tengah panas-panas baru lepas bake, pecah kan kat tengah, meleleh chocolatenya weya!!
Tak lupa juga ada Panna "Kota" Kinabalu (RM 22) sejenis dessert ala tradisi melayu, perisa bandung. Yes! Air bandung tu. Dihidangkan bersama aiskrim vanila, Memang sangat sedap siap ada biji sagu dalam tu. Dah macam akan kuih sago melaka pun ye. Haha!
Menu kat atas boleh nikmati untuk berbuka puasa, ataupun waktu hari biasa selepas bulan Ramadhan nanti di:
Delicious One Utama
Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping Centre (New Wing),
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086
Facebook : The Delicious Group
Instagram : @thedeliciousgroup
Website : www.thedeliciousgroup.com
Selamat makan banyak dan bertambah kilonya!
0 comments
drop your comment here!