Majlis Iftar Universal Music Malaysia

9:19 pm


Lagi 5 hari kita nak menyambut Syawal, semalam pada 24 Ramadhan sempat saya ke Majlis Iftar Universal Music Malaysia meraikan artis tempatan, media dan anak-anak yatim di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Meriah ramai artis semalam beraya bersama.




Sempena majlis iftar ni jugak, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapore, En. Kenny Ong melancarkan 4 album kompilasi yang menampilkan lagu-lagu lagenda hari raya; Di Ramadan Ini, Jom Raya Uollz, Bergembira di Hari Raya, dan Sudirman Balik Kampung. Memang best la balik kampung nanti pasang CD lagu raya ni kan? Terasa suasana beraya tu. Fuh tak sabar nak balik esok!


Malam tadi majlis dimeriahkan jugak dengan persembahan daripada artis-artis baru macam Sid Mursyid, Back2Basixx, Modescape, Nik Qistina, Black Paper dan persembahan istimewa dari artis-artis lejen macam Amy Search, Dato Zaiton Sameon dan Ning Baizura. Memang best lagu-lagu raya mereka yang terbaru. Paling sempoi mestilah Amy Search!

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Anak Yatim Darul Kifayyah Kuala Lumpur juga diraikan dan diberi sumbahamgan hari raya. Nampak wajah-wajah kegembiraan mereka dapat berjumpa dengan artis kegemaran masing-masing.


Best bila ada majlis macam ni dapat mengeratkan lagi silaturahim. Jumpa dengan Fatiya Latif, Bunkface, Fauziah Latif dan lain-lain serta jumpa rakan media lain memang seronok semalam. Harap lebih banyak majlis sebegini diadakan. Terima Kasih Universal Music Malaysia! Selamat Hari Raya semua! 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook