Jom! Berbuka Puasa di The Westin Kuala Lumpur

10:17 pm


Alhamdulillah dah masuk minggu ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan kan? Amacam puasa korang? Ada ponteng tak? Ke puasa yang yok je? Hehehe. Ahad lepas, saya dan Shafiq sempat berbuka puasa di The Living Room, The Westin Kuala Lumpur sebelum dia pulang ke Penang. Sobs. Sobs.



Melihat dekorasi The Living Room tahun ini, nyata sedikit berbeza dengan tahun lepas. Lebih dekat rasa kampung tu sendiri, buat kami rasa tak sabar nak berbuka puasa. Duduk sahaja di meja, waaahhh!! Ulam-ulaman di atas upih kelapa! Diletakkan pula di tengah meja kami. Rasa tak sabar nak menikmati juadah yang lain. Bau petai pun dah menusuk ke hidung masa ni. Katanya ada lebih 50 hidangan kali ini dan kebanyakkan juadah datangnya dari makanan-makanan tradisi seluruh Malaysia dan juga luar negara.


Di meja hidangan pun unik juadah terhidang atas daun upih kelapa, lesung batu dan sebagainya. Ikan masin, hati ayam, acar rampai bijan dan sebagainya menanti untuk diambil je. Ini sebahagian side dish yang ada. Apa pula menu utama?


Jujur, saya tak sempat nak ke Bazar Ramadhan selalu. Kalau pergi pun dah lewat petang cuma tinggal makcik jual kuih je nak habiskan kuih mereka. Sedih tak dapat merasa ayam percik lagi sepanjang bulan Ramadhan ni. Bila nampak je Ayam Bakar Percik Sri Kelantan semalam di The Westin Kuala Lumpur, terus rasa teruja nak meratah ayam percik. Kuahnya memang sedap dan cukup rasa. 


Daging dendeng, siapa yang tidak gemar amatlah rugi rasanya. Sepinggan nasi panas bersama daging dendeng mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Menjadi pilihan sama ada untuk hidangan tengah hari, malam atau pada bila-bila masa, daging dendeng juga antara kegemaran menjelang hari raya. Eh jap .. tapi saya tak makan nasi! Haha takpe, ratah pun dah sedap!


Deretan Ayam Kandar, Daging Kari, Keting Kambing Kandar, Kobis Goreng mengingatkan makanan-makanan dari Penang pulak rasanya. Nasi Kandar Utara Mai memang menu star fokus utama menu berbuk puasa di sini. Tambahan pula ada Signature Westin Nasi Briyani dan Kambing Panggang. Saya tak makan nasi maka saya ambil roti canai dan roti boom, makan bersama kari kepala ikan. Wah! memang boom rasanya! Sedappp sampai tinggal tulang dan mata ikan je saya meratah. Roti boom nya pun gebu dan enak! Shafiq sebab mai dari utagha memang dia melantak Nasi Kandaq la padiaa lagi. Penuh pinggan dengan lauk.


Selain itu, sebagai anak kelahiran Pahang teruja juga melihat ada Ikan Patin Asam Tempoyak di sini. Wah bau tempoyaknya menang memanggil-manggil semua orang. Dan sebagai keturunan Jawa juga, lagi bertambah-tambah keterujaan saya melihat Sambal Goreng Jawa menanti di hidangan. Fuh, Sambal Goreng Jawa memang antara hidangan wajib kami di pagi raya. Tak sangka ada jugak dalam The Westin Kuala Lumpur ni! Menu berbuka puasa disini kali ini betul-betul terasa dekat dengan asal usul saya. Terubat rasa rindu ke kampung halaman. Antara menu lain yang terhidang juga ialah Sambal Udang Petai Berlada, Lala Goreng Belacan, Kari Ayam Kentang dan lain lain lagi. 


Yang tak berapa gemar masakan kampung jangan risau! Di bahagian makanan western ada Oven Baked Rib Eye with Thyme Sauce yang menjadi rebutan ramai. Sampai licin semua rib eye tu. Lagi enak dimakan pula bersama Roasted Assorted Vegetables dan Oven Baked Baby Potatoes. Fuh! Mengancam! Tak lupa juga ada Roasted Whole Snapper yang sedap dimakan bersama Chive Cream Sauce.


Di bahagian live cooking panggang panggang station ada dereta daging segar dan ikan yang tersedia untuk di panggang jika ada permintaan. Chef akan panggan terus depan korang, fuh memang fresh! Makan panas-panas la sedap kan?


Berkonsepkan ala-ala pasar malam jugak, kat sini ada live cooking yong tau foo! Hah boleh pilih pelbagai jenis cucuk cucuk yang korang nak. Tengok roti john dan kebab ayam tu meleleh beb mayonis dan sos. Memang menarik perhatian sesiapa sahaja untuk makan! Selain itu ada juga stall Dorasamy Sup Power! Siapa gilakan sup wajib try!


Di bahagian dessert pula ada deretan kuih muih Melayu seperti seri muka, keria, kole kacang, kuih bakar, puding cendol, kek gula hangus dan pelbagai kuih lain yang dihidangkan dalam talam. Wah lama tak tengok talam camni hehe. Selain kuih muih Melayu ada juga pencuci mulut modern yang lain. Faveret saya tentunya fruit tart! Penuh dengan buah-buahan segar. Ada juga tau foo fah ok! Sedapnya makan panas-panas dan terasa kemanisan gula perang. Aduhai. Seleksi air juga pelbagai seperti air sirap selasih, air cincau, air bandung dan air soya. 


Tidak lengkap rasanya kalau tak akhiri makan buffet ni kalau tak cuba aiskrim yang terhidang kan? Antara faveret saya ialah aiskrim vanilla yang dihiasi dengan biscotti dan juga aiskrim mangga yang ada mashmallow ni! Letak dalam mangkuk, tabur pula pelbagai topping seperti kepingan badam, chocolate chips, chocolate rice, sos coklat dan rasberi. Perfect!

  

Sambil berbuka puasa, kami didendangkan dengan persembahan kugiran lagu lagu raya di satu sudut. Memang sedap suara abang abang ni semua. 

Harga Buffet Ramadhan di sini ialah RM158 seorang. Untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun layak mendapat diskaun 50% dan kanak-kanak bawah 4 tahun pula makan PERCUMA. SPG member, Beyond Dining member dan pemegang kad beberapa bank juga layak terima 20% diskaun di sini. Buffet Ramadhan di The Westin Kuala Lumpur available sehingga 23 Jun 2017.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 03 2731 8338 atau ke website www.westindining.com.my.

The Westin Kuala Lumpur
199, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur











You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook