Tips jimat belanja Home Decor untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri

11:32 pm


Pejam celik pejam celik dah nak dekat hari raya! Less than 10 days kan? Macam tak percaya je kan bila terlalu cepat masa berlalu. Amacam persiapan hari raya korang? Dah siap ke semua? Semalam bila Ibu whatsapp “Rumah dah kemas belum? Bersepah lagi huru hara”. Aduhai, segala persiapan untuk mencantikkan rumah tak siap sedia lagi. Takkan nak panggil Eric Leong pulak suruh home decor cantik-cantik rumah tu kan? Segala home furniture pun dah lama tak bertukar.

Sejak ekonomi tak berapa nak stabil ni, masalah utama semua orang ialah tak cukup duit untuk mencantikkan rumah dengan perabot baru. Kami sendiri bersedahana je dengan persiapan hari raya tahun ini. Tapi tahukah korang sebenarnya korang boleh jimat cermat dalam pembelian perabot dan hiasan rumah? Hah macam mana tu? Ada ke tempat jual perabot murah zaman sekarang ni? Semua orang nak jimat ye kan? Ye la sebab pembaziran itu amalan syaitonnnn.

 

Saya pengguna Carousell yang sangat aktif sama ada untuk jual atau beli barang. Dan ye, segala perlengkapan home decor tahun ini Cuma dibeli di Carousell. Carousell ni macam satu platform yang boleh jual dan beli barang-barang baru mahupun terpakai. Mudahnya bila dunia semua dihujung jari. Siapa sangka perabot murah pun banyak dalam Carousell ni! Cheap furniture & home decor here we go!

Ada pelbagai barangan dijual dalam Carousell ni. Dan hari ni, saya nak bagi tips jimat bagaimana nak membeli persiapan hari raya untuk rumah, dengan harga bawah RM50 sahaja setiap barang! Biar betik semurah itu harga pun boleh laksanakan impian home décor secantik mungkin untuk raya? Ya memang tak tipu punya! 
 


First boleh bukak website Carousell iaitu www.my.carousell.com. Nak install apps kat phone pun boleh just search je keyword Carousell di Play Store atau Apple Store. Bila dah bukak website tu terus taip "Home Decor" di search bar dan click button search! Hah nanti berderet lah segala jenis hiasan rumah untuk dibeli. Oh ye, saya lebih suka filter kan siap-siap pilihan baranagn saya nak beli. Selalunya saya akan memilih untuk sorting barangan yang ditawarkan "Lowest Price" dan letak siap-siap range harga yang kita dah set budget. Contohnya RM 1 hingga RM 50. Maka akan memudahkan kita untuk memilih bila skop dah dikecilkan gituh. So apa home decor yang ada dalam Carousell yang harganya bawah RM50?


WALLPAPER



Kesuntukkan masa untuk mengecat rumah? Takpe, beli je mana-mana wallpaper yang ada dalam Carousell ni. Pilih corak yang nampak elegant dan mewah. Terus selesai masalah kan? Ada pelbagai pilihan wallpaper dalam Carousell, korang cuma perlu beli dan seterusnya hias rumah untuk hari raya! Pasti bila tetamu datang tengok pun terpegun. Harga pun ada lah dalam RM20 hingga RM40 je!


WALL ART FRAME




Lepas dah letak wallpaper, terasa kosong dan hambar pulak dinding? Apa kata korang beli pulak Wall Art atau frame bergambar mana yang sesuai untuk letak di ruang tamu atau ruang makan misalnya. Harga dalam RM30 hingga RM50 dah boleh dapat yang cantik tau! Mungkin ayat-ayat suci Al-Quran atau nama Allah Muhammad tu pun sesuai.

Atau mungkin kalau taknak beli frame macam ni, beli je paper art deco untuk hias dengan mengikut kreativiti korang! 

ALAS MEJA / ALAS PINGGAN

        
Dalam Carousell kan boleh beli barang terpakai atau yang baru? Hah masa ni lah nak beli alas meja yang baru! Saya sarankan beli yang material macam plastik sikit. Kalau air tumpah ke, kuah rendang tertumpah ke atleast boleh la jugak lap kan?

Kalau dah ada alas meja yang baru apa kata beli Cloud Silicone Placemat ni? Nampak menarik je bila kita letak pinggan atas placemat comel macam ni! Hias bahagian makan sekreatif yang mungkin. Tetamu datang beraya nak makan lemang pun rasa macam best je kan?

CARPET
        


Tak perlu kita ke kedai atau ke Nilai 3 yang jauh tu untuk dapatkan carpet yang murah. Di dalam Carousell banyak orang jual carpet rupanya. Harga bawah RM50 pun boleh dapat carpet pelbagai bentuk! Nak warna apa? Pilih sahaja. Nak mintak mereka pos atau delivery pun boleh. Tak ke cantik ruang tamu atau ruang makan nanti kalau ada permaidani yang ceria menyambut tetamu?


LANGSIR



Kalau nak tempah langsir tak sempat dah, nak dekat raya mak bising suruh gantung langsir baru. Hah apa lagi terus bukak je aplikasi Carousell dan cari langsir. Memang banyak seller jual langsir dalam aplikasi Carousell ni dan ya, harga RM30-RM50 dah dapat langsung baru. Hanya perlu pilih warna tema raya korang tahun ni, dan tadaaaaa dah cantik rumah!

Mudah kan zaman teknologi sekarang untuk shopping home decor? Semuanya dah ada dalam satu aplikasi. Banyak juga pilihan so tak perlu ke beberapa kedai dah kalau kita keluar. Harga pun lebih jimat dan berbaloi untuk kita beli. Contohnya carpet tadi. Kalau kat kedai ada yang sampai mencecah ratusan ringgit hanya untuk size sederhana. Tak ke jimat kalau beli je carpet macam saya cadangkan kat atas tadi? Hah lepastu korang boleh duduk depan computer atau senang lenang order thru phone melalui aplikasi Carousell je. Semua klik-klik, tunggu je posmen datang lepas buat pembayaran.

Mudah, selamat, jimat dan juga dapat membantu komuniti di Carousell yang berniaga. Support lah sikit kan? Saya juga sentiasa menjual barangan yang tidak dipakai lagi di Carousell saya, boleh lah support kan? hehe... Mari kita kongsi tips jimat berbelanja untuk persiapan hari raya ini dengan kawan-kawan. Jom ber-Carousell!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook