Resepi Mee Kari Mudah dan Sedap dengan Rempah Ratus Mak Siti

8:34 pm


Tak kira lah untuk berbuka mahupun hari raya nanti, Mee Kari antara salah satu juadah pilihan ramai. Mee Kari merupakan antara makanan kegemaran saya tapi dengan syarat homemade mee kari je tekak boleh terima! Sebab saya tak makan pedas, maka bila kat kedai makan macam was was nak order takut pedas melampau. Sakit perut nanti susah ye dak? Tapi, macam mana nak buat mee kari paling mudah dimasak dan sedap dimakan? Rahsianya cuma satu; Rempah Ratus Mak Siti! 



Resepi Mee Kari Mudah dan Sedap

Sebenarnya bahan mee kari ni banyak tapi kalau nak letak banyak bahan lah. Kalau nak buat yang simple je memang sangat mudah sebenarnya.  

Bahan-Bahan A 
(semua bahan dicelur atau direbus) 

Mee Kuning - celur 
Tauge - celur 
Fishcake – celur 
Fishball - celur 
Telur - rebus 

Bahan-Bahan B 
(semua bahan dipotong atau dihiris untuk hiasan) 

Cili merah – hiris 
Limau nipis – dipotong dua 
Daun bawang – dhiris halus 
Daun sup – dihiris halus 

Bahan-Bahan C 
(semua bahan digunakan untuk kuah kari) 

Sedikit Isi Ayam (tulang ayam pun boleh)
Beberapa ulas Bawang Merah
Beberapa ulas Bawang Putih 
Tauhu Goreng 
Halia
Lengkuas 
Serai
Keledek
Gula Melaka
Udang Kering
Asam Keping
2 Paket Kecil Rempah Kari Daging Mak Siti 
1 Cawan Santan Pekat 
Garam Cukup Rasa


Cara – Cara Untuk Memasak Mee Kari Sedap 

1. Celur mee kuning, fishcake, dan tauge kemudiannya rebus telur dan juga keledek kemudian asingkan.


2. Potong bawang merah, bawang putih, serai dan sedikit halia dan lengkuas, kemudian kisar semuanya dengan sedikit air untuk bahan tumis.

 

3. Panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga separuh garing kemudian masukkan Rempah Kari Daging Mak Siti.


4. Kemudian kisar pula sedikit air, keledek yang sudah direbus tadi, dan udang kering. Masukkan dalam kuali, pelankan sedikit api dan masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada rempah menjadi hangit. 

5. Masak sehingga betul2 garing dan naik minyak. Masukkan isi ayam serta air, biar sehingga isi ayam masak. Tungguh kuah sehingga mendidih, selepas itu masukkan pula santan dan tunggu sehingga mendidih untuk kali kedua pula. Jangan buka api terlalu kuat.



6. Akhir sekali masukkan pula gula melaka, asam keping dan garam secukup rasa. Jangan lupa masukkan juga tauhu goreng tadi, Jika kuah terlalu pekat, korang boleh tambah air lagi dan biar sehingga mendidih. 

7. Hidangkan bersama Bahan-Bahan A dan Bahan-Bahan B, kemudian makan bersama keluarga. 

Biasanya kuah mee kari tak perlu terlalu pekat. Ye lah nanti kalau dah sejuk, nak panaskan pulak lagi sekali makin pekat kuahnya. Dah la Rempah Kari Daging Mak Siti ni memang pekat dan terasa rempahnya! Oh ya, untuk mee kuning tu lepas dicelurkan jangan lupa lalukan air atau basuh dengan air sejuk. So takdelah dia melekat pulak nanti. Lepas ni macam nak cuba masak juadah lain pulak menggunakan Rempah Mak Siti sebab ada terbaca blogger Hidayah share resepi Kari Ikan. Sedapnya kalau makan Kari Ikan dengan roti boom kan? Aduhai, enak banget deh!



Rempah Kari Daging Mak Siti 

Ya, rempah yang digunakan ialah Rempah Kari Daging Mak Siti. Memang power rasa rempah ni sebab Ibu pun selalu guna untuk semua masakan dia. Tak lengkap rasanya tanpa Rempah Mak Siti kalau takde kat dapur. Boleh buat Kari Daging atau pun boleh juga guna rempah ni untuk buat bahan-bahan inti Roti John atau Murtabak. 

 Apa saya suka tentang Rempah Mak Siti ialah sebab bahannya original, dan tiada perasa tambahan. Tak elok tau letak MSG dalam masakan! Boleh mengundang penyakit kalau kita terbiasa menggunakan serbuk perasa tambahan. Nak rasa asli dan bebas MSG boleh guna rempah ni. Semuanya segar dari ladang Mak Siti.




Rempah Ratus Mak Siti 

Tak sangka ada lebih 70 jenis Rempah Ratus Mak Siti sekarang di pasaran. Dari jenis paket hinggalah ke jenis yang dalam botol. Terbaru sekali ada limau purut flakes. Fuh, mudah lah nak buat tomyam lepas ni tak payah cari daun limau ke apa dah. Sprinkle je limau purut flakes. Gituh, mudahnya menggunakan Rempah Ratus Mak Siti! 

Selalunya, di dapur Ibu selalu buatkan kami Soto Ayam menggunakan Rempah Soto Mak Siti lebih-lebih lagi untuk menjamu tetamu di hari raya. Memang sedap dan power soto tu! Boleh lihat sendiri beberapa jenis Rempah Ratus Mak Siti yang lain dari pelbagai jenis packaging. Rempah Mak Siti boleh didapati di mana mana pasaraya atau kedai runcit berdekatan, dan kalau nak beli online pun boleh dalam website Mak Siti. 




Pelancaran Produk Baru Mak Siti 

Sempat saya ke Majlis Berbuka Puasa di Restoran Rempah Ratus Mak Siti, Bandar Tun Razak, Cheras hari Jumaat yang lalu sempena Majlis Pelancaran Produk Baru Mak Siti. Yang terbaru yang saya cakap tadi lah Limau Purut Flakes. Dan rempah ratus dalam bentuk botol. Senang lah kerja memasak lepas ni. Juadah berbuka yang terhidang juga semuanya dimasak menggunakan Rempah Mak Siti dan ternyata semuanya memang tak dapat disangkal lagi kesedapannya! 

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di:

Website:

Facebook:

Instagram:

Alamat:
Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh,
84500 Muar, Johor.

Tel: 06-9737508/509
Whatsapp: 017-3309330




You Might Also Like

30 comments

  1. Wahhh sedap mee kari. kita pun suka pakai rempah mak siti. cume buat mee kari je lom penah bt lg... blh try utk raya ni.

    ReplyDelete
  2. kalau panas2 makan memang sedap mee kari tu.. kompom pecah peluh hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bolh makan sampai 3 mangkuk kalau ibu masak

      Delete
  3. Replies
    1. try la nnt takkan zati je nak masak kan . skali skala rasa air tgn ko

      Delete
  4. Sedapnya mee kari korang masak terbaikkk.... Nak cuba lah resipi ni...

    ReplyDelete
  5. Mee kari memang fav akak..biasa letak banyak rencah dlm tu terutama kerang...alaaaa..terus teringin..

    ReplyDelete
  6. ya allah mee kari di bulan puasa. #bencineyney

    ReplyDelete
  7. Mee kari! Fav aku nih! Selalu kalau nak makan cari kat kedai jer..lepas nih boleh masak sendirilah. hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa la mee kari ni..tak pernah guna lagi rempah kari ni..nnt blh cuba..ari tu akk cuba yg soto and kurma jer hikhik

    ReplyDelete
  9. wehh mee kari! memang favourite kot. lepas ni boleh la try buat. Macam senang sangat je tu. Hehehe Iday kalau mee kari, memang suka taugeh banyak2 and kuah pekat. hehe

    ReplyDelete
  10. Wah macam menarik je mee kari sedap ni ringkas lak tu boleh cuba ni

    ReplyDelete
  11. wei sedap mee kari tuh... lapoooooo

    ReplyDelete
  12. Nanti kalau raya rompin aku nak datang umh ko la.. masak mee kari okay.. hiji

    ReplyDelete
  13. Mak aih melelh air liur masa bulan puasa ni, nasib baik nak dekat habis dah!

    ReplyDelete
  14. wah sedapnya siap ada resepi lagi. harapharap raya nanti adalah yang buat mee kari hihi

    //shfyqhazhr

    ReplyDelete
  15. blog ko mmg ranking pasal mee kari mak siti ni all the time kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye. Dah 53K pageviews utk entry ni je

      Delete
  16. terima kasih atas perkongsian resepinya, nyumm =)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook