Kekalkan kecantikan kulit bersama DEWS

6:31 am


Kurang dua minggu je lagi nak tiba dah hari raya. Sebelum nak menyambut hari raya, mestilah nak kena jaga kecantikkan kulit dan berseri-seri di pagi raya nanti ye dak? Hah, oleh sebab pernah ke sini, dan juga dekat je dengan rumah kitorang maka sebab tu lah saya dan Shafiq ke DEWS Aesthetic Spa Boutique baru-baru ni untuk buat facial treatment. Eh, Shafiq je la. Saya tak buat pun haha! Beriye pulak laki aku ni nak cantik cantik kulit.




Untuk kali ni kami pilih DEWS Waterbank Facial Treatment yang diberi nama Beaumax Oxygen with Aqua Skin. Ye la Malaysia sekarang cuaca panas dan kering sungguh kena lah bagi wajah kita bernafas dan sentiasa lembab. Apa yang bestnya di DEWS ni, selain dekorasi yang nampak eksklusif, bilik treatment pun besar dan selesa. Nampak mewah bukan? Hah, siap ada sofa menunggu untuk yang meneman. Ada bahan-bahan bacaan tidaklah bosan sangat menunggu dua jam Shafiq buat treatment kat sini. Oh ye, DEWS Aesthetic Spa Boutique ni ada beberapa tingkat. Yang bestnya tingkat atas, diasingkan untuk wanita sahaja. Tingkat bawah pulak untuk pengunjung lelaki atau couple. Hah kalau rasa insecure ke apa boleh lah yang wanita tu buat treatment kat bahagian khusus untuk wanita sahaja. Hehehe.


Step pertama, double cleansing. Untuk cuci muka dengan segala kotoran degil yang menumpang di kulit muka, kena double cleansing lah. First dengan cleansing oil, second dengan face wash. Amboi masa ni cik abang dah macam nak lena dah kat situ ada orang cucikan muka dia. Lepas dah double cleanse tu, amoi tu sapu scrub pulak. Fuh habis la sel sel kulit mati dan segala kotoran terkeluar hah.



Dah double cleanse, lepas tu dah sapu scrub dan cuci lagi, apa lagi? Steam muka! Untuk membuka liang liang pori muka tu. Lepas tu Amoi ni terus pasang lampu putih tu, hadap muka Shafiq. My fav part sebab picit-picit whitehead blackhead semua kita hapuskan! Sah sah bahagian hidung, dagu dan dahi adalah tempat paling banyak "cacing" putih ni haha! Tapi extraction process ni memang sakit lah. Lagi-lagi kalau sedap je dia kerjakan jerawat yang ada mata tunggu masa nak pecah tu. Berdarah-darah lah keluar. Haha! 




Dah setel extraction, time to aqua treatment! Ini lah part yang bestnya di mana, mula mula dia spray saline untuk kill bacteria. Lepas tu dia spray pulak oksigen dan serum ke kulit muka. Dua process ni dalam 30 minit la jugak. Shafiq cakap rasa macam kena sembur air tapi macam mencucuk sikit. Tapi lepas tu kulit rasa moist je! 


Dah habis process aqua treatment tu, dia sapu pulak modelling mask kaler hijau bagaikan shrek dah laki aku ni. Haha! Ingatkan bila dah kering dia lap dengan kapas ke apa rupanya boleh bukak macam topeng je. Mask tu jadi macam tanah liat membentuk ikut muka kita. 




Untuk step-step terakhir dia letak serum lagi, lepas tu moisturizer cream dan aqua gel sunscreen. Semua product yang diguanakab ialah product keluaran mereka sendiri iaitu Reverse de Era dan dijamin selamat digunakan tanpa kesan lain. Memang kulit Shafiq soft gila lepas tu! Memang best la Beaumax Oxygen with Aqua Skin ni! Rasa macam mermaid punya kulit. Eh over. haha!


Treatment yang Shafiq buat ni kalau first trial cuma RM160 . Retail price pula ialah RM320. Tapi....kalau ambil pakej 5+1 hanya berharga RM1,500. Hah kalau nak tahu best ke tak boleh ambil pakej trial dulu.



Lagi best, ada berita baik! Oleh sebab DEWS ni baru bukak haritu sekarang ada promosi Parents Day Campaign. Tapi katanya bawa kawan-kawan pun boleh. Dengan promosi ni boleh jimat sehingga 73%! Boleh mix match pulak tu.

Contohnya:
Korang (white treatment): RM420
Ibu (lift up treatment): RM360
Ayah (aqua treatment): RM320

Total: RM1100

Sebagai contoh kalau korang nak try white treatment harganya RM420 kan? Tapi first trial cuma RM210 (refer list harga).  Korang bayar first trial price ni je dulu. Lepas tu mak korag bayar RM100 untuk first parent price. Untuk ayah pulak PERCUMA. Maka total korang bayar cuma RM310 je! Wah jimat banyak dari harga total RM1100 tadi kan? Boleh lah semua orang cantik sebelum hari raya ni!


DEWS Signature
1-2, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.
03-61431889.
Instagram: @dews_aesthetic_spa
Facebook: DEWS

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook