Rangkaian Produk Baru Shurah Pencerah
9:41 am
Nak dekat hari raya ni mesti lah semua nak kulit yang cerah berseri ye tak? Saya dah lama menggunakan produk Shurah malah keluarga juga masih setia menggunakan Shurah. Baru-baru ini, rangkaian produk Shurah Pencerah telah diperbaharui dan mempunyai bahan
aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta
menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Set lengkap ini
mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus
dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang
membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri. Wah, bersinar-sinar flawless lah kulit nak dekat raya ni kan?
Clear White : Mampu
mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa
7 hari sahaja.
Shiny Glow : Diperbuat
daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada
kulit mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.
Shurah
Pencerah Pembersih Muka ( 50ml, 100ml)
Dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang
berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan menjadi
lebih bersih, lembut dan cerah berseri.
Cara penggunaan
Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan
dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga
semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan
bersama Shurah Pencerah Penyegar.
Shurah Pencerah Penyegar (120ml)
Dirumus khusus tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara
mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa
menghilangkan lembapan kulit.
Segarkan kulit anda setiap kali selepas membersihkan muka
sebagai persediaan untuk menerima penggunaan produk yang seterusnya.
Cara penggunaan
TItiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh
wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran. Wajah anda akan rasa lebih
lembap dan segar.
Dirumuskan dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak,
pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit
anda. Juga mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit anda daripada
sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah
berseri.
Cara penggunaan
Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah
Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.
Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan melembapkan
kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan rumusan SPF30, ia
dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan.
Cara penggunaan
Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu
siang untuk memelihara dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang
membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum.
Shurah Pencerah Krim Malam (40g)
Krim muka yang dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan
kulit semasa anda tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam, kulit kita
lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk
memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit
dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah
berseri.
Cara penggunaan
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan
Shurah Pencerah Penyegar Digunakan pada
wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit anda semasa tidur. Gunakan
sebelum Shurah Pencerah Serum.
Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)
Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)
Losyen tangan dan badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan
Pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang
merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kuit anda untuk mencerahkan
kulit dengna cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk kulit yang lembut dan
cerah sekata.
Cara penggunaan
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian
Shurah Pencerah, anda boleh layari:
dan follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah
Untuk pembelian di dalam talian:
2 comments
test
ReplyDeleteputih & pink tu comel
ReplyDeletedrop your comment here!