The Mizz Nina Show di Dops TV!

8:49 pm



Siapa pernah tonton DOPS TV? Ney pernah tengok #Fynnologue je la rancangan yang ada Fynn Jamal tu. Haha! DOPS TV atau nama panjangnya Deen of Peace Studios ditubuhkan pada Jun 2016 oleh Mizz Nina bersama rakan-rakan kongsinya Syahir Ismail dan Ili Zuhair Amdan, yang merupakan sebuah rangkaian TV yang memaparkan gaya hidup Islamik. Sebelum ni diorang ada berkolaborasi dalam beberapa rancangan yang memang dapat sambutan meluas macan Always A Traveller (bersama Yasmin Mogahed di New Zealand), Beyond Translation (bersama Nouman Ali Khan di Amerika Syarikat) dan Walk His Way (bersama Mufti Ismail Menk di South Africa).


The Mizz Nina Show ni salah satu produksi terbesar DOPS TV selepas setahun ditubuhkan. Konsep rancangan The Mizz Nina Show ni merangkumi semua elemen; gaya hidup, isu semasa, ilmu, informasi dan hiburan yang penuh ciri-ciri Islamik dan seiring dengan ajaran agama Islam. Alhamdulillah. Selain pelancaran The Mizz Nina Show dan sambutan satu tahun DOPS TV, laman web rasmi DOPS TV juga dilancarkan iaitu www.dops.tv.


Dalam The Mizz Nina Show ni ada jugak beberapa tetamu jemputan khas dari dalam dan luar negara dan semestinya sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Antara tetamu jemputan yang ada ialah Tan Sri Azman Hashim, Vivy Yusof, Faizal Tahir, Asmaa Aljuned dan Sheikh Hussein Yee.

Inspirasi dari The Oprah Winfrey Show dan The Ellen Show yang sentiasa menghiburkan tapi tetap tak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Mizz Nina ada share jugak pasal how diorang membantu golongan gelandangan di Jalan TAR dan sebagainya. Charity jugak la selit selit dalam The Mizz Nina Show ni ha.


The Mizz Nina Show ni rancangan berbahasa Inggeris dan dah pun ditayangkan di saluran Astro Oasis pada setiap hari Isnin dan Selasa di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) jam 11 malam. Akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan hinggalah ke Hari Raya dengan tujuan meraikan kebesaran dan keunikan ajaran Agama Islam dalam cara paling ringkas dan mudah difahami. InsyaAllah objektif tu akan sampai kepada semua kan?

Jangan lupa menonton The Mizz Nina Show setiap Isnin dan Selasa okayh? InsyaAllah kita manfaatkan 10 hari terakhir bulan Ramadhan ni dengan menambah ilmu, dan mendalami agama Islam bersama-sama.




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook