Hidangan Tradisi Melayu di Bufet Ramadan, Teratak Restaurant

2:43 am



Bila melangkah masuk ke Teratak Restaurant yang terletak di GLO Damansara tempoh hari, terus kagum rasa melihat dekorasi restoran ni. Berkonsepkan coffee house yang moden dan eksklusif, tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu. Paling menarik perhatian saya ialah papan tanda Teratak Restaurant di kaunter cashier. Logo kedai yang memaparkan rumah kampung melayu tradisional, dan dindingnya dihiasi lubang angin atau pigeon hole rumah kampung dulu-dulu. Wah, terus teringat kampung nenek. Ciri-ciri kemelayuan yang dah jarang kita lihat zaman sekarang kan?


 




Di kiri pintu masuk, terpampang besar lukisan rumah kampung melayu yang mengimbau memori kita di kampung halaman. Siapa tak rindu nostalgia kampung zaman kita kecik-kecik dulu. Pasti rindu kan? Di bahagian kaunter cashier dihiasi jubin-jubin bunga cantik yang kebiasaannya kita lihat di tangga batu rumah melayu lama di sekitar Melaka misalnya. Aduh, antik sungguh! Dekorasi hiasan restoran ni memang unik.  Tapi untuk susunan meja, berbeza pula. Lebih kearah moden dan eksklusif, susun atur juga lebih kearah coffee table setting. Nampak kemas dan eksklusif la nak berbuka puasa macam ni. Nak luangkan masa bersama kawan kawan dan keluarga pun rasa tenang je suasana restoran ni.

Sempena bulan Ramadhan ini, Teratak Restaurant menawarkan set bufet Ramadan berharga cuma RM 35 sahaja untuk dewasa, RM 20 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah pula makan PERCUMA! Sesuai dengan nama restoran  ni sendiri, mestilah makanan yang dihidankan juga bercirikan makanan tradisi melayu. Antara menu utama yang disediakan (menu bertukar setiap hari) ialah Rendang Ayam, Asam Pedas Ikan Jenahak, Peria Goreng Telur Asin, Sotong Goreng Tepung, Rendang Betik, Sotong Goreng Tepung, Masak Lemak Daging Salai, Sambal Sotong dan macam macam lagi! Masa saya datang berbuka di Teratak Restaurant baru-baru ini, sempat rasa beberapa juadah yang tersenarai.

 

Dimulai dengan mini Laksa Johor sebagai pembuka selera, fuh memang rasa tak cukup Laksa Johor mini ni. Punya pekat dan mengancam kuahnya! Biasalah kalau kuah tu sedap dihirup sampai licin mangkuk, itu tandanya betul-betul sedap laksa yang terhidang. Rasa rempahnya dan lemaknya memang terasa dan teringat sampai sekarang. Nampaknya kena datang lagi nanti order ala-carte menu mintak bowl besar! Haha!

 

Lepas tu saya cuba Asam Pedas Ikan Jenahak. Asam Pedas ni kalau tak sedap kuahnya, takde lah saya sampai tambah dua kali. Fuh! kuah dia memang marvellous. Isi ikannya lembut, memang bertambah-tambah lah makan. Bayangkan, saya memang allergic nasi, dengan makan kuah Asam Pedas Ikan Jenahak ni macam tu je pun boleh jalan layannnnnn. Makan  macam tu je pun sedap gila dah, Nyummm!

 
 

Untuk Sambal Sotong, dan Masak Lemak Daging Salai pun sedap! Sambal Sotong tak terlalu pedas, sesuai untuk penggemar makanan tidak pedas seperti saya. Daging Salai tu pulak memang lembut, dan saya suka kan kuah masak lemak nya memang on point! Tergigit pulak nenas manis dalam kuah masak lemak tu kan. Fuh, memang bertambah-tambah ratah lauk. Apatah lagi kawan-kawan disisi dah bertambah nasi haha!



  

Comelkan ulam-ulaman disusun macam tu? Menambahkan lagi selera untuk makan sayur gituhh. Lengkap ulam-ulaman kampung seperti petai, ulam raja, daun gajus semua ada lah. Tapi paling menariknya Rendang Betik. Masa ni kawan saya dah buat muka pelik tengok Rendnag Betik ni. Jujurnya, saya pun tak pernah makan! Dan saya jangka kan rasa Rendang Betik ni mungkin macam kerabu? Fuh rupanya lain! Memang sedap sampai tiga kali bertambah. Licin semua Rendang Betik tu. Sedap dia lain macam tak boleh nak describe dah perasaan tu. Rasanya kalau datang lagi sekali ke sini tak sebab Laksa Johor, mesti senan Rendang Betik ni!

 

Tak lupa juga Ayam Goreng Berempah yang rangup ni. Tengok tu nampak tak crispy dia macam mana? Saya siap pergi tempat bufet, korek mencari serdak tepung goreng tu haha! Tak senonoh betul kutip krup krap krup krap meratah tepung Ayam Goreng Berempah ni. Saya akhiri menu berbuka puasa saya dengan Pengat Pisang petang tu, yang tak manis sangat dan cukup berlemak masa makan. Pisangnya juga rasa manis buahnya. Memang lengkap juadah berbuka puasa ala tradisi melayu di Teratak Restaurant ni.

Bufet Ramadan di Teratak Restaurant available dari jam 7 malam hingga 10 malam pada 29 May hingga 23 June 2017. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi 03-77315717 atau whatsapp 012-3481792.

Teratak Reaturant
G23A, Glo Damansara,
699 Jalan Damansara Lama,
Kuala Lumpur

Facebook: 

Instagram:



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook