Sambutan Riuh Raya 2017 bersama IJM Land & Selebriti Malaysia

1:03 am



Semalam saya ke ICE Gallery di IJM Land Pantai Sentral Park untuk majlis jamuan berbuka puasa bersama IJM Land. ICE Gallery ni belakang rumah je so takde lah jauh pun nak pergi. Sempat melihat showroom rumah, wah meriah lah area Bukit Kerinchi ni nanti kalau perumahan ni semua dah siap. Tak sabar rasanya! Sempat lagi kumpul duit nak beli rumah kat sini. Eh?


Majlis jamuan berbuka puasa bersama IJM Land ni diadakan untuk mengumumkan Program Riuh Raya 2017 yang akan diadakan di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada hari Sabtu, 15 Julai 2017. Riuh Raya 2017 ialah salah satu program sambutan raya yang istimewa diadakan oleh IJM Land untuk orang ramai. Kiranya macam Open House Raya IJM Land la ni. Yang menariknya pelbagai aktiviti dan persembahan selebriti Malaysia ada masa tu tau!


 


Bermula jam 3 petang hingga 6 petang, pengunjung Riuh Raya 2017 boleh turut serta dalam aktiviti menarik yang diadakan dan mendapat pelbagai jenis hadiah pada hari tersebut termasuklah menikmati buffet makanan yang disediakan oleh IJM Land. Dah mestilah buffet tu ada ketupat, rendang, lemang dan pelbagai juadah raya yang lain ye dak? Siap ada photo booth nanti di Riuh Raya 2017 boleh la masing-masing pose menarik tangkap gambar. Lagi satu yang best nanti ada jugak permainan Spin The Wheel dan boleh menang hadiah lagi banyak! Hah kalau ada anak ke, adik kecik lagi ke, anak buah, anak sedara ke bawak je ke Riuh Raya 2017 nanti sebab budak kecik dapat duit raya pulak. Aduh, tetibe rasa nak jadi kanak-kanak semula.

Persembahan live dari selebriti Malaysia mestilah tumpuan utama orang ramai ke RIuh Raya 2017 nanti. Nama-nama top selebriti seperti Akim & The Majistret, Stacy, Adam AO dan Zulin yang memang dah punya peminat yang ramai mesti akan dinantikan peminatnya di RIuh Raya 2017 nanti. Wah untung orang-orang Seremban yang berdekatan. Ala kalau korang dari Kuala Lumpur pun apa salahnya. Tak jauh pun Seremban tu ha.

 

IJM Land sentiasa mencari peluang untuk lebih mendekati komuniti di Seremban dan diharapkan Program Riuh Raya 2017 nanti akan mengeratkan lagi silaturahim antara semua orang, dan membina hubungan yang bermakna antara semua orang. Masa nil ah keluarga, rakan-rakan semua nak luangakan masa bersama dan join aktiviti-aktiviti pun bersama kan? Lupakan kesibukkan duniawi tu dan hiburkan diri dan keluarga di Riuh Raya 2017 ni!

Bukan tu je, sempena Riuh Raya 2017 ni, IJM Land akan menawarkan special rebate sehingga RM 10,000 untuk pembelian beberapa hartanah terpilih. Pengunjung yang berminat dengan property yang IJM Land tawarkan mungkin inilah masa yang sangat sesuai untuk korang beli rumah idaman korang. Hah bila lagi kan?


Jangan lupa! Riuh Raya 2017 di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada 15 Julai 2017. Jom ramai-ramai memeriahkan sambutan hari raya bersama IJM Land!
















You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook