K-Street Carnival di Klang Parade hujung minggu ini!

11:49 pm



Annyeong Haseyo! 안녕하세요! K-Street Carnival kembali lagi di Klang Parade! Ingat tak tahun lepas sempat saya enjoy sakan di K-Street Carnival Klang Parade? Tak sabar rasanya nak pergi lagi hujung minggu ni. Peminat K-Pop di seluruh Malaysia pun wajib ni pergi karnival ni. Kenapa? Ada apa kat K-Street ni sebenarnya?




Pelbagai adat dan budaya Korea akan diadakan di K-Street Carnival, Klang Parade mulai 29 Jun hingga 2 Julai 2017. Boleh feeling jadi Korean kalau datang sini. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah Korean Spicy Noodle Challenge (1-2 Julai, 2pm & 6pm). Siapa tahan makan pedas? Memang calon terbaik untuk masuk challenge ni! Mana tahu dapat menang hadiah best semuanya? Selain tu ada jugak Bingsu Challenge (1-2 Julai, 6.15pm). Wah tetibe rasa macam nak masuk participate challenge ni semua. Mana lah tahu tuah ayam korea di kaki? Eh?


Jangan risau, untuk kanak-kanak pun ada aktiviti menarik. Korean Art & Crafts Workshop (1-2 Julai, sepanjang hari) akan buat anak korang distract kejap. Hah seronok jugak belajar lipat kertas jadi hanbook ni. Hahaha! Dapat buat kipas pun jadi lah hah. Selain itu, ada jugak Korean Themed Coloring Contest (1 Julai, 11am). Boleh lah anak-anak korang participate kalau bakat mewarna tu level tahap dewa kan? Untung-untung anak-anak seronok menang hadiah.


Hah siapa nak belajar buat kimchi atau kimbap atau apa sahaja makanan Korea? Di K-Street Carnival nanti ada jugak Korean Cooking Demo (1-2 Julai, 1pm) yang akan tunjuk cara-cara masak makanan Korea. Seronoknya belajar buat kimchi. Selalu tengok kat dalam TV je kan? Kali ni live depan mata ada demo buat semua ni. Mana tahu boleh dapat Oppa K-pop sekaligus menambat hati bakal mak mertua Korean lepas ni kalau pandai buat Kimchi? Haha!


Okayh lah kalau malas nak masak, korang boleh jugak makan makanan Korea kat sini sebab ada K-Street Baazar sepanjang hari dari 29 Jun hingga 2 Julai. Pelbagai jenis street food macam Topokki, FishCake apa tu, Kimchi ke, Korean snacks dijual kat sini. Boleh lah saya beli stok seaweed lagi hah.  Mesti  banyak harga promosi! Tahun lepas habis semua seaweed saya borong kat K-Street Carnival ni.

Aktiviti Korean Traditional Wear (Hanbook) juga akan diadakan sepanjang hari K-Street Carnival di Klang Parade ni dimana korang boleh try sendiri macam mana rasanya pakai hanbook dan terus boleh posing acah acah berada di Korea. Feeling lah uolls beraya di Korea tahun ni hah.


Siapa ada bakat terpendam? Hah di K-Street Carnival juga ada K-Street K-Pop Dance Cover Competition (1-2 Julai)! Audition akan diadakan pada 1 Julai, 2pm keatas dan semua group akan diminta untuk mendaftar terlebih dahulu jam 1pm ya. Datang lagi awal lagi bagus. Dari audition tu nanti hanya 10 group akan terpilih masuk Final yang akan diadakan pada esok harinya, 2 Julai jam 2 petang. Pertandingan ini terbuka untuk semua peringkat umur, dan tiada had maksima bilangan ahli dalam group. Tapi minimum 2 orang dalam group ya! Hadiah utama dapat RM1,500 cash weyh! Takkan taknak kot? Maklumat lanjut tentang pertandingan ni boleh rujuk FB Event Page: K-Street K-pop Dance Cover Competition


Hah apa lagi jom beramai-ramai ke K-Street Carnival di Klang Parade mulai 29 Jun hingga 2 Julai 2017! Tak sabar nak spend hujung minggu di sana! JOM!


You Might Also Like

1 comments

  1. peminat2 kpop boleh la dtg event ni. cam acul tak minat kpop hehe.. :D

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook